Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

28 March 2011

Ultraman Dan Tsunami - Apa Yang Memalukan?

Watak Ultraman yang memang popular di kalangan rakyat Malaysia
DI ATAS adalah kartun yang mencetuskan kontroversi kerana di tuduh mempersenda tsunami yang menghentam negara Jepun. Kartun yang disiar dalam ruangan Ragam,Berita Minggu pada 13 Mac ekoran  kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun pada Jumaat 11 Mac 2011.Kartun karya kartunis terkenal Mohd Zohri sukimi atau Zoy.Kontroversi menjadi hangat apabila kartun tersebut di siarkan di CNN iReport.Berita tentang karikatur ini telah masuk ke laman web CNN dengan tajuk “Malaysian newspaper pokes fun at recent tsunami disasters“,oleh itu ia dikatakan telah memalukan Malaysia di seluruh dunia.

Disiarkan di CNN iReport
Banyak komen-komen melampau telah dilemparkan kepada Berita harian dan kartunis Zoy. Antara komen yang melampau adalah 'Jepun Dilanda Kecelakaan, Malaysia Dilanda Perangai Celaka'.Selain itu di laman web sosial seperti Facebook dan Twitter juga Blog banyak dihamburkan komen-komen negatif, malah ada suara-suara sumbang yang menggesa supaya diboikot akhbar tersebut.Tidak mahu kontroversi berlarutan Berita Harian melalui pengarangnya telah mengambil inisiatif Meminta Maaf kepada pihak-pihak yang berasa tersinggung dengan ilustrasi tersebut.Berikut adalah petikannya:

MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.

Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.

Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG
PADA pandangan PGGP ilustrasi kartun yang di tuduh oleh pelbagai pihak sebagai kurang beradab,tak sensitif,memalukan dan macam-macam lagi sebenarnya 'biasa' saja.Cuba anda perhatikan betul-betul tak ada pun watak rakyat Jepun yang dilanda musibah gempa dan tsunami di paparkan.Hanya dipaparkan adalah watak superhero bersaiz gergasi Jepun iaitu Ultraman yang sememangnya sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang 'MEMBESAR' dengan karekter watak tersebut. Apabila negara Jepun dilanda gempa bumi berserta tsunami memang watak yang 'tergambar' di kepala tak hanya Zoy tetapi ramai rakyat Malaysia yang lain adalah 'ULTRAMAN'.

Gambar ilustrasi tersebut menurut pemahaman PGGP menunjukkan betapa dahsyat dan hebatnya bencana tsunami yang melanda Jepun pada Jumaat 11 Mac 2011,hingga ketinggiannya digambarkan melebihi Ultraman yang bersaiz gergasi itu dan 'menakutkannya'.Perdana Menteri Jepun Naoto Kan sendiri telah mengambarkan kejadian gempa dan tsunami yang melanda negara itu sebagai krisis terburuk melanda Jepun selepas Perang Dunia ke-2.

APA pun setiap orang punya pemahaman yang berbeza-beza.Namun perlu diingat jangan mudah menuduh orang lain sebagai tak sensitif atas penderitaan orang lain. PGGP percaya perkara itu LANGSUNG tak wujud bagi pihak akhbar Berita Harian ataupun di benak kartunis Zoy.Kepada Zoy 'BERSABAR' ya brother."YOU ARE My FRIENDs". - PGGP


DI BAWAH PROFIL KARTUNIS ZOY:

PROFIL kartunis popular Zoy:

Zoy

  • NAMA : MOHD ZOHRI SUKIMI
  • TARIKH LAHIR : 23 JANUARI 1959
  • UMUR : 52 TAHUN
  • ASAL : KELANG, SELANGOR
  • KARYA POPULAR : AYOKO, VANDETTA dan banyak lagi
  • MAJALAH : BATU API (tahun-tahun 80-an)
  • TERKINI : PELUKIS DI BERITA HARIAN
  • RUANGAN POPULAR : RAGAM dan ruangan komik

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top