Daku Amat Menyintai Mu


05 March 2012

D'Cromok - Metallurgical III Suite - Dalam Kenangan Ku

BULAN Mac 2012 ni, genap laa setahun blog Putera Gahara Gagah Perkasa a.k.a PGGP dan menandakan dah setahun Ayie Abas menjadi sebahagian dari beratus ribu blogger di Malaysia.

Tarikh sebenar Ayie buat blog PGGP ni Ayie tak berapa pasti (senang cakap Ayie tak ingat..hehe) tapi bila Ayie tengok semula entry yang PERTAMA, bertarikh 10 Mac 2011. Jadi Ayie buat blog PGGP tak lama dari tarikh itu dalam bulan Mac tahun 2011.

Bila Ayie tengok dalam senarai popular posts, tak sangka entry yang Ayie buat pasal D'Cromok dan Cromok ni merupakan satu-satunya entry terawal blog PGGP yang masuk dalam senarai. Entry asal bertarikh 18 May 2011, dengan tajuk D'Cromok - Metallurgical III Suite - Tinggal Kenangan.

Ayie terfikir mahu REMAKE semula entry ini. Ingatkan filem jer ada remake semula rupa-rupanya entry blog pun ada remake jugak...hehe. Adakah Ayie blogger pertama yang meremake semula entry? ermm tak tau laa...

Mula-mula Ayie mahu gabungkan entry yg Ayie buat semula dengan entry yang asal, tapi bila tengok entry ini jadi terlalu panjang meleret ke bawah jadi Ayie rasa baik digantikan terus entry yang asal dengan entry baru.

Walaupun begitu isi dan gambar-gambar dalam entry ini masih dikekalkan dengan sedikit penambahan pada tempat-tempat tertentu. GAYA persembahannya jer Ayie buat kelainan sesuai dengan tahap kematangan Ayie membuat entry sekarang.

Yer laa, setelah hampir setahun Ayie berbloggin, Ayie dah semakin terer buat entry-entry yang rumit dengan font yang berbeza dan saiz gambar yg pelbagai. Entry yg baru ni lebih kemas susunannya.

Instrumental Metallurgical III Suite oleh D'Cromok merupakan antara instrumental gitar yang Ayie paling suka. Dulu muzik instrumentalnya Ayie letak dalam blog. Manakala untuk entry remake kali ini Ayie letak dalam entry, jadi Ayie boleh dengar kembali muziknya setiap kali Ayie masuk entry ini.

Di samping dapat baca entry lama dengan gaya penulisan pada masa itu, Ayie juga dapat melihat kembali respon rakan-rakan bloggger blog PGGP yang terdahulu kecuali respon khatgrafik yg masih baru. Mereka ini sekarang tidak lagi singgah di blog PGGP.

----------------------------------------------------------------------------------

ENTRY REMAKE

Entry Asal Bertarikh 18 May 2011

D'CROMOK - METALLURGICAL III SUITE - Dalam Kenangan Ku

SUDAH beberapa lama blog PGGP meletak Instrumental Metallurgical III Suite jadi muzik latar blog . Kepada My Friends yang selalu melawat tentu perasankan? (dulu muziknya Ayie letak dalam blog).

Band : D'Cromok
Label : Valentine Sound Productions
Formed : 1990, Malaysia
Status : Disbanded
Genre : Thrash Metal
Lyrical theme : Life Experiences, Dream
Line-up : Din - All Instruments

Muzik Instrumental Metallurgical III Suite di petik dari album D'CROMOK : VII YEARS VII DAYS PART II. Tentu ada My Friends yang kenal kumpulan Rock Thrash Metal CROMOK kan? Band ni dianggap otai kat Malaysia, tapi bagaimana dengan D'CROMOK ada yang kenal? apa kaitan antara CROMOK dengan D'CROMOK..?

Sebelum semua persoalan itu terjawab,  kita kenali dulu kumpulan CROMOK dan kenangan Ayie yang ada kaitan dengannya dulu. Mengimbas kenangan masa lampau.

Album pertama CROMOK : IMAGE OF PURITY tahun 1991. 

CROMOK merupakan sebuah kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pd tahun 1987. Anggota asalnya seramai 4 org terdiri dari pelajar Malaysia yang menuntut di University Of Wollongong, Sydney, Australia. Mereka adalah Shamsudin Ali (Sam) vocalist+bassist, Khairul Anuar Shariff (Karl) guitarist, Khairuddin Mohamad (Din) vocalist+guitarist dan Tarmizi Mokhtar (Miji) drummer.

Band Cromok pernah membuat persembahan di kelab The Den, Teacher's Club, Royal Hotel dan Hills Inn. Ketika album pertama mereka belum lagi dipasarkan di Malaysia, lagu-lagu mereka dalam album demo Image Of Purity (1990) telah kerap dimainkan dalam rancangan The Metal Show dan The Witching Hours menerusi Radio 2RRR's (Australia) dan rancangan The Metal Show di Radio 2SER FM (Australia). Rencana mengenai mereka juga telah diterbitkan oleh majalah Hot Metal (Australia) keluaran Jun 1989 dan Disember 1990. Album demo Image Of Purity (1990) dilaporkan terjual sebanyak 1,000 unit di Australia (Utusan Malaysia, 6 Mac 1992).

Sekembalinya mereka ke tanahair kecuali Din yang masih belum tamat pengajian, mereka bertiga telah menandatangani perjanjian dengan Valentine Record untuk mengedarkan album IMAGE OF PURITY yang telah dirakamkan sewaktu mereka di Australia.

Anggota asal CROMOK ketika menuntut di Australia

Ayie ada beli album ni, masa tu pergi ke pasar minggu jumpa pulak kaset gambar KUDA BERTANDUK yang cantik (pada masa itu tak tahu sangat nama UNICORN). Terus beli yang CETAK ROMPAK punya (MAAF laa budak-budak tengah sekolah lagi masa tu..hehe). Ketika itu nama CROMOK memang tak dikenali langsung beli kaset pun sebab tertarik dengan kecantikkan lukisan SAMPUL ALBUM ni. Tak sangka pula tak lama selepas itu nama CROMOK mula jadi sebutan.

Walaupun peminat muzik tanahair masih janggal dengan genre Thrash Metal, namun album tersebut dapat sambutan menggalak- kan sehingga terjual lebih 30,000 unit(pastinya tak termasuk kaset yang Ayie beli +_+). Pada pendengaran Ayie semua 6 lagu dalam album ni BEST, tapi lagu METALLURGICAL (yang ini bukan instrumental) yang menggabungkan INTRO lagu tradisional popular asal Terengganu 'ULEK MAYANG' dengan irama Thrash, menjadi lagu yang paling menarik dan diminati pada ketika itu.

Wajah Din ketika belajar di Australia
Okey kita dah tahu serba ringkas sejarah CROMOK, yang mana selepas itu mereka muncul dengan banyak lagi album-album lain dengan pemuzik yang berbeza dari anggota asal. Ayie pun tak berapa ikut sangat selepas itu, dengar cerita album-album selepas itu pun best jugak. Sekarang kita ambil tahu pula kewujudan D'CROMOK.

Apabila Din menamatkan pengajiannya di Australia atas sebab-sebab peribadi, dia tidak bergabung semula dengan menyertai CROMOK sebaliknya telah bergerak secara solo menulis lagu dan bermain muzik. Setelah 7 tahun mengumpul lagu dan menanti akhirnya Din dapat mengeluarkan album solonya yang pertama iaitu VII YEARS VII DAYS (7 Tahun 7 Hari) pada tahun 1995 yg disiapkan dlm masa 7 hari.

Lagu-lagunya releks, tenang tapi ada juga yg keras, dalam bahasa arab pun ada. Kebanyakan lagu rock melayu lama adalah berkenaan dengan hentikan peperangan, perangi dadah dan hidupkan semangat. Kumpulan Thrash melayu bukan seperti kumpulan luar negara yang kebanyakannye anti agama dan berunsur negatif.

Album solo pertama D'Cromok
Album : VII Years VII Days
Type : Studio
Release date : 1995
Label : Valentine Sound Productions
Genre : Thrash Metal
Running time : 28:57
1. Huzaifah Ibnu Yaman (5:40)
2. A Dream (4:00)
3. The Four Seasons (instrumental) (2:39)
4. Metallurgical II (2:30)
5. The Flood (5:41)
6. That Dream Is Most Evil (4:16)
7. Adamaina (4:11) [LINK]

Ada yang mengatakan D'CROMOK adalah sebuah kumpulan di mana huruf 'D' diambil sempena nama Din selaku ketua kumpulan. Tetapi bagi Ayie, D'CROMOK adalah album solo Din berdasarkan petikan akhbar di sebelah kanan ni, Din ada berkata ;

"Sekiranya ada pertunjukan saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana saya mempunyai pemain undangan yang tetap, seperti Lan, Sam dan Ly. Senang rasanya bila bersendirian kerana lagu saya tidak terikat dengan keputusan anggota-anggota yang lain".

Album solo ke-2 D'Cromok
Album : VII Years VII Days Part II
Type : Studio
Release date : 1996
Label : Valentine Sound Productions
Genre : Thrash Metal
Running time : 30:55
1. Bedtime Tales (3:46)
2. Metallurgical III Suite (instrumental) (6:06)
3. Metallurgical III (Reprise) (1:25)
4. Love Is... (4:17)
5. Attractive Enigma (instrumental) (2:57)
6. A Letter (4:07)
7. To Whom It May Concern (4:40)
8. Permanent Midnight (3:37)

Setahun selepas itu pada tahun 1996 Din mengeluarkan pula album solo ke-2 iaitu VII YEARS VII DAYS PART II. Album ini ada kenangan tersendiri kepada Ayie. Album ini ada Ayie beli tapi kali ini yang ORIGINAL. Cetak Rompak tak main dah, beli di sebuah kedai muzik di Pudu Raya dengan harga RM 14.90 (jangan tak tau tanda harga masih ada lagi sampai sekarang.

Albumnya masih ada lagi dalam simpanan tapi tinggal sampul aje kasetnya entah kemana? tapi kalau di cari betul-betul jumpa tu tak kemana. Dalam album ini ada 8 buah lagu termasuk METALLURGICAL III(REPRISE) yang panjangnya hanya 1.25 minit. Secara peribadi PGGP merasakan kebanyakkan lagu dalam album ini 'biasa-biasa' saja kecuali Instrumental: METALLURGICAL III SUITE yang berdurasi selama 6.06 minit. Inilah irama yang menjadi penghias muzik latar blog PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA beberapa ketika.

Kepada My Friends yang membaca entry ni, jangan tak tau oleh kerana minat sangat dengan Metallurgical III Suite, Ayie pernah dengar muzik Instrumental ni berkali-kali, berulang-ulang kali lagi dan lagi sehingga kaset dan radio jadi PANAS.

Bila dengar irama Metallurgical III Suite ni ia membuat Ayie 'Berimaginasi' mengikut alunan irama muzik IMAGINASI tentang...

SEBUAH daerah yang aman makmur lagi sentosa. Rakyatnya hidup rukun bahagia dan melimpah dengan kekayaan sehinggalah datang ANASIR pengacau yang mengakibatkan masyarakat berpecah-belah timbulnya fitnah di sana-sini. Akibatnya terjadilah KONFLIK dan PERMUSUHAN. Kemuncak dari persengketaan itu berlakulah peperangan di antara kedua belah pihak dengan pihak pengacau berada di tengah-tengah. Di tengah-tengah konflik yang semakin TEGANG dan MERUNCING itu, 'muncul' laa HERO penyelamat yang berjaya MENYEDAR dan MENYATUKAN semula masyarakat yang berpecah-belah dan MENGALAHKAN si PENGACAU. Akhirnya masyarakat di daerah tersebut kembali hidup AMAN dan SENTOSA. Sekian Terima Kasih...haha3. Waaahhh 'Happy Ending'.

Namun sayangnya entry ini tidak berakhir dengan 'Happy Ending'. Kenapa? tentu ada My Friends yg tertanya2 kan?

Wajah Din beberapa tahun sebelum meninggal dunia
Khairuddin Mohamad atau Din Cromok yang pernah bertugas sebagai jurutera PETRONAS di Kemaman, Terengganu sebenarnya sudah lebih 14 tahun kembali ke Rahmatullah. Allahyarham meninggal dunia tidak lama selepas album ke-2 VII YEARS VII DAYS PART II dikeluarkan. Allahyarham telah jatuh sakit dan meninggal dunia akibat DEMAM MALARIA pada tahun 1997. Dengan itu juga, berakhirlah seni muzik dan irama D'CROMOK.

Sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. AL-FATIHAH

Berikut petikan kata2 Allahyarham yg diambil dari album VII YEARS VII DAYS PART II (1996) dan dari sebuah akhbar :

"I fell glad that all materials have been 'Safely' recorded and therefore it'll be released as soon as I finish this list. I dedicate this album to all LISTENERS. I hope you'll find it enjoyable and stimulating. Kindly SORRY if there's some VERY SHORT arrangements and etc.Otherwise it won't be called D'CROMOK"

"Ira...You better follow me TO MECCA very soon. My fantasy not to be in Tropical paradise but to SUFI and completely released from earthly doings.Ask certain people (you'll not find in daytime) in WHITE CLOTHE, he'll tell you about me and the rest"

" Kalau boleh saya mahu mempelbagaikan irama muzik di tanahair ini tambahan pula saya lihat di pasaran kita tidak ada lagi kumpulan yang menampilkan konsep sebegini berbanding album penyanyi barat.Jadi inilah peluang saya untuk memperkenalkannya kepada peminat yang meminati irama sebegini"

"Sebenarnya saya pernah cuba untuk menulis lirik dalam bahasa Melayu tetapi apabila di lagukan mengikut irama Thrash bunyinya menjadi sumbang dan SAYA TAKUT NANTI BAHASA MELAYU AKAN TERCEMAR"

Selepas Din meninggal dunia dikeluarkan beberapa lagi album koleksi D'CROMOK antaranya seperti di bawah ini :


YOU! GIZE INTO THE SKY
HIGH ABOVE THE FIFTY BILLION STARS
DO YOU KNOW? ALL OF THEM
LIKE OUR SUN THEY ROTATE AND OBEY

PETIKAN KATA-KATA TERAKHIR DARI METALLURGICAL III SUITE


p/s : Siapa boleh tolong, lengkapkan kata-kata di penghujung instrumental Metallurgical III Suite ni, Ada yang dapat kan?

28 comments:

adele said... Reply Comment

mcm ganas je group ni ye ayie..tp bila dgr muziknya menyayat hati lah plak.. T_T

Ayie Abas said... Reply Comment

BETUL ADELE...WALAU GENRE THRASH TAPI ALBUM MEREKA PUNYA LIRIK YG BAIK & MEMBINA...^_^
ADELE...AYIE PERNAH MENITISKAN AIR MATA BILA MENGHAYATI IRAMA INSTRUMENTAL METALLURGICAL III SUITE nie...BETUL2 FEELING KETIKA ITU...heheh (apa nak buat lelaki berjiwa romantis mudah sensitif) ^_^

HonEyBuNNy said... Reply Comment

ayie...

ila pun macam tu jugak tau..kalau minat sesuatu music tu....akan dengar ja beribu2 kali....xjemu2 tau..hehe...

terima kasih atas nasihat di berikan..;-)

Ayie Abas said... Reply Comment

ILA...KITA SERUPA...^_^
ILA...AYIE HARAP ILA TABAH SELALU LALUI LIKU2 KEHIDUPAN...MEMANG DLM KEHIDUPAN YG SINGKAT INI ADA MASA SUKA & ADA MASANYA KITA BERDUKA.
APA YG PENTING KITA SENTIASA INGAT ALLAH ADA...MEMERHATIKAN SETIAP TINDAK TANDUK KITA...^_^

Ayabizz said... Reply Comment

Aya baru tau kumpulan ni..hehe..tapi musik dia memang menyayat hati .. sedih pula bila dengar... Semoga Arwah dirahmatiNya..

Ayie Abas said... Reply Comment

AYA...BETUL tuu...PEMERGIAN ALLAHYARHAM BETUL2 SATU KEHILANGAN BESAR BAGI PEMINAT2 PETIKAN GITAR ARWAH...TERMASUKLAH AYIE...+_+
AMIIN...

Miss Tira said... Reply Comment

Cromok adalah satu kumpulan band rock trash anak tempatan yang sangat gah. Suka lagu The Ulek.

Ayie Abas said... Reply Comment

MISS TIRA...BETUL tuu...SAMA laa KITA...^_^

Anonymous said... Reply Comment

teringat zaman remaja ku... cromok terbaik..mula2 dengar kaset kawan..pastu minat..curi kaset kat pasar raya target kat kampar...minat sangat masa tue..huhu..budak2 sekolah masa tue..duit takder...

AYIE ABAS said... Reply Comment

ANONYMOUS...YEAHH CROMOK & D'CROMOK MEMANG YG 'TERBAEEKKKK'...^_^

iniialahaku said... Reply Comment

dah lama xlayan lagu cromok...memula dgr cromok sjak skolah rendah lagi, mana tak nya..pak njang pagi2 seblom dia pegi kje dok mlayan lagu cromok...kita ni nak pegi sekolah terlayan skalila...

AYIE ABAS said... Reply Comment

iniialahaku...CROMOK MEMANG BANYAK LAGU2 POPULAR TAPI AYIE TETAP SUKA PD ALBUM PERTAMA MEREKA...AYIE RASA KESEMUA LAGU DLM ALBUM tu TERBAIK...^_^

khatgrafik said... Reply Comment

Salam Ayie,
Wahh minat Cromok jugak ye? :)Minat Cromok sebab lagu yang melodi dan lirik yang makan dalam. Kuda unicorn tu pun cantik.. seni je kulit album dia.

Saya beli mula album Cromok Forever in Time tahun 1993. Kaset ori tu EMI hehehe.. kemudian beli album pertama Image of Purity.. sampai lah Hail to King - Tribute to Cromok.

Album D'Cromok part 1 ngan 2 pun saya ada. Masih cantik lagi. Dalam part 1 saya paling suka lagu Huzaifah Ibn Yaman. Dalam part 2 suka semua dan kebanyakan lagu dinyanyikan penyanyi jemputan.

Masa tu kat sekolah, logo Cromok dan D'Cromok selalu potong stiker lekat kat motor.

Baru-baru ni saya ada wat entri pasal sejarah penuh Cromok yang mungkin orang tak tahu..

Maaf la panjang komen, sebab susah nak jumpa blogger yang buat entri pasal Cromok atau D'Cromok :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@khatgrafik

W'SALAM...SAHABAT.

ALBUM CROMOK..AYIE BELI YANG PERTAMA..MASA tu MEMANG LANGSUNG ORG TAK KENAL SIAPA MEREKA.

AYIE BELI PUN SBB TERTARIK DGN COVER ALBUMNYA...GAMBAR UNICORN.

MASA tu AYIE MASIH SEKOLAH. X ADA DUIT..BELI YG CETAK ROMPAK..ermm..haha3

ALBUM D'CROMOK PULA AYIE BELI YG ORI...KAT PUDU RAYA MASA TU...SBB TERTARIK ADA ORG KATA ALBUM PERTAMANYA BEST TERUTAMA LAGU HUZAIFAH IBN YAMAN tu laa. ^__^

emy zulaiha said... Reply Comment

alamak abg ayie...emy tak minatlah plak :) emy jiwang..ececey! :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@emy zulaiha

EMY SUKA DENGAR LAGU-LAGU JIWANG eh? ^__^

AYIE PULA LAYAN SEMUA JENIS LAGU ASALKAN IRAMANYA MENARIK BAGI AYIE.

♥AieN ChoiN♥ said... Reply Comment

brutalla group niy..hehehe.. :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@♥AieN ChoiN♥

NAMA GROUP DAN LAGU jer BRUTAL TAPI MEREKA BAIK2 DAN TERPELAJAR tau..AIEN. ^__^

remyhazza said... Reply Comment

selamat ulangtahun ayie......
lama tak dengar lagu cromok nie.... masa remy kechik2...selalu jugak layan cromok nie.... baru nk jadi rock...he3

khatgrafik said... Reply Comment

Salam,
Wahh siap ada remake lagi, dah macam album buat remastered :)

Tapi macam ada tersalah fakta sikit dalam artikel ayie. Din sebenarnya pulang lebih awal ke Malaysia sebab beliau adalah senior kepada Sam, Miji dan Karl. Ini berdasarkan input temuramah Majalah Karisma dengan Cromok.

Pastu ada tertinggal perkataan rotate dalam ayat they...and obey.

Harap ayie jangan marah :)hehehe

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

TERIMA KASIH REMY. ^__^

AYIE PUN MULA DENGAR MUZIK CROMOK ni MASA KECIK JUGAK MASA tu SEKOLAH LAGI.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@khatgrafik

tu laa...ADAKAH AYIE BLOGGER PERTAMA YG BUAT REMAKE ENTRY? hehe3

BEGITU ker...? hahaha3 INFO ni AYIE CARI DAN AMBIL DARI BEBERAPA LAMAN BLOG TTG CROMOK.

KECUALI D'ROMOK tu AYIE MEMANG ADA BACA KISAH DIN DI SEBUAH MAJALAH YG MENEMU RAMAH DIN SEMASA BELIAU MASIH ADA LAGI.

AYIE MEMANG X DAPAT PERKATAAN tu..AYIE HARAP ADA KAWAN2 YG DPT TOLONG AYIE CARI PERKATAAN YG TERTINGGAL tu. SEKARANG DPT DAH.^__^

TERIMA KASIH SAHABAT.

brother HISYAM (my own) said... Reply Comment

@adelesalam..untuk info,ambo memang rapat dengan arwah. penah sama2 jamming di kelantan,penah kena marah kat arwah pun ada gak masa blaja main gitar dulu..

Ayie Abas said... Reply Comment

@brother HISYAM (my own)

IYER KE? BROTHER HISYAM...? WAHHHH...ADA KENANGAN laa DGN ARWAH.

pch said... Reply Comment

minat d cromok dr cromok...cos dcromok agak lembut sikit...

Ayie Abas said... Reply Comment

@pch

A'AH...BETUL tu...PCH

muhtaufikismail said... Reply Comment

ini sebenarnya bait bait terakhir metallurgical :

You gaze into the sky high above
The fifty billion stars do you know?
All of 'em like our sun,
they rotate and obey

Ayie Abas said... Reply Comment

@muhtaufikismail

sekian lama akhirnya dpt juga ayatnya yg betul...hehe

terima kasih taufik...skrg jugak sy ubah.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top