Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

06 June 2011

Dalam Kehadiran Sofiah - WINGS


Dalam Kehadiran Sofiah

Dalam terang ku meraba-raba
Mata yang celik tak berguna
Intan...kaca ku anggap serupa
Intan...kaca ku anggap serupa

Ku mencakar dari mimpi ke mimpi
Terlukalah cinta dalam realiti
Bagai terasa terpadam mentari
Bagai terasa terpadam mentari

Hadir Sofiah cinta ku serah
Terhenti...jelaslah mimpi...ohh
Bersama cintamu ku melangkah
Dari rembulan ke mentari


Dalam hangat rindu
Bila di samping mu
Kau Sofiah...pada mu
Ku serah segala...segala




Kini tersingkap tabir hakiki
Teranglah...pentas dunia ini
Dalam keindahan mistikal realiti...ohh
Bersama cinta mu ku melangkah
Dari rembulan ke mentari


Dalam hangat rindu
Bila di samping mu
Kau Sofiah...penawar
Gundah gelisah...gelisah


Sofiah...kau kekasih
Penawar gundah dan gelisah
Bersama cinta mu ku melangkah
Dan hangat rindu...bila di samping mu...
Ahhhhh...ahhhhh




APABILA disebut nama kumpulan WINGS...PGGP yakin ramai  yang kenal akan kumpulan rock LAGENDA ini. Namun apabila disebut lagu DALAM KEHADIRAN SOFIAH confirm ramai yang tak tahu. PGGP sendiri tak pernah lagi dengar lagu ini dimainkan di mana-mana stesen  radio sama ada sekarang atau pun di masa album ini dikeluarkan.

Lagu Dalam Kehadiran Sofiah ini dipetik dari album ke -4 kumpulan Wings, JERANGKUNG DALAM ALMARI tahun 1991. Album Wings ini memang terasa berbeza berbanding album sebelumnya malah kebanyakkan lagu yang popular dalam album ini adalah lagu2 rancak seperti Awang Trasher dan Jerangkung Dalam AlmariPGGP suka pada lagu Dalam Kehadiran Sofiah nie kerana melodi dan cara nyanyian Awie yang berbeza dari lagu-lagu Wings yang lain.

Bagi anak2 muda sekarang terutama yang berumur bawah 20 an, PGGP rasa tentu lebih mengenali Awie sebagai pelakon berbanding penyanyi rock terunggul negara selain Amy Search. Terutama setelah beberapa filem lakonan Awie MELETUP di pawagam seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sedih juga bila perkara ini berlaku kerana di zamannya Awie dan Wings adalah PENYANYI dan KUMPULAN Rock paling UNGGUL dan bersaing hebat dengan sebuah lagi kumpulan Rock lagenda iaitu SEARCH dengan penyanyinya siapa lagi kalau bukan Amy
Masih terbayang dalam kenangan PGGP akan kehebatan Wings dengan album2 dan lagu-lagu hebat mereka pada zamannya.
Jom My Friends kita tengok 2 keping gambar kumpulan Wings DULU dan KINI...(gambar yg dulu Joe tak ada lagi).~ PGGP







Dalam Kehadiran Sofiah

2 comments:

Raden said... Reply Comment

fuyooo..awie dulu kurus!!

AYIE ABAS said... Reply Comment

NADDIA...AWIE PD ZAMAN tuu MEMANG KURUS DAN PERNAH SATU KETIKA RAMBUTNYA PANJANG MENCECAH PUNGGUNG.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top