Gambar-Gambar Kuda Yang Pernah Jadi HEADER Blog PGGP
HARI ini Jumaat 10 Jun 2011/08 Rejab 1432 H...sudah 3 bulan lebih usia blog Putera Gahara Gagah Perkasa/PGGP. Bermula pada bulan Mac 2011 dengan entry PERTAMA selasa 8 Mac (walau di blog tercatat rabu 9 Mac...kerana ada masalah teknikal).
Entry pertama bertajuk GAZA, yang PGGP copy dari blog mantan Perdana Menteri ke-4, TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD. Pada mulanya PGGP buat blog hanya sekadar mahu BERKONGSI gambar2 yang menarik dan maklumat yang difikirkan BERMANFAAT dengan sesiapa saja yang menjenggok ke blog Putera Gahara Gagah Perkasa.
Namun bila dah agak lama berbloggin baru PGGP faham peraturan2 blog, iaitu antaranya bila mahu copy sesuatu artikel perlu disertakan sekali dengan link blog asal,walaupun PGGP tak suka copy secara bulat2 sesuatu artikel itu kerana mempunyai idea sendiri dari segi penyampaian artikel dan pemilihan gambar.
Banyak lagi pengetahuan,peraturan dan selok-belok blog yang perlu di ambil tahu dan segalanya PGGP belajar dan lakukan sendiri dengan cara melawat,melihat blog2 dan membaca serta mencuba tutorial2 rakan-rakan bloggers yang lain.
Berbanding sesetengah Header blog yang lain...ada bloggers yang guna Photoshop atau menempah khas Header Blog dari mereka yang berkemahiran....
Header blog PGGP tak susah hanya perlu pergi ke Edit Layout/Design+Add a Gadget+Picture+pilih gambar kuda dalam fail+Save kemudian pergi ke Template Designer+Advanced+sesuaikan Blog Title Color+Blog Title Font+sesuaikan Saiz Teks...dah siap Header blog Putera Gahara gagah Perkasa...mudahkan My friends?
Di bawah adalah gambar-gambar kuda yang pernah TERPILIH untuk menjadi HEADER blog PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA...dari yang mula2 hinggalah yang terkini. Jom tengok :-
HEADER MULA-MULA/PERTAMA (gambar paling atas)
HEADER PALING TERKINI (gambar paling bawah...baru ganti malam sabtu/10/Jun)
Ada di antara gambar2 di atas agak lama jadi Header Blog PGGP manakala gambar yang paling sekejap adalah gambar ke-7 selama 1 hari aje. Gambar 2 orang koboi menunggang kuda di waktu senja...walaupun gambar itu menarik tapi PGGP rasa kurang sesuai dari segi konsep untuk di jadikan HEADER.
Kini PGGP mula menemui style yang tersendiri dalam menghasilkan tiap2 entry,yang berbeza dari mana2 blog sama ada dalam atau pun luar negara. Kepada My Friends yang selalu berblogwalking ke blog PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA tentu akan menyedarinya....ye ke ? hahaha...
Berikut adalah berat blog PGGP yang ditimbang dengan iwebtool pada 22 Mac 2011:
Domain name ayie-puteragahara.blogspot.com
Size 414.38 KB/Load Time 1.2 seconds/Average Speed per KB 0 seconds
Manakala di bawah ini pula berat blog PGGP yang ditimbang pada malam sabtu 10 Jun 2011:
Domain name ayie-puteragahara.blogspot.com
Size 241.78 KB/Load Time 1.06 seconds/Average Speed per KB 0.seconds
Walaupun blog PGGP masih lagi dalam kategori blog yang BERAT namun buat masa ini PGGP anggap ia masih lagi okey dan boleh di jangkau atau di terima oleh My Friends yang singgah melawat blog PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA.
Insya Allah dari masa ke semasa PGGP akan berusaha lagi menggurangkan beratnya,jadi terus beri SOKONGAN tahap SEDETIK LEBIH SELEPAS SELAMANYA kepada blog PGGP ini...okey My Friends? hahaha...~ PGGP























4 comments:
kuda kuda kuda...cube tukar tenuk plak..
NADDIA...TENUK TAK GAGAH.
LARI TAK LAJU...HAHAHAHA...^_^
Ayie! Kuda antara binatang paling menarik. Gambar kuda-kuda tu memang berseni. Pada saya ada keistimewaan. Bukan apa saya juga gemar melihat kuda. Maksud saya lihat gambar. Kuda biasa dikaitkan dengan orang kaya-kaya. Namun untuk saya, cuma gemar pada ciri ketangkasannya. Ok juga gambar kuda-kuda tu...
BETUL tuu ADILLA...DLM AL QURAN JUGA SURAH AL-'ADIYAT ALLAH TAALA ADA BERSUMPAH DGN NAMA KUDA...HEBAT KAN KUDA? TETAP RELEVAN SEPANJANG ZAMAN.
Post a Comment