Tiada Lagi Telatah Dan Senda Gurau Pak Uda...aduhaiiiiiiiiii
SEORANG lagi pelakon berkarisma yang menjadi minat dan kesukaan PGGP telah pergi...pergi yang tak akan kembali lagi...pergi buat selama-lamanya mengadap Ilahi. Masih terbayang-bayang di ruangan mata dengan gelagatnya sebagai Pak Uda dengan imej butang baju sengetnya dan telatahnya sebagai Pak Abu dengan cakap 'lepas'nya.
ZAMI ISMAIL atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ahad 19 jun 2011/17 Rejab 1432H. Beliau disahkan meninggal di IJN (Institut Jantung Negara) selepas diserang sakit jantung.
Zami, 67, yang popular dengan sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' satu ketika dahulu memegang watak Pak Uda dan juga watak Pak Abu dalam filem komedi Box Office 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Tapah, Perak.
Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat. ~ Al-Fatihah...
![]() |
| Pak Uda(Zami Ismail) bersama 2 pelakon Sitcom Pi Mai Pi mai tang Tu |
![]() |
| 2 babak Zami Ismail sebagai Pak Abu dalam filem Box Office H.K.L.B.R |
KUALA LUMPUR : Pelakon/Pelawak veteran, Zami Ismail (biodata detail di sini), 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Anak ketiga Allahyraham yang juga pelakon dan pengarah Mohd Soupi Zami (Opie Zami), 37, berkata, ayahnya sempat berpesan kepada semua anaknya agar berbuat baik sesama manusia.
"Keadaan dia (Allahyarham) berada dalam keadaan biasa saja dan pergi dengan tenang. Dia sempat berpesan kepada kami semua agar berbuat baik sesama manusia," katanya yang ditemui di perkarangan rumah mayat IJN, di sini, Ahad.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih, 35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
"Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia," katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.
Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Pai Tang Tu pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit (arahan Mamat Khalid) dan Shh…Dia Datang (arahan Saiful Apek).
Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem Mat Som (1990).
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak dan dikebumikan selepas solat Asar.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
Sumber berita : selangor2u.com
Sumber berita : selangor2u.com
Lain-lain gambar Allaharyam sebagai kenangan abadi :
![]() |
| Tinggal kenangan |
![]() |
| Walaupun tak sihat tapi masih sempat ziarah rakan artis Mat Busu |
Filem lain lakonan Allahyarham yang PGGP suka :
Akhir kata PGGP : Allahyarham Zami Ismail adalah pelakon berkarisma ke-3 yang PGGP minat telah kembali ke rahmatullah selepas Ismail Din,54 dan Shukery Hashim,55 tahun. Al-Fatihah ~ PGGP
![]() |
| Ismail Din : 1951 ~ Ramadhan 2005 |
![]() |
| Shukery Hashim : 1954 ~ 10 Jun 2009 |
























30 comments:
al-fatihah~
moge beliau ditemptkn diantara org2 yg beriman....
YA..HAREEZ...AL-FATIHAH KITA DPT SEDEKAHKAN PD ARWAH PAK UDA +_+
al-fatihah buat mereka2 yg tiada huhu..
SHIDA'R...SAMA2 KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH PD MEREKA2 YG TELAH TIADA...+_+
Al-fatihah buat arwah, semoga roh dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan golongan beriman.
Takziah untuk keluarga yang terlibat.
Blog NETonX
salam takziah.alfatihah
HERUMI...AMINN...+_+
KELUARGA MEREKA TELAH KEHILANGAN ORANG2 YANG TERSAYANG...TAKZIAH DIUCAPKAN...+_+
AMIR AIZAT...TAKZIAH KPD KELUARGA MEREKA...AL-FATIHAH...
al-fatihah buat beliau..
ARE'JA...YA...SEDEKAHKAN AL-FATIHAH PD MEREKA YG TELAH PERGI MENGADAP ILAHI...
AL-FATIHAH.
Alfatihah.. Mereka telah kembali. Masa kita akan tiba juga..
BENARRR...ANN...TIADA SESIAPA YG DAPAT MENGGELAK.
AL-FATIHAH...+_+
al Fatihah buat pak uda...
Setiap yg bernyawa akan merasai mati...Apa bekalan yg dibawa ke alam satu lagi, itulah yang difikirkan...
ZORA...AL FATIHAH BUAT PAK UDA...AL-FATIHAH.
p/s: terasa benar sunyi dunia seni lakon tanpa Pak Uda.paling tidak pun utk masa terdekat ini. +_+
BENAR ADILLA.
TAKUT JUGA BILA MEMIKIRKANNYA DLM KEADAAN BEKALAN YG MASIH KURANG. NAMUN APAPUN MATI ADALAH SUATU KEPASTIAN.
takziah buat keluarga beliau..
al fatihah buat arwah ..
Al-Fatihah buat arwah..
takziah buat keluarga arwah..
semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan beriman..
AIN...TAKZIAH BUAT KELUARGA MEREKA.+_+
ALIF HARIS...MARI KITA SEDEKAH AL-FATIHAH PD MEREKA YG TELAH PERGI BUAT SELAMA2NYA.
AL-FATIHAH.
i taw ismail din sorg je yg dah pergi.rupanya ramai lg yg dah pergi meninggalkan dunia seni dan dunia ni,kembali padanya yg satu.al-fatihah.
AIDA...AMIIN.
al fatihah .
NAJILA...MMG DAH RAMAI TAPI AYIE TAK SEMPAT MASUKKAN NAMA MEREKA...ANTARANYA M.RAJOLI.
KITA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KPD MEREKA YG TELAH TIADA SELAMANYA.+_+
hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock...AL-FITIHAH...YG MAMPU KITA SEDEKAHKAN...PALING MUDAH.
Innalillah..semoga rohnya dicucuri rahmatNya..Amin
AYA...AMIIN.
AL-FITIHAH
semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan-kalangan orang yang beriman . Amin
Liya...AMIN...AL-FATIHAH.
Post a Comment