Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

01 August 2011

Kisah Sedekah Yang Jatuh Pada Pelacur,Pencuri Dan Orang kaya



Niat Yang Ikhlas Pasti Akan Sampai Kepada Allah Taala Jua


Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;


“Salah seorang dari kalangan Bani Israil berkeinginan untuk bersedekah secara sembunyi-sembunyi pada waktu malam. Pada malam itu dengan diam-diam ia meletakkan sedekahnya di tangan seseorang kemudian ia pulang secara diam-diam pula. Keesokan harinya banyak orang memperbincangkan bahwa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang pencuri. Orang yang telah memberi sedekah tadi berkata, "Wahai Allah, segala puji bagi-Mu, sedekahku telah jatuh ke tangan seorang pencuri."


Kemudian dia berazam, malam ini akan bersedekah lagi secara diam-diam (karena sedekah tadi dianggapnya rosak). Pada malam itu ia pun keluar diam-diam lalu memberi sedekahnya kepada seorang perempuan. Keesokan harinya orang ramai membicarakan bahawa pada malam tadi seseorang telah memberikan sedekah kepada pelacur. Pemberi sedekah itu berkata, “Wahai Allah, segala puji bagi-Mu, sedekahku telah sampai kepada seorang perempuan penzina.”


Pada malam ketiga dia kembali bersedekah secara sembunyi-sembunyi. Kali ini sedekahnya jatuh ke tangan orang kaya. Keesokan harinya ramai orang memperbincangkannya bahwa seseorang telah memberi sedekah kepada orang kaya. Pemberi sedekah itu berkata, “Wahai Allah, segala puji bagi-Mu, sedekahku telah sampai ke tangan pencuri, penzina dan orang kaya.”


Malam itu dia bermimpi bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah S.W.T. Sedekahnya ditakdirkan jatuh ke tangan pencuri, agar pencuri itu bertaubat dari tabiat mencuri. Dan diterima oleh seorang pelacur, kerana dengan itu menjadi asbab untuk pelacur itu bertaubat ketika mengerti bahawa Allah S.W.T. memberi rezeki walaupun dia itu telah menghinakan dirinya sendiri dengan pekerjaannya yang keji. Dan jatuh ke tangan orang kaya, agar orang kaya itu mendapat pengajaran bahawa seorang hamba Allah telah bersedekah dengan diam-diam, dan ia pun akan menyedekahkan harta yang telah Allah S.W.T. berikan kepadanya.
(Hr. Muttafaq alaih ~ Misykaat)


~ Wallahu'allam ~


4 comments:

D.A.Y.A.H said... Reply Comment

interesting entry..

manusie hanye merancang..tapi Allah yg tentukan semuanyer..
mcm cite kat ats ni.. :)

salam ramadhan..

AYIE ABAS said... Reply Comment

D.A.Y.A.H...KESIMPULAN PENTING DARI KISAH INI ADALAH KEIKHLASAN SESUATU AMALAN YG PASTI TIDAK SIA2 DAN ADA HIKMAHNYA.^_^
SALAAM RAMADHAN KEMBALI DAYAH...JOM SOLAT TERAWIH MLM nie...^_^

Anonymous said... Reply Comment

Terima kasih atas informasi menarik

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Anonymous

TERIMA KASIH KEMBALI...^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top