Siasat kelas tuisyen pesong akidah murid Islam
Kementerian Pelajaran pantau kegiatan kumpulan sebar agama Kristian di luar sekolah
KUALA LUMPUR : Kementerian Pelajaran sedang memantau dakwaan wujud kegiatan menyebarkan agama lain oleh kumpulan tertentu yang berselindung di sebalik kelas tuisyen percuma dengan menyasarkan murid sekolah rendah beragama Islam, terutama di kalangan keluarga miskin dan setinggan di ibu negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya mengambil berat dakwaan itu dan siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kegiatan berkenaan melanggar Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam.
“Saya dimaklumkan kejadian berlaku di luar sekolah apabila anak ini mengikuti kelas tuisyen. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana negara kita ada undang-undang... ada enakmen tertentu melarang penyebaran agama lain kepada umat Islam. Disebabkan kejadian berlaku di luar sekolah, ibu bapa kenalah pantau anak mereka.
“Jika anak mengadu (mengenai kegiatan itu), ibu bapa perlu segera melaporkannya kepada Jabatan Agama Islam negeri dan ia haruslah disiasat,” katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar ini kelmarin mengenai cubaan terbaru memesongkan akidah umat Islam dikesan dipercayai didalangi kumpulan tertentu dengan menyasarkan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, terutama dari kalangan keluarga miskin di beberapa penempatan setinggan di Lembah Klang.
Difahamkan, kegiatan terbabit bertapak sejak enam tahun lalu berselindung di sebalik kelas tuisyen yang diadakan di bekas kuarters pekerja ladang di Hock Ann Estate, Jalan Klang Lama untuk menyebarkan pengaruh Kristian melalui tayangan video dan segmen menyanyikan lagu keagamaan.
Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati premis terbabit berkunci, dengan bahagian luarnya terdapat poster keagamaan yang tidak menunjukkan langsung imejnya sebagai kelas tuisyen. - Berita Harian
ULASAN PGGP : Hal pemesongan akidah ummat Islam bukanlah perkara kecil,remeh temeh dan main-main. Bagaimana kegiatan kumpulan ini boleh bergerak bebas setelah 6 tahun baru kegiatan mereka terbongkar?. Dalam tempoh itu sudah berapa ramai kanak-kanak Islam telah diasuh dan diajar dengan kepercayaan agama kristian itu.
Kalau kumpulan Islam yang dianggap tegar boleh ditangani dengan penahan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA),kenapa pula kumpulan tegar dari agama kristian ini yang jelas melanggar undang-undang dan jahat apabila cuba menyebar ajaran agama kristian kepada kanak-kanak Islam secara rahsia dan sistematik boleh terlepas pandang selama 6 tahun? Benar-benar satu hal yang menyedihkan.
Powered By AyieAbas.com
19 August 2011
PERANGKAP NASRANI #4 - Pesong Akidah Anak Islam Seawal Usia Kanak-Kanak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)









0 comments:
Post a Comment