Daku Amat Menyintai Mu


14 November 2011

PERISTIWA PALING MENYAYAT HATIKU | SEGMEN BERSAMA SiManis


SUDAH agak lama juga Ayie tak sertai mana-mana segmen dari rakan-rakan blogger yang di sayangi...cewahhh. Tetiba pulak Ayie nampak blogger Simanis buat segmen sulungnya. Hati Ayie rasa berkobar2 mahu support segmen dia. Lebih-lebih lagi Ayie memang ada cerita yang menyayat hati sehingga kini masih terasa KESEDIHANNYA. 
___________________________________________________________

Anak Saudara Ku Yang Di Kasihi Menjadi OKU Gara-gara Keracunan Makanan

AGAK lama juga peristiwa ini berlaku, lebih kurang 2-3 tahun yang lepas. Tragedi menyayat hati ini berlaku di dalam bulan mulia Ramadhan. Tapi KESANnya masih terasa dan kekal hingga kini...dan mungkin selamanya. Menjadi kesedihan dalam keluarga kami lebih2 lagi kedua ibu bapanya. Namun takdir yang berlaku perlu diterima jua sama ada suka atau tidak. Tak terucap lagi kekesalan di dalam dada.

Cukup laa kalau Ayie memperkenalkan anak saudara Ayie itu sebagai Abang Mee saja...nama panggilan mesra kami sekeluarga kepadanya. Abang Mee seorang anak yang baik dan berbadan besar walau ketika kejadian itu dia baru sekolah darjah 4. Seperti biasa anak saudara Ayie itu cukup rajin berbuka puasa di surau kawasan perumahan tempat tinggalnya di Puchong. Memang dia cukup menjaga puasanya dan semasa kejadian itu berlaku belum lagi puasanya bocor.

Pada petang kejadian itu Abang Mee ke surau berdua dengan adiknya. Memang sebelum itu pun sudah beberapa kali dia berbuka puasa di surau kawasan perumahan tersebut. Lebih2 lagi bila ada menu moreh yang menjadi kesukaannya. Adiknya tak berapa makan sangat pada petang berbuka puasa di hari kejadian itu lalu diberi pada Abang Mee yang sememangnya suka sangat makan mee goreng. Sepatutnya sepinggan terus jadi 2 pinggan mee goreng yang dimakan Abang Mee.

Hari Abang Mee makan moreh tu hari khamis jadi keesokkannya hari jumaat, Abang Mee ke sekolah seperti biasa tapi sudah mula menunjukkan tanda2 keracunan makanan apabila cirit-birit di sekolah. Pihak sekolah menghubungi kedua ibu bapanya memberitahu hal itu serta membenarkan Abang Mee balik ke rumah, tanpa membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Sampai ke rumah, kedua ibu bapanya pula ingatkan Abang Mee hanya sakit perut biasa saja lalu memberi makan ubat sakit perut yang di beli di kedai saja. Pada malamnya sakit Abang Mee mula bertambah serius, cirit-birit bertambah teruk. Sehinggalah subuh ke esokkan harinya...emaknya pergi ke bilik Abang Mee risaukan keadaan Abang Mee tapi tengok-tengok Abang Mee dah KERAS membiru.

Emaknya cuba mengangkat Abang Mee namun tak mampu kerana saiz badan Abang Mee yang besar dan berat. Mujurlah ayahnya pulang dari kerja syif malam lalu dengan segera dan tergesa2 terus membawa ke hospital swasta yang berhampiran. Sampai ke hospital pihak hospital tidak pula memberi bantuan oksigen ke otak hanya pemeriksaan saja sebelum mengesyorkan kepada ayah Abang Mee supaya membawanya ke hospital kerajaan pula.

Abang Mee dimasukkan ke wad ICU dengan pelbagai wayar di muka dan badannya. Ayie tengok pun sedih sangat tak sangka perkara seperti ini akan berlaku padanya. Abang Mee koma beberapa hari manakala adiknya juga dimasukkan ke wad namun syukurlah keadaannya stabil dan hanya menerima rawatan di katil pesakit saja.

Berbulan-bulan lamanya Abang Mee terlantar di hospital namun kasih ibu kepada anaknya memang TIADA SEMPADAN. Sepanjang itu jugaklah emaknya menemani Abang Mee di hospital sampai boleh dikatakan sudah tahap 'berumah' di hospital Selayang tersebut. Walaupun Abang Mee sedar dari koma namun keadaannya amat menyedihkan sekali. Abang Mee tak boleh bercakap lagi ketika itu dan asyik menangis2 saja. Betul2 menghibakan perasaan kami sekeluarga. Doktor memberitahu akibat keracunan makanan tersebut darah Abang Mee telah tercemar dengan kuman. Darah yang telah tercemar itu perlu dikeluarkan dan diganti dengan darah baru. Akibat dari itu juga oksigen tak dapat sampai ke otak menyebabkan berlaku kerosakan atau kecederaan pada otak Abang Mee...Ya Allah...

Setelah beberapa lama tinggal di hospital, Abang Mee dibenarkan pulang namun Abang Mee tidak lagi seperti dulu. Lincah berbasikal...petah berkata2...selaku anak sulung amat bertanggungjawab pada adik-adiknya. Kini Abang Mee tak lagi boleh bercakap dan berjalan. Segala otot2nya tak berfungsi dengan sempurna lagi. Jika mahu bergerak kena MERANGKAK dan bila bercakap, pertuturannya tak jelas dan sukar difahami. Penuh di tangan Abang Mee bekas-bekas jarum ubat hingga meninggalkan parut yang ketara.

Segala urusan diri Abang Mee diuruskan oleh emaknya. Menyuapkan makanan, minum, kencing...beraknya ditanggung ibubapanya. Pernah satu ketika...hal ini amat MENYEDIHKAN Ayie..ermmm...emaknya demam tak sihat pada hari itu...Abang Mee telah pergi ke bilik air dan mandi sendiri. Bila emaknya tau marah laa emaknya sebab emaknya telah berpesan pada Abang Mee jangan buat sendiri kalau nak mandi atau ke tandas sebab tempat tu licin dan Abang Mee tak mampu buat sendiri. Sambil menangis Abang Mee berkata...'TAK MAHU MENYUSAHKAN EMAK SEBAB EMAK TAK SIHAT'... bila dengar jawapan itu kedua-duanya MENANGIS. Bila cerita ini diceritakan pada kami Ayie pulak yang menangis... ermmm

Setelah jenuh berubat sana-sini dan menjalani TERAPI keadaan Abang Mee menunjukkan perkembangan positif. kini Abang Mee sudah mampu berjalan walau masih terhoyong-hayang...sudah boleh bercakap walau adakalanya tidak jelas dan BERITA BAIKnya Abang Mee sudah mula bersekolah kembali di sekolah khas setelah lama tidak bersekolah. Sepatutnya Abang Mee sudah pun memasuki tingkatan 1 jika peristiwa menyayat itu tidak berlaku. 
Selepas peristiwa itu, Abang Mee menjadi fobia dengan mee goreng tak lagi menyukainya.

Peristiwa menyayat hati yang menimpa Abang Mee ini menjadi fobia kepada kami sekeluarga. Kini jika ada saja anggota keluarga yang sakit perut atau keracunan makanan dengan segera akan mendapatkan rawatan ke hospital sebab teringatkan apa yang telah menimpa kepada Abang Mee.

Ayie tau dan yakin Allah amat menyayangi Abang Mee...kerana walaupun dalam keadaan lemah dan serba kepayahan Abang Mee tetap MENGERJAKAN SOLAT dengan cara duduk di kerusi. Kepada anak saudaraku... ketahuilah sesungguhnya kami sentiasa MENYAYANGI Abang Mee.........Ya sentiasa.
_________________________________________________________

PERISTIWA PALING MENYAYAT HATIKU
SEGMEN BERSAMA SiManis

Macamana nak join segmen SiManis ini? dibawah cara-caranya…senang je…

1- Letak header Tuan Segmen yang manis tu :P

2- Nak follow atau tidak, SiManis tak kisah. Sempoi kan?  

3- Letak tajuk : PERISTIWA PALING MENYAYAT HATIKU | SEGMEN BERSAMA SiManis

Lain-lain maklumat sila klik sini  

Tarikh tutup : Hari ini Isnin 14 November 2011,jam 11.59 malam.

16 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

sayu hati bila baca cerita abg mee
:(

simanis said... Reply Comment

terima ksih ayie...
tersentuh rasa bila membaca nya...

Ungu Violet said... Reply Comment

tak sangka pulak mi grg boleh mgakibatkn keracunan makanan yg teruk...

hiba rasa hati baca kisah abg mee..
Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian itu...bersangka baik dgn Allah yer...

utk ayie all da bez k..:)

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

kesian anak tu... jaja sedih baca..sampaikan salam parents abg mee ye..semoga terus tabah.

abg mee tu wp oku tp akalnya sihat..kalau x mana mungkin dia merasa susahpayah si ibu..

DianaAzis said... Reply Comment

Ayie, Sedihnya..memang betul2 buat diana menanis ni..Sib baik pesan awal2..memang sangat-sangat sedih..Kesian Abg Mee, kecil-kecil dengan tabah lalui dan Redha dengan semua ketentuan Allah..Diana kagum semangatnya..Buat ibu bapa Abg Mee dan keluarga Ayie, sabar yea lalui semua ini. Abg Mee perlukan sokongan kalian. Diana doakan semoga Abg Mee cepat sembuh.. :)

P/s : Benarlah, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Allah hanya menguji hambanya yang mampu.. :(

AYIE ABAS said... Reply Comment

puteri kasih...MEMANG SAYU PUTERI...BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU KEDUA IBUBAPANYA...BILA LIHAT ANAKNYA BEGITU.

AYIE ABAS said... Reply Comment

simanis...TERIMA KASIH JUGA SYIMA PADA AWAK KERANA ADAKAN RUANG UTK AYIE MENCERITAKAN PERISTIWA SEDIH YG AGAK LAMA BERSARANG DI DALAM HATI..ERMMM

AYIE ABAS said... Reply Comment

Ungu Violet...MEE GORENG PUNCANYA UNGU TAPI YANG MENGAKIBATKAN ANAK SEDARA AYIE SERIUS ADALAH KERANA OTAK TAK DAPAT OKSIGEN AKIBAT DARAH YG SUDAH TERCEMAR/ROSAK DAN AGAK LAMA DAPAT RAWATAN.

AYIE ABAS said... Reply Comment

Cikgu Jaja™...ABANG MEE BILA TENGOK TV ATAU CERITA DIA BOLEH FAHAM DAN KETAWA BILA BABAK YG LUCU...CUMA OTAKNYA TERJEJAS KERANA TAK DAPAT OKSIGEN PD MASA KEJADIAN ITU. AKIBATNYA FUNGSI OTOT...DAN PERTUTURANNYA TERJEJAS TERUK.

AYIE ABAS said... Reply Comment

DianaAzis...DIANA DARI PEMERHATIAN AYIE ABG MEE MEMANG SEORANG ANAK YG TABAH,CEKAL DAN KUAT KEAZAMAN WALAU USIANYA MASIH MUDA.

MASA DIA MENCUBA BERLATIH BERJALAN DULU..DIA TERPAKSA MEMAUT DINDING BERTATIH2 MEMANG MENGHIBAKAN BILA MELIHATNYA TAPI KAMI MAHU DIA BERLATIH MENGERAKKAN OTOTNYA YG LEMAH. DIA CEKAL MELAKUKANNYA SENDIRI.

TERIMA KASIH DIANA...DI ATAS DOANYA.

♥Aien Najwa♥ said... Reply Comment

YA ALLAH ! Sangat sedih..dengan rase hibe airmate sy mengalir..budak yang hanye baru meningkat usie berade darjah 4, tibe-tibe keracunan sampai effect ke otak dengan sekelip mate..sedih sangat..Abg Mee semoge kamOo kuat..Abg Mee memang anak yang sangat Baik..Allah amat menyayangi kamOo....Semoge Abg Mee Sembuh seperti sedia kala..Amiiiinnnn..

AYIE ABAS said... Reply Comment

♥Aien Najwa♥...TERIMA KASIH AIEN...ERMMM MEMANG ABG MEE ANAK YG SANGAT BAIK DAN CEKAL. DLM USIA SEMUDA ITU DIA TELAH DI UJI DGN SEBEGITU HEBAT.

WALAU SUDAH LEBIH 3 TAHUN KEJADIAN ITU...TAPI KESEDIHAN KAMI MASIH TERASA HINGGA KINI.

Wirda Amir said... Reply Comment

Kesiannya...apa agaknya perkembangan terkini abg mee ye?memang betul..kekurangan oksigen utk sampai ke otak blh mengakibatkan kecacatan...ianya berpunca dari darahkan...sedihnya seorg ibu itu melihat anak yg dulunya lincah,kini tak lagi begitu....

Ayie Abas said... Reply Comment

@Wirda Amir

abg mee skrg dah makin besar dan tinggi..tapi kesan dari peristiwa itu tetap kekal. abg mee masih kurang upaya.

cweet pinky said... Reply Comment

ya ALLAH...memang menyayat hati , dugaan dari ALLAH , kita tataw , sampai bilak ita akan berasa senang, entah bila tuhan akan tarik nikmat...

sebab betul baca nih tuh baru CP , orang yang memandang , apatah lagi ayie, abang me dan keluarga..pasti berat dugaan yang dipikul..

CP harap , ayie dan keluarga abang mee snetiasa tabah...besar dugaan dye....

Ayie Abas said... Reply Comment

@cweet pinky

skrg kami mmg selalu beringat CP...bila ada yg sakit perut sbb mkn kat luar ke cepat2 pegi ke hospital.

abg mee pun semkin positif perkembangannya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top