Daku Amat Menyintai Mu


23 November 2011

Puisi Zirah - Sudah Terluah kini


Sudah Terluah Kini

membaca apa yang tersurat
melihat apa yang tersirat
ada bicara tidak terkata
ada maksud tak kesampaian

merenung di jendela sepi
ada luka di dalam hati
bukan memohon rasa simpati
tidak jua berasa hati
hanya sekadar satu luahan
yang tidak sanggup lagi kusimpan
bimbang akhirnya membawa kemudaratan
lebihlah baik daku curahkan perasaan
mengapa harus kupendam

kepada insan yang berkenaan
kasih sayang itu tiada batasan
walau pun ramai yang kecundang
yang berbahagia moga berpanjangan


By___________________Nurhazirah BBBangi___________________
Thursday, November 17, 2011 at 4:38am
Hak Cipta Terpelihara

4 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

kak zirah memang berbakat...kelu je bila baca puisinya

DianaAzis said... Reply Comment

Ayie, perasaan kasih, sayang dan cinta memang seharusnya diluahkan..kadang kala bila kita simpan tanpa luahan ianya boleh jadi macam barah yang makin lama makin parah. Tambahan pula, pihak satu lagi kadang kala pihak yang satu lagi kadang kala mahukan sebuah pengakuan. Bagi diana tak perlu lah selalu, bila sesekali terluah ia menjadi perkataan yang sedap dipendengaran dan menjadi indah dihati..

P/s: Pernah dengar org ckp luahan cinta ni macam kentut tak? Bila ditahan, tak selesa..sakit perut dan macam2 lagi la tapi bila dan lepas..LEGA kan..hehe (maaf klu perumpamaan kurang sopan :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

puteri kasih...PUTERI TAU TAK APA...hahaha. :P

SEBELUM PUTERI TAU KAK ZIRAH BERBAKAT DAN KELU LIDAH....AYIE YG TERLEBIH DAHULU KELU LIDAH DAN SEDAR AKAN BAKAT BELIAU SEBAB ITU AYIE MOHON IZIN UTK PERKENALKAN KARYANYA KE BLOG PULA BIAR RAMAI LAGI YG BOLEH HAYATI KARYA BERMUTU BELIAU.

AYIE ABAS said... Reply Comment

DianaAzis...ADA KALANYA MELUAHKAN PERASAAN HATI KEPADA SESEORANG TERASA BERAT DAN SUKAR SANGAT PENUH RASA TAK YAKIN DAN RAGU2. APAPUN BETUL laa SEPERTI KATA DIANA...MEMENDAM PERASAAN BOLEH JADI BARAH...(YG MEMUDARATKAN JIWA AYIE RASA).

P/S: bukan setakat kentut jer diana...tapi apa saja bahan buangan dlm badan kalau ditahan2 akan bawa mudarat...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top