Daku Amat Menyintai Mu


16 November 2011

Tips Mengatasi Tekanan Di Tempat Kerja


ADA rakan blogger yang saat ini berdepan dengan  tekanan tugas di tempat kerja. Maklum sajalah berdepan dengan bermacam-macam kerenah manusia.
Ayie mula berfikir untuk membantu dengan cara membuat entry ringkas tips menangani stres tekanan kerja. Mudah-mudahan sedikit sebanyak MAMPU memberi motivasi dan jalan keluar kepada My Friends yg disayangi.


TEKANAN kerja sememangnya menjadi punca utama anda stres bukan? Lebih-lebih lagi jika tahap stres anda ketika itu berada di tahap kemuncak...ermmm mahu saja menangis, marah-marah tak tentu pasal (mudah naik angin) dan ada juga yang lebih ekstrem menjerit terlolong-lolong.

Sebenarnya anda tak perlu melakukan semua itu. perlu di ingat setiap masalah ada puncanya, dan ada juga teknik atau cara-cara yang jika dilakukan Insya Allah akan mengurangkan serta sekaligus mengatasi masalah yang anda hadapi itu : 


1) Rancangkan dengan baik aktiviti anda iaitu apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab terhadap tugas-tugas. Apa yang penting ialah membuat perancangan jangka panjang dan jangka pendek iaitu (perancangan bulanan, perancangan harian).

2) Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami masalah-masalah di tempat kerja bukan?. Cuba ingat-ingat kembali apakah cara-cara yang telah anda gunakan dan seterusnya gunakan kaedah itu untuk mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini.

3) Pastikan anda tahu mengenai tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan takut untuk bertanya.

4) Lakukan beberapa kali break untuk beberapa minit selama anda bekerja. Santai dan JANGAN MELAKUKAN APAPUN. Tarik nafas dalam-dalam.

5) Bahagikan sebahagian tugas atau tanggung jawab anda kepada anak buah anda.

6) Sediakan lingkungan kerja yang baik. Kurangkan gangguan-gangguan seperti suara, cahaya dan suhu.

7) Miliki sikap toleransi sesama rakan kerja. Ingatlah bahawa masing-masing mempunyai peribadi yang unik.


Selain dari tips di atas, anda juga boleh menggunakan kertas putih (atau diari paling tidak pun buku kosong) untuk MENULIS PUNCA yang membuat anda stres dan cuba senaraikan seberapa banyak cara-cara untuk menangani masalah anda.

Tidak ramai yang mampu melakukannya. Menyenaraikan PUNCA stres dan cara2 yang terfikir oleh anda untuk mengatasinya berserta masalah sampingan yang menekan keadaan anda, bukankah itu lebih baik? ermmm...tekanan kerja perlu dihadapi dan ditangani secara berdepan bukannya dengan melarikan diri dari masalah kerja anda atau berpura-pura seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Sikap seperti ini hanya akan memburukkan lagi situasi dan masalah anda tetap tak selesai.

Berdepan dengan masalah akan MEMATANGKAN usia dan prestasi pekerjaan yang anda ceburi. Bahkan anda akan lebih bersedia menerima cabaran mendatang dan HAKIKAT bahawa dalam dunia pekerjaan banyak yang perlu anda TEROKAI dan FAHAMI. Jadi jangan takut pada stres di tempat kerja, anggap saja ia lumrah yang dihadapi oleh semua pekerja tak kira dalam bidang kerjaya apa sekali pun. ~ PGGP

10 comments:

Ungu Violet said... Reply Comment

ungu kalau stress boleh bawak ke demam...huhu

DianaAzis said... Reply Comment

Diana kalau dengan kerja sendiri Insya'Allah boleh lagi bertenang dan rileks. Lagila dengan bos kami yang memecut 200km/jam yang perlu kami kejar. Terima kasih la ayie atas tips-tips yang menarik ni. Mungkin dapat dikongsikan bersama2 dengan rakan-rakan yang lain.

puteri kasih said... Reply Comment

puteri jarang stress...bila stress je layan lagu atau kucing...ilang stress...hehehe

AYIE ABAS said... Reply Comment

Ungu Violet...CIAN NYA UNGU...TAPI SEBAGAI PEKERJA MESTI ADA MASANYA AKAN BERDEPAN DGN TEKANAN KERJA KAN?

AYIE ABAS said... Reply Comment

DianaAzis...AYIE TAU DIANA MEMANG MAMPU HADAPI BEBAN/TEKANAN TUGAS...INSYA ALLAH.

INILAH TUJUAN AYIE BUAT BLOG..UNTUK BERKONGSI 'SESUATU' YG AYIE RASA BERMANFAAT DGN SESIAPA SAJA.

M.E Z.A.F.I.R.A.H said... Reply Comment

ayie, nk tips utk mengatasi tekanan bg student... huhu

AYIE ABAS said... Reply Comment

puteri kasih...WAHHH NAMPAKNYA PUTERI DAH JUMPA CARA PALING BERKESAN UTK TANGANI STRES PALING TIDAK PUN UTK DIRI SENDIRI.

AYIE ABAS said... Reply Comment

M.E Z.A.F.I.R.A.H...INSYA ALLAH NANTI AYIE CUBA BUAT KHAS UTK ZAA...yer...^__^

puteri kasih said... Reply Comment

setakat ni cara tu berkesan untuk puteri...kalau sesiapa ada kucing leh la cuba...cuma jangan la gigit kucing kalau dah stress..hehehe

AYIE ABAS said... Reply Comment

puteri kasih...AYIE PUN DI RUMAH ADA KUCEN YG SELALU AYIE PEGANG2 DIA TAPI SAYANGNYA KUCEN tu PULAK YG ASYIK NAK LARI SAJA...TAK MAU KAT AYIE. KUCEN tu LEBIH JINAK DGN EMAK AYIE..ermmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top