Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

12 December 2011

DAULAT TUANKU


Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, lahir pada 28 November 1927. Baginda merupakan Sultan Kedah yang pertama dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5.

Baginda diputerakan di Alor Setar, Kedah dan menjadi Yang di-Pertuan Agong kelima dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975 dan juga merupakan Sultan Kedah yang ke-27.

Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah, yang kemudian menjadi Raja Muda Kedah. Baginda adalah lepasan pelajar Wadham College, Oxford, dan mewarisi takhta ayahanda baginda pada 1958.

Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak.

Setelah memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda kembali memerintah sbg Sultan Kedah pada 21 September 1975, hingga kini.

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah mempunyai dua sultanah rasmi 

Tuanku Hajjah Bahiyah, anakanda Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.

Pada 13 Disember 2006, baginda telah dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua ketika Tuanku Mizan Zainal Abidin diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Kali pertama baginda menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ialah ketika Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-4.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut ulang tahun pemerintahan baginda ke 50/Jubli Emas.

Sultan Kedah Yang di-Pertuan Agong Yang Baru

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember 2011 untuk tempoh lima tahun.

Sumber : mejuez

BERIKUT SENARAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG 


1. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
D.M.N., S.M.N.
Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960
Negeri : Negeri Sembilan


2. Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
D.M.N., D.K.(Brunei)
Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960
Negeri : Selangor


3. Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor), D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak), D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), Knight Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja of the Order of Sikatuna, Philippines (Noblest Award of Chivalry), The Great Cross of the Royal Order of Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Cordone Hussein Ben Ali (Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).
Memerintah dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965
Negeri : Perlis


4. Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).
Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970
Negeri : Terengganu


5. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975
Negeri : Kedah


6. Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).
Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979
Negeri : Kelantan


7. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah
D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).
Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984
Negeri : Pahang


8. Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
D.K.
Memerintah dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
Negeri : Johor


9. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,
Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994
Negeri : Perak


10. Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak)
Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999
Negeri : Negeri Sembilan


11. Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.
Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001
Negeri : Selangor


12. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 hingga 12hb. Disember 2006
Negeri : Perlis


13. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France).
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2006 hingga 12hb. Disember 2011
Negeri : Terengganu


14. Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2011
Negeri : Kedah

8 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bertuah kerana mampu menjadi Yang Dipertuan Agung untuk kali yang kedua.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

BETUL PUTERI...BAGINDA JUGA MERUPAKAN YG DI PERTUAN AGONG PALING MUDA YG PERNAH DILANTIK.

♥AienNajwa♥ said... Reply Comment

waaa...kite ade agung baru..erm, menjunjung kasih tuanku..(^_^)..

Ayie Abas said... Reply Comment

@♥AienNajwa♥

IYER AIEN....
DAULAT TUANKU. ^__^

Koding said... Reply Comment

Suatu Senarai Yang Lengkap..
Syabas...

Ungu Violet said... Reply Comment

sekejap aje kan masa berlalu...

sedar tak sedar rupa2nya dah habis dah 5 thn..

bertukar dah yg dipertuan agung..:)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Koding

TERIMA KASIH..KODING...AYIE MEMANG MAHU JADIKAN SETIAP ENTRY KHAZANAH YANG PUNYA NILAINYA. ^__^

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Ungu Violet

A'AH..CIKGU UNGU....AYIE TENGAH TUNGGU RAJA MUDA PERAK...RAJA NAZRIN PULA JADI AGONG...INSYA ALLAH KALAU BERKESEMPATAN. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top