Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

13 December 2011

Eropah Minta Sedekah

Tubuh Dana Penyelamat Ekonomi Eropah

PUTRAJAYA 12 Dis. – Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Eropah kerana melancarkan dana penyelamat untuk membantu ekonomi-ekonomi anggotanya yang bergelut dengan krisis hutang mereka, dengan menyatakan negara-negara Eropah sepatutnya tidak hidup di luar daripada kemampuan mereka.

Menurut mantan Perdana Menteri ke-4 itu, Malaysia tidak perlu menyertai dana penyelamat Eropah itu kerana mereka tidak banyak mem- bantu Malaysia semasa krisis kewangan Asia 1997/98.

Menurutnya, dana lindung nilai Baratlah yang menyerang ringgit Malaysia dan mata wang Asia lain, yang menyebabkan kegawatan kewangan di mana ekonomi-ekonomi serantau mengambil masa yang panjang untuk bangkit semula.

Dan apabila Malaysia membantu syarikat-syarikatnya pulih daripada krisis tanpa meminta bantuan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan mengekalkan kebebasan kewangannya, mereka mengkritik kerajaan kerana mengguna pakai polisi tidak ortodoks untuk mengelak bencana kewangan.

"Tidak, mengapa kita perlu bantu? Jika saya dalam kerajaan, saya tidak akan berbuat demikian. Saya tidak rasa Malaysia harus menyumbang apa-apa, mereka cuba mem- bankrapkan kita sebelum ini dan mereka melemahkan mata wang kita,”

katanya semasa ditanya sama ada Malaysia perlu menyumbang kepada dana penyelamat itu selepas pemimpin Eropah bersetuju mengetatkan peraturan bajet dan menubuhkan dana penyelamat yang lebih besar di Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah minggu lepas.

Sumber : Utusan.com

p/s : Ayie sebenarnya dah lama menjangkakan, Eropah memang akan dilanda MASALAH SERIUS apabila mereka melalui Pertubuhan NATO telah menjalankan kempen pencerobohan dan pem- bunuhan keatas rakyat Afghanistan. Setiap KEZALIMAN itu pasti akan dibalas Allah Taala dalam pelbagai cara. PGGP

8 comments:

Teenager Housemaid said... Reply Comment

Allah itu adil..

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Teenager Housemaid

ALLAHU AKHBAR...DAN JUGA MAHA BESAR. ^__^

puteri kasih said... Reply Comment

setiap perbuatan jahat pasti akan terima balasannya.

Kalau puteri pun, puteri akan pilih untuk tidak memberi bantuan

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

BETUL PUTERI...DI DUNIA LAGI AKAN MENDAPAT BALASANNYA.

WAHHH...BUKAN MAIN LAGI PUTERI...PENUH BERSEMANGAT. ^__^

My SweetPea said... Reply Comment

KARMA....:)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@My SweetPea

MACAM TAJUK LAGU FAIZAL TAHIR EK? hehe3

Ungu Violet said... Reply Comment

iyer...baru dia tau langit tinggi rendah..

takmo buat jahat nanti Tuhan bayar cash..:)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Ungu Violet

NAMANYA PUN JAHAT..CIKGU UNGU...SIAPA YG MAHU...hehe3 ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top