Daku Amat Menyintai Mu


30 June 2011

RABU KELU #0 ~ Mother Palestine

Rabu Kelu





                    Satira Buka Minda
                Mother Palestine

29 June 2011

Peristiwa Israk Dan Mikraj ~ Perjalanan Agung Kekasih Allah


Peristiwa Israk Dan Mikraj 
Menguji Keimanan Ummat Islam

SEMPENA bulan Rejab 1432H yang banyak keberkatannya ini, PGGP ingin mengajak diri sendiri dan My friends menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar My Friends merujuk kepada ustaz atau guru agama Mursyid yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W mengalami tahun yang sangat menyedihkan dikenali sebagai tahun-tahun kesedihan.

  • Pemboikotan atau pemulauan yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Pemboikotan ini, hampir membuat kaum Muslimin mati kelaparan, berlangsung selama tiga tahun.

  • Meninggalnya isteri Baginda S.A.W, Siti Khadijah yang banyak berkorban dan membantu perjuangan Baginda S.A.W bersama dalam suka dan duka, juga sempat mengalami berbagai tekanan dari Kaum Kafir. Siti Khadijah menjadi isteri Rasulullah S.A.W sedari Baginda belum diangkat menjadi Rasul lagi.

  • Meninggalnya bapa saudara Baginda S.A.W, yang amat dikasihi Abu Thalib. Seorang bapa saudara yang selalu memberikan perlindungan terhadap Rasulullah dari tekanan dan serangan Kaum Quraisy. Kesedihan semakin bertambah ketika melihat, bapa saudara yang Baginda S.A.W kasihi meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman/islam. ISRAK membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad S.A.W pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjid al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa (bukan masjid al-Aqsa seperti yang ada pada hari ini) di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi S.A.W ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Ringkasan Peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj RASULULLAH S.A.W mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah." Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan agung "Israk" itu.


Masjidil Haram kini tidak seperti di zaman Nabi SAW 
Masjidil Aqsa yang dibangun di zaman Bani Umaiyyah

Semasa Israk Dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

  • Negeri Thaibah iaitu Yathrib/Madinah, tempat di mana Rasulullah S.A.W akan melakukan hijrah.
  • Bukit Thursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  • Baitul-Laham iaitu tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan.

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan jamung apinya dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa pengajaran yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai hasil (buah) yang baru pula keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah ummatnya yang berjihad "Fisabillillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yg lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dihukum bunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh keimanannya kepada Allah Taala (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikianlah dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah S.A.W bahawa Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (menunaikan solat).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, Itulah orang yg tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, itulah orang-orang yang makan riba'

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrai, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, itulah orang yang memakan daging manusia yakni mengumpat dan menjatuhkan maruah (mencela/menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, itulah orang yang bercakap besar (Takabbur) kemudian menyesal, namun sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah S.A.W tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan para anbia' dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail bahawa Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj/Naik Ke Hadhratul-Qudus  

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat : Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam : Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalillullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. berpesan,

"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S berpesan,

"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu : SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga ." Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan : Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai yang airnya tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan kemudian melihat neraka berserta dengan Malik malaikat penunggunya.

Tangga Kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki semasa di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah S.A.W sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Azza wajalla dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah Taala dan Muhammad s.a.w, Rasul-Nya: Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah S.A.W : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah S.A.W : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat/sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan tetap mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi atau bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Kesimpulan :

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali menjelang 27 Rejab saban tahun. Ia adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara buruk. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian-kejadian yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar Insya Allah manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji iman umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir dan golongan munafik di zaman Nabi S.A.W langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Baginda sebaik saja Nabi S.A.W bercerita kepada mereka. Malah terdapat beberapa orang yang baru memeluk islam kembali murtad. Melainkan sahabat paling setia Saidina Abu bakar yang tanpa ragu MEMBENARKAN kata-kata Baginda Rasulullah S.A.W. Ekoran dari peristiwa itulah Abu bakar mendapat gelaran AS SIDDIQ yakni membenarkan.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Taala. Allah Taala telah menunjukkan bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.  [Sumber]

Mafhum Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 1 :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

27 June 2011

Kuasa Penghargaan Yang Ikhlas


Apabila Diri Terasa Di Hargai


Entry Bidan Terjun


APA kena mengena gambar baby di atas dengan tajuk entry ini? 
Memang langsung tiada kena mengena pun...saja suka2 sebab terasa lucu sangat tengok gambar tersebut. Begitu jugalah dengan entry ini yang bersifat BIDAN TERJUN...tidak dirancang terlebih dahulu. Idea entry ini tercetus setelah PGGP melihat entry terbaru Zafirah Nordin lalu otak mengingati semula pada 2 My friends yang lain iaitu Hareez Haiqal dan Azureen Amjah.


Kenapa dengan mereka BERTIGA ini? Apa yang mereka lakukan?
Mereka bertiga ini memang telah melakukan SESUATU yang telah MENYENTUH dan MENGUSIK hati LELAKI INI...ceewaah...haha.
Sebenarnya mereka bertiga adalah Followers blog PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA yang ke-100 dan yang ke-200. Di atas sebab2 tertentu followers yang ke-100 terdapat 2 orang yang pada pandangan peribadi PGGP SANGAT ISTIMEWA.


Sejujurnya...kalau mahu di turutkan RASA HATI mahu saja PGGP buat entry khas untuk MERAIKAN setiap My friends yang menjadi FOLLOWERS blog Putera Gahara Gagah Perkasa...namun perkara itu TENTU MUSTAHIL di lakukan.


Memang sudah menjadi AZAM dan JANJI...PGGP untuk membuat entry khas kepada setiap followers yang MENGGENAPKAN angka ratus. Entry mudah dan ringkas namun BERMAKNA sebagai tanda MERAIKAN tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Namun di luar jangkaan mereka ini kembali membuat entry khas atau entry yang berkaitan dengan PGGP pula...nie yang membuat diri ini TERASA DI HARGAI dan seterusnya automatik menjadi MALU...hahahahaha...aduhaiiiii.


Apapun tak mahu taip panjang2 lagi, jom My Friends kita MENGIMBAS mereka kembali bersama2 entry yang mereka buat untuk PGGP :

FOLLOWERS KE-100 : PERTAMA ~ HAREEZ HAIQAL
Enrty khas yang di buat untuk PGGP :
http://elefunz.blogspot.com/2011/06/wah-blog-elefunz-suda-5000-yg-jenguk.html

FOLLOWERS KE-100 : KEDUA ~ AZUREEN AMJAH
Entry berkaitan PGGP yang di buat zureensukasushi:  http://zureensukasushi.blogspot.com/20090614archive.html

FOLLOWERS KE-200 : ZAFIRAH NORDIN
Entry khas yang di buat untuk PGGP :  http://mezafirah.blogspot.com/2011/06/penghargaan-untuk-follower-ayie-abas-yg.html

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka bertiga dan kepada semua My friends tanpa ada yang terkecuali...terima kasih sekali lagi di ucapkan You Are My Friends.~ PGGP

Akhir kata PGGP :

"Jika Kita Menghargai Orang Lain Tentu Mereka Juga Akan Menghargai Kita Dalam Keadaan Kita Tidak menyangkakannya"

Blog PGGP Dah Jumpa Followers Ke-200 Atau BELUM ?


Yesss...Dah Jumpa Followers Blog PGGP Yang Ke-200

BERDASARKAN statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) jumlah terkini penduduk Malaysia sehingga 6 Jun 2011 ialah sebanyak 28,532,246 orang. Agak-agaknya daripada jumlah penduduk Malaysia seramai itu berapa orang yang mempunyai laman blog? adakah mencapai juta atau paling kurang pun ratusan ribu? satu pertanyaan yang mula bermain2 di minda.

Kalau boleh PGGP ingin pergi jenggok ke semua laman blog yang ada di Malaysia. Setakat ini boleh di katakan hampir 100% blog yang dilawati adalah blog orang Melayu bagaimana pula dengan rakyat Malaysia dari bangsa yang lain seperti kadazan Dusun,Iban,Siam,Cina,Orang Asli,India,Serani dan lain2 tak akan laa mereka ini tiada laman blog atau tak pandai buat blog mustahil rasanya. Sebagai rakyat Malaysia tentu mereka juga faham bahasa Melayu.

Apapun dalam pada segala pertanyaan itu bermain2 di kotak fikiran...blog PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA telah pun MENEMUI followersnya yang ke-200 Sebagai memenuhi janji maka PGGP pun buat entry KHAS untuk MERAIKANNYA. Siapakah gerangan followers yang ke-200 itu? jom My Friends kita kenalinya :


Inilah gerangan orangnya, gadis murah senyumanberasal dari negeri Cik Siti wan kembang. Mahu tahu lebih lanjut tentang gadis berbintang Leoini? bolehlah My Friends ziarah laman blognyaM.E Z.A.F.I.R.A.H




NAMA : Zafirah Nordin  
ASAL : Machang, Kelantan 
BELAJAR : UiTM, Shah Alam, Selangor
BLOGhttp://mezafirah.blogspot.com
PEMERHATIAN PGGP : Seorang yang PENYABAR (selalunya orang yang penyabar nie berjaya dalam hidupnya). Tengok pada wajah...Zaa (nama manjanya) nampak macam budak pandai. Blog si Zaa nie bergenre Diari Peribadi, oleh kerana itu gaya teks penulisan blognya macam orang menulis, banyak guna perkataan huruf-huruf ringkas dan macam bercakap dengan kawan2nya. 
Oleh kerana si Zaa nie masih belajar, beliau agak jarang2 dapat up date entry baru atau pun blogwalking. Apapun semoga Zaa akan berjaya dalam setiap apa jua yang diusahakannya dan terus berbloggin...bolehkan Zaa?

Zafirah nie memang minat sangat (tak mahu guna perkataan minat giler) dengan penyanyi pujaan ramai Anuar Zain dan lagu Sedetik Lebih, maka PGGP pun telah rakam satu foto Anuar Zain bersama kata2 penghargaan khas untuk Zaa


Anuar Zain - Sedetik Lebih

Suke laa tuu...si Zaa dapat kata2 tahniah dari Anuar zain dan nyanyikan lagu Sedetik Lebih khas untuk dia...jangan terbawak2 dalam mimpi sudah laa...hehe

Siapa pula seterusnya yang menjadi followers PGGP yang ke-300 ? emmmm...lambat lagi kot.

25 June 2011

Warisan Wanita Terakhir ~ Teacher's Pet


Warisan Wanita Terakhir


Bila kita dalam malam perpisahan 
Namun aku tetap bersamamu 
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terpandang wajahmu





Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi




Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihku
tiada kau memberi
Apa yang ku perlu
hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih

Kau warisan wanita yang terakhir




Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu


Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan...ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi




Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihku
tiada kau memberi
Apa yang ku perlu...


Hati  sucimu ingin ku miliki
Hanya satu yang ku pinta...Kasih
Kau warisan wanita yang terakhir
KAU WARISAN WANITA YANG TERAKHIR





Teacher's Pet - Warisan Wanita Terakhir


Bahagian lirik kesukaan PGGP :


Apa yang ku perlu
hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir


Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

23 June 2011

Siapa Perempuan Cantik dan Siapa Perempuan Buruk


               Perempuan Cantik
" He..he..he...cantik awak nie...sedap mata memandang...teruskan senyum okey..."

                              VS

               Perempuan Buruk
" Urrrph...buruknya...udah laa rambut berbelang-belang..nak tiru kuda belang ke...? "



               Perempuan Cantik
" Subhanallah...alangkah indahnya ciptaan Allah Taala...wajah yang melembutkan hati "

               Perempuan Buruk
" Engko ingat cantik ke rambut terpacak macam duri landak tu ?...eeeiiiii...tak pasal2 dah kena sound dengan aku..."

               Perempuan Cantik
" Masya Allah...Manisnyeee...Kemanisan Dalam Color Pink...hahaha...aduhaiiiii "

               Perempuan Buruk
" Uwweeekkk!!!...burukkk...hidung bertambat besi macam lembu...apa laa ada otak pakai laa...jangan letak di kepala lutut...aku campak ke laut jugak engko nie karang..."

               Perempuan Cantik
" Besonyeee mata Heliza Hilmi nie macam mata anak patung...comel sangat-sangat "

               Perempuan Buruk
" Nie lagi sekor...burukkk...kening bertindik...batang hidung bertindik...bibir bertindik...hisss...nak kena penampo ke ? engko tau tak...monyet pun lagi bijak "

               Perempuan Cantik
" Allahu Akhbar...tenang sekali wajah mu...setenang air di kali... ceewaahhh...hehee..Wajah Keibuan "

               Perempuan Buruk
" Apa yang engko letak jari di mata tu...engko ingat bagus ke gaya macam tu...apa punya jenis make up laa...hissss...COMOT kalau diberi pilihan aku pilih kucing daripada pilih engko "

               Perempuan Cantik
" Tak payah make up tebal-tebal pun simple aje...tapi kalau dah cantik tu...tetap juga cantik "

               Perempuan Buruk
" Menyirap darah aku...tengok engko nie...yang engko pergi ROSAKKAN kulit tangan tu kenapa haa...? kalau iye pun nak menconteng...conteng laa atas kertas lukisan...engko tak belajo subjek lukisan ke masa sekolah dulu. Bagi makan harimau di zoo aje eloknya engko nie... "

               Perempuan Cantik
" Yesss...senyuman adalah satu sedekah...SEDEKAH yang paling mudah...jangan lupa senyum selalu ya...kerana senyuman mu adalah penawar bagi ku...?

               Perempuan Buruk
" Muka cantik...kulit halus tapi sayang engko tak manfaatkan akal yang ada...tindik di hidung dan di bibir engko tuu telah MENCACATKAN wajah engko...paham tak cakap aku nie...? "

               Perempuan Cantik
" Senyuman yang menggoda...walaupun dah jadi ibu tapi tetap menawan di pandang...pipinyee...aduhaiii...??? "

               Perempuan Buruk
"...yang ini cakap banyak pun tak guna...kalau hidung dah bercangkuk subang ditambah lagi bertambat dengan rantai pulak tuu kalau tak BURUK bin HODOH nak kata apa lagi...?"

               Perempuan Cantik
" Wanita Arab memang terkenal dengan kecantikan semulajadi mereka...entah mengapa tetiba aje otak teringat pada negara Maghribi...Maghribi oh Maghribi "
AKHIR kata PGGP : Itu baru di dunia sudah nampak perbezaan umpama LANGIT dan BUMI antara wanita cantik dengan wanita buruk...belum lagi di AKHIRAT nanti...Lu Pikir La Sendiri~ PGGP


p/s: segala gambar di dalam entry ini hanya sekadar satu penzahiran idea tiada maksud lain.Segala kesulitan jutaan ampun dan maaf di pohon.

20 June 2011

Tiada Lagi Senda Gurau Pak Uda



Tiada Lagi Telatah Dan Senda Gurau Pak Uda...aduhaiiiiiiiiii 

SEORANG lagi pelakon berkarisma yang menjadi minat dan kesukaan PGGP telah pergi...pergi yang tak akan kembali lagi...pergi buat selama-lamanya mengadap Ilahi. Masih terbayang-bayang di ruangan mata dengan gelagatnya sebagai Pak Uda dengan imej butang baju sengetnya dan telatahnya sebagai Pak Abu dengan cakap 'lepas'nya.


ZAMI ISMAIL atau lebih dikenali dengan nama Pak Uda telah meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ahad 19 jun 2011/17 Rejab 1432H. Beliau disahkan meninggal di IJN (Institut Jantung Negara) selepas diserang sakit jantung. 
Zami, 67, yang popular dengan sitcom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' satu ketika dahulu memegang watak Pak Uda dan juga watak Pak Abu dalam filem komedi Box Office 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampungnya di Tapah, Perak. 
Bersamalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat. ~ Al-Fatihah...

Pak Uda(Zami Ismail) bersama 2 pelakon Sitcom Pi Mai Pi mai tang Tu


2 babak Zami Ismail sebagai Pak Abu dalam filem Box Office  H.K.L.B.R


KUALA LUMPUR : Pelakon/Pelawak veteran, Zami Ismail (biodata detail di sini), 67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.
Anak ketiga Allahyraham yang juga pelakon dan pengarah Mohd Soupi Zami (Opie Zami), 37, berkata, ayahnya sempat berpesan kepada semua anaknya agar berbuat baik sesama manusia.
"Keadaan dia (Allahyarham) berada dalam keadaan biasa saja dan pergi dengan tenang. Dia sempat berpesan kepada kami semua agar berbuat baik sesama manusia," katanya yang ditemui di perkarangan rumah mayat IJN, di sini, Ahad.
Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih, 35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.
"Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia," katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.
Allahyarham yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Pai Tang Tu pada tahun 1980-an hingga 1990-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan lagi iaitu Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit (arahan Mamat Khalid) dan Shh…Dia Datang (arahan Saiful Apek).
Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem Mat Som (1990).
Jenazah Allahyarham dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak dan dikebumikan selepas solat Asar.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim, 58, dan sembilan orang anak iaitu Mohd Hitler, 39, Ahmad Yamashita, 38, Mohd Soupi Zami, 37, Ismail Fahmi, 36, Khairul Affendi, 30, Aida Nurul Asyikin, 29, Aida Nurul Wahyu, 27, Mohd Firdaus, 24 dan Zahid Albukhman, 21.
Sumber berita : selangor2u.com


Lain-lain gambar Allaharyam sebagai kenangan abadi :

Tinggal kenangan

Walaupun tak sihat tapi masih sempat ziarah rakan artis Mat Busu
Filem lain lakonan Allahyarham yang PGGP suka :


Akhir kata PGGP : Allahyarham Zami Ismail adalah pelakon berkarisma ke-3  yang PGGP minat telah kembali ke rahmatullah selepas Ismail Din,54 dan Shukery Hashim,55 tahun. Al-Fatihah ~ PGGP

Ismail Din : 1951 ~ Ramadhan 2005


Shukery Hashim : 1954 ~ 10 Jun 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top