APA?PGGP masuk contest...? rasa macam susah nak PERCAYA, tapi inilah KENYATAANYA. Inilah percubaan kali pertama dan PERTAMA kali juga PGGP kenal dengan blog earncent.com. Pada mulanya belum tergerak hati nak menyertai contest nie tapi entah apa kuasa ajaib yang merasuk tetiba aje lepas bangun dari tidur rehat di bulan puasa...otak terus terfikir mahu MENCABAR DIRI dengan ikut serta contest yang MUDAH ini. PGGP kata mudah sebab syarat2nya tak banyak, sempoi tak cerewet hanya perlu ulas secara kreatif tentang tuan punya blog titan dan blognya earncent.com...ulasan mengenai apa kelebihan dan apa kekurangan beserta cadangan untuk blog beliau.
Dengan kalimah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
dengan jiwa yang penuh YAKIN dan MEMBARA PGGP mula mereview sekarang :

Sejujurnya PGGP baru mengenali TITAN dan blognya earncent.com. Pepatah bestari orang tua-tua ada menyebut "Tak Kenal Maka Tak Cinta" begitulah yang berlaku pada PGGP apabila mula buat penyiasatan dan kajian tentang siapa blogger Titan ni. Rupa2nya beliau lebih otai dalam dunia blog, kalau tak salah bermula antara tahun 2006/2008 namun separuh masa.
![]() |
| Macam di gunung Kinabalu aje nih...masa tengah mendaki kot? |
Dalam pada tengah klik sana klik sini cari maklumat terjumpa laa pulak dengan gambar lama beliau. Beliau merupakan graduan Universiti Malaysia Sabah/UMS (universiti yang bakal jadi tempat belajar anak sedara PGGP).
Masih muda lagi orangnya berumur sekitar 20 an. seorang yang aktif mencari pendapatan melalui internet, seperti kata2 beliau di salah satu entry lamanya;
"...aku telah berjaya bergelar Graduan Setelah selesai majlis konvokesyen tempoh hari dan sudah mula mencari pendapatan dari internet dan buat duit di internet sejak 3 tahun yang lepas melalui blog, posting di forum, aktif dalam affiliate program dan program-program buat duit seperti TNX, TLA, Adsense dan sebagainya." ~ titan
Jelaskan...menerusi kata2 beliau di atas kita boleh tau betapa aktif dan kreatifnya beliau MEMANFAATKAN internet sebagai SUMBER MENJANA PENDAPATAN (kena belajar dari beliau tentang hal ini).
Kalau ada sesiapa yang mahu ilmu selok-belok cari pendapatan dengan internet jangan bimbang beliau seorang yang tak kedekut ilmu dan tips tentang hal2 tersebut tapi kena laa selalu BERTAPA kalau tak pun singgah ke blog beliau earncent.com dan LIKE fanpage facebook blognya facebook.com/earncentcom.
Titan juga menjadi penulis beberapa blog lain dan E-book...wahhh dahsyat tu...jom My friends kita terjah blog2 dan E-book beliau yang lain, tengok apa yang ada :
- earnword.com
- ohmelayu.com
- abrablog.com/Adsense Alternative
- zawzal.com/Manga Life Review and Anime Solution
- ohmelayu.ws/Projek GDI Solution
- panduantnx.com/E-book Panduan TNX 2.0

Secara peribadi PGGP merasakan KELEBIHAN blog earncent.com terletak pada ISI entry dan GAYA BAHASA entry tersebut ditulis/ditaip.
- 1. Isi Entry
- Entry2 yang diketengahkan adalah seputar apa yang dialami dan dirasa oleh beliau selain apa yang beliau tahu tentang sesuatu perkara itu. Ini menjadikan entry beliau TULEN datang dari dalam diri beliau sendiri.Setiap entry diberi tajuk yang mudah seakan2 percakapan dari mulut beliau sendiri dan berbaur lucu. Sebagai contoh cuba My friends layan entry2 di bawah ini :
- 5 hari dah aku hilang...diculik...
- kenangan bercinta dengan cik yMadscom
- Lu Jangan Kerek Sama Gua Tapi ada jugak entry yang ditulis secara direct to the point, antaranya :
- Dapat RM219 dari Cabaran Pegawaikerajaancom
- Komisen ke 43 dari Text Link Ads ..dan sebagainya...
- 2. Gaya Bahasa
- Teks yang disampaikan bersifat bersahaja dan mudah difahami walaupun kita membacanya secara pantas kerana entry2 beliau selalunya ditaip panjang berjela (walau tak dinafikan ada juga entry yang agak ringkas).

ERRMMM...kekurangan yang ada pada blog earncent.com tak banyak. Pada pandangan peribadi PGGP lebih pada KURANG GAMBAR yang menarik sebagai penghias setiap entry. Ada sesetengah blogger cukup ambil peduli mengenai perkara ini khususnya blogger yang berjiwa seni seperti PGGP ini. walau entry tersebut biasa2 saja tapi jika dihiasi dengan gambar yang SESUAI,TEPAT dan MENARIK ia sudah cukup untuk membuat PGGP MELEKAT untuk membaca lebih lanjut.
Jangan dinafikan kekuatan gambar sebagai daya penarik sesuatu entry.
"...pemenang akan dipilih mengikut kekreatifan korang, gaya penulisan yang unik dan menarik. Kalau aku rasa menarik, tak mustahil korang boleh menang. Tak kisahlah review korang tu pendek ke, panjang ke bersiri ke, aku tak kesah. Janji aku suka review korang tu." ~ Titan
Kata2 di ataslah sebenarnya daya penarik contest ini hingga membuat blog PGGP cipta rekod tersendiri kerana tak pernah langsung TERFIKIR mahu menyertai mana2 contest sebelum ini. KEBEBASAN yang di berikan tuan punya blog Titan kepada blogger yang mahu menyertai contest ini MENGGUNAKAN KREATIVITI masing-masing tanpa terikat dengan terlalu banyak syarat-syarat tertentu.
Kepada My friends yang berminat menyertai contest ini tarikh tutupnya pada hari pertama Hari raya Aidil Fitri tapi lebih cepat tentulah lebih baik maklumlah dah nak dekat raya nanti banyak perkara yang nak dibuatkan...? Keterangan lanjut mengenai contest ini boleh laa tengok sendiri di blog tuan punya badan Titan ~ earncent.com/blog/2011/08/01/pertandingan-earncent-review-2011. ~ PGGP
Hadiah yang ditawarkan :
1. RM50 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
2. RM30 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
3. RM20 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Kari-Ngeri.com 1 bulan
4. RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Ohcikgu.com 1 bulan
5. RM10 + Panduan TNX 2.0 + Pengiklanan 180x60 Banner di Ohcikgu.com 1 bulan
Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh earncent.com dan AhmadFaizal.com manakala hadiah tajaan Titan,PanduanTNX.com,blog Kari-Ngeri.com,AnakDunia.com dan Ohcikgu.com.
















































