Daku Amat Menyintai Mu


30 September 2011

Aksara Cinta


SEORANG lelaki yang sedang asyik bercinta-cintaan sangat mudah terbuka koceknya.
HANYA orang yang kuat saja mengenal apa erti cinta, hanya cinta yang mengenal keindahan dan hanya melalui keindahanlah lahirnya seni.

CEMBURU adalah dinding yang membatasi cinta dan benci.
APABILA percintaan mengalami kebuntuan maka layulah wajah-wajah girang seperti layunya daun-daun ditimpa bahang kepanasan.
CINTA itu berat, beratnya terletak pada tanggungjawab, sebab itu barulah dikatakan cinta bertanggungjawab.


                  PGGP JUM30SEPT2011/02Z'KAEDAH1432H 

28 September 2011

RABU KELU #10 ~ Pedang Setiawan:2


RABU
KELU
Pedang Setiawan
Bahagian Kedua

27 September 2011

KUDA KEPALA BLOG

INI merupakan entry kesinambungan daripada entry pertama yang pernah ayie buat suatu ketika dulu, sila klik sini kuda-kuda-yang-jadi-kepala-blog untuk tahu lebih lanjut. Memandangkan koleksi header blog PGGP semakin bertambah banyak, ayie rasa perlu buat entry khas supaya tak lupa. Menjadikannya dalam bentuk entry sekaligus arkib adalah satu kaedah terbaik MENGHARGAI & MERAIKAN gambar2 kuda yg pernah terpilih menjadi Header.

Kepada sesiapa My Friends yang baru nak MENGENALI blog Putera Gahara Gagah Perkasa/PGGP, entry ini amat berguna untuk anda kerana dapat melihat semula gambar2 kuda TERPILIH yang pernah menjadi HEADER BLOG PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA. ~
PGGP

DI BAWAH INI
ADALAH
HEADER TERKINI
isnin26sept2011/28syawal1432H


Sebenarnya dengan melihat semula gambar-gambar kuda yang pernah jadi Header Blog PGGP, ia seakan kamera yang mengimbas kembali mood ayie pada ketika itu. ~ PGGP

24 September 2011

MARI BERGELAK KETAWA

PENAT blogwalking ke My Friends ? Mari laa berehat santaikan minda sambil bergelak ketawa sebentar dengan entry ni...ermm tak usah bimbang tak ada ayat berjela2 panjang sempoi aje...hehehe...LAYANNNNN...~ PGGP

" NAH !!! AMEKKAW..."
" SIAPA SURUH KAU TOLAK PINANGAN AKU..."

"...OH NO !!! DAH PECAH..."
" ALAAA...KESIAN ADIK KITA..."

" HAI CIK ADIK MANIS...BOLEH ABANG NGORAT..."
"...ABANG HENSEM KAN...KAN...KAN?...HEHEHE "

" BANYAK LAA KAU PUNYA HENSEM...NI NAMPAK..."
" ERMM WALAU DAH TUA TAPI OTOT MASIH FLEKSIBEL APA..."

"..THREE...TWO...ONE...PROOTTT !!! PERGHHH !!! KENTUT ROKET..."

" RAGING DIA DULU...LEPAS TU BARU MAMAM...HEHE...MEAW "

" LANTAK LAA MASUK KE TAK...JANJI AKU DAPAT RASA BAU KETIAK KAU "

" TAK MAU...TAK MAU...JANGAN PAKSA AKU...MAKKKKKK ...TOLONGGGG "

" JANGAN TAKUT DIK YE...
AKAK DAH PRO " 
" LUCU TAK MULUT SPONGEBOB AKAK NI ? HEHEHE...( SIAP KAU )"

" NI BARU REAL FACEBOOK "

19 September 2011

♥ "Jika Aku Menikah, Izinkanlah Aku Menikahinya...Kerana ALLAH" ♥



KETIKA hati ini telah jatuh dalam lembah bernama cinta...
Ketika virus-virusnya telah meracuni dan menyebar keseluruh jiwa...
Maka “ANTIBODI” bernama akal sihat telah terkalahkan begitu saja...
Segala cara dan upaya dilakukan untuk menunjukkan kepada sang pujaan hati..
Bahawa “...INILAH CINTA...” 

Cinta yang di anugerahkan oleh Rabb kita...
cinta yang INDAH...
cinta yang TULUS...
cinta yang tidak akan lekang oleh waktu...
Ya...kerana cinta sebegitu memang terasa "SEMPURNA 

Kehadapan Ayah dan Bonda... 
Tanpa terasa.. sudah sekian lama aku hidup bersama kalian...
Hidup dalam naungan cinta dan kasih sayang yang tiada henti bersama kalian...
Bersama saudara-saudarku...kakak,abang dan adik-adik... 
Adalah sebuah kurnia yang terindah dalam hidupku...

Dari kalian aku tahu...
Apa itu baik...dan apa itu buruk...
Dari kalian pula...aku belajar berjalan
dan bertahan dalam kerasnya roda kehidupan...

Cinta dan kasih sayang yang kalian tanamkan..
Telah mampu menunjukan pada diriku..
Bahawa hidup dengan cinta itu sangatlah indah...
Sangat berwarna....

Ayah dan Bonda....
Saat detik jam berdetik untuk kesekian kalinya...
Aku tersedar...Bahawa aku kini bukan “LELAKI KECIL” kalian lagi...
Kata orang aku sudah beranjak dewasa...Benarkah???...hurmmm... 

Entah mengapa...
Aku mulai merasakan ada yang berubah pada diriku...
Fizikalku.. keperibadianku...sifatku...bahkan perasaanku

Ketika ada seseorang datang dan memberikan perhatian padaku...
Aku merasa berbeza...
Ada debar-debar aneh dalam hatiku...

Ketika dia menyapaku... aku sangat senang dan tersipu...
Namun ketika dia menghilang... aku merasakan gundah yang luar biasa...
Terkadang...hati ini merajuk ...
Ingin rasanya mendapat perhatian lebih darinya...
Bukan bererti perhatian dari kalian tidak memuaskanku...
Tapi entahlah... sepertinya perhatian yang dia berikan padaku terasa “BERBEZA” dari yang kalian berikan....Terasa lebih indah...
Aku sering marah bila sikapnya terlalu jelik padaku...
Sering menangis manakala dia mengacuhkan dan menyakiti perasaanku...

Bonda...
Aku tidak tahu...apa yang terjadi pada diriku saat ini ???
Apa ada yang salah dengan diriku???

Benarkah aku telah jatuh hati padanya??? 
Benarkah virus merah jambu itu telah membuat hatiku “SAKIT” seperti ini...???
Apa dulu bonda merasakan apa yang aku rasakan sekarang?

Aku tidak tahu...
Bagaimana aku harus mengatur perasaanku...
Semua cinta dan sayang yang ada dalam hatiku ini muncul tanpa aku memintanya..

Aku tahu...
Mungkin aku belumlah LAYAK memupuk rasa ini...
Tapi aku ini hanya lelaki biasa yang terkadang tidak mampu menolaknya...
Aku seperti dirimu bonda...
Yang tersenyum manakala senang...
Yang menangis manakala sedih...
Dan marah manakala kecewa... 

Aku ingin belajar hidup sepertimu...
Belajar mencintai pasangan seumur hidupku...
Belajar mencintai dan menyayangi anak-anakku kelak...

Ayah dan Bondaku tercinta....
Bolehkah aku mengajukan sebuah permintaan padamu???

Izinkan aku menikah....
Izinkan aku memupuk perasaan dalam hatiku ini..
Izinkan aku untuk mencintainya dan menyayanginya dengan cara yang syar’i...
Izinkan aku hidup bersama orang yang ku cintai...

Rasanya aku tidak sanggup
untuk membuang jauh-jauh perasaan yang ada dalam hatiku ini...
Aku begitu mencintainya...
Begitu mengharapkannya...
Tapi aku tidak mampu menunjukkannya...
kecuali bila aku telah RASMI memilikinya...
Kerana itulah jalan yang HALAL...
Jalan yang diridhai Allah bagi hamba-Nya yang saling mencinta...
Jalan yang disamping kanan-kirinya terhampar limpahan pahala...

Aku sedar...
Aku memang masih muda...
Bahkan mungkin...
kalian masih menganggapku “LELAKI KECIL” manja dan ke anak-anakkan...
Tapi.. apakah usia itu adalah SYARAT kedewasaan Ayah???
Apa usia muda itu suatu kesalahan untuk berumah tangga Bonda???

Aku ingin belajar tentang kehidupan...
Aku ingin belajar lebih dalam mengenal cinta dan sayang...
Aku ingin belajar lebih dewasa...
Aku ingin belajar berumah tangga...

Permintaanku hanya satu...iaitu

Kepercayaan...

Agar aku yakin..
Bahawa aku mampu menjadi seorang suami yang baik sepertimu ayah... 
Juga mampu menjadi ayah teladan bagi anak-anakku kelak...Semoga... 

ketika mulut tak sanggup mengungkap..biarkanlah hati yang bicara... 
didedikasikan kepada saudariku yang sedang "BERJUANG"

Jika nanti aku menikah
Mungkinkah kelak mahar calon isteriku
seindah mahar Ummu Sulaim pada Abu Thalhah ?
“cukuplah keislamanmu menjadi maharnya”

Jika aku menikah…
Mungkinkah aku mampu sebijak Ali pada isterinya Fatimah?

Jika aku menikah
Mungkinkah aku akan sebahagia dan setegar Ali ?

Yang menjadikan Fatimah sebagai satu-satunya bidadari baginya ?
Hidup seperti Ali bin Abi Thalib yang fakir namun pemberani ?
Terkadang hanya makan sekali sehari dan itupun sebuah roti yang sangat keras ketika dinikmati?

Jika aku menikah..
Akankah aku seistimewa Rasul Mu?
Ketika, Rasulullah berkata pada Aisyah…
“Duhai Aisyah...ya Khumaira…engkau adalah isteriku dunia akhirat ”

Jika aku menikah…
Siap dan sanggupkah aku melepas keseronokkan dalam hidupku ini
berdebu dalam tuntutan dakwah
dan tak banyak waktu untuk memanjakanmu?

Jika aku menikah…
Akankah cinta ini dapat terbahagi dengan adil?
Agar Rabb-ku tak terlalaikan oleh nafsuku 
Dengan keenakkan pelukan kasih,sayang dan cintaku pada isteriku?

Jika aku menikah
Sanggupkah aku menjadi bertahan bersama bidadariku Menyusuri lautan kehidupan?
Meski gelombang tak berhenti membuat layar ini terumbang-ambing…

Dalam celah sepertiga malamku…Terselip sebuah doa sederhana :

Ya Rabbi….
Jika nanti aku menikah…
Jadikanlah Aku sebagai Imam
yang akan mengarahkan Isteri dan Anak2 ku kepada 
Syariat-Mu
Jadikan aku sebijak Rasulullah
Jadikan aku sebahagia dan setegar Ali yang bersahaja
Jadikan aku seistimewa Umar
Dan jadikanlah aku seorang mujahid yang kelak syahid di jalan-Mu.

Teruntuk kalian wahai bidadari dunia…semoga Allah senantiasa menjagakan takhta mu diatas keimanan dan kecintaan pada-Nya, pada Rasul-Nya, dan pada Deen ini…

Dipetik dan diolah dari sebuah blog yg ayie dah lupa...tapi ayie amat suka akan karangannya...seakan2 luahan hati ayie sendiri. Semoga Allah memberkati pengarangnya.  


17 September 2011

31 Ogos Hari Kemerdekaan Dan 16 September Hari Malaysia


SELAMAT HARI
KEMERDEKAAN
 YANG KE -54


SELAMAT HARI
MALAYSIA
YANG KE-48


Hari Malaysia : Dulu Dan Kini

Hari Malaysia disambut bagi memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh 16 September 1963 yang menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Persekutuan Malaysia dirasmikan penubuhannya serta diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Perisytiharan dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah serta 30,000 rakyat berbilang kaum.

Bagaimanapun, penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina. Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas, melancarkan konfrontasi ketenteraan di bawah slogan “Ganyang Malaysia” yang berlanjutan sehingga 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai antara Kesultanan Sulu dengan pihak British.

Brunei yang turut termasuk dalam rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei pada penghujung 1962.

Bagaimanapun, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada 1 Jun 1963 kepada 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.Namun tarikh itu pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina memperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia.Dan akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia ditubuhkan.

Sebelum ini, Hari Malaysia merupakan cuti am di Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Bagaimanapun mulai 2010, Hari Malaysia juga diisytiharkan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Dan yang menjadikan sambutan Hari Malaysia pada tahun ini (2011) lebih menarik dan bermakna adalah kerana acara sambutannya diadakan serentak dengan Hari Kemerdekaan Ke-54 negara.

Dalam usia 48 tahun Malaysia dibentuk, proses pembinaan negara Malaysia secara keseluruhannya mengambil masa yang panjang dan sudah tentunya tempoh itu dilalui dengan pelbagai dugaan, cabaran dan kesulitan oleh pemimpin dan generasi terdahulu.

Adalah merugikan jika segala kesukaran dan kepayahan itu disia-siakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dan bertelagah dalam segala isu yang akhirnya meruntuhkan penyatuan Malaysia ini.

Dan perlu diakui, kekuatan Malaysia bukan sahaja terletak pada pembangunan di negeri-negeri Semenanjung sahaja, tetapi juga di Sabah dan Sarawak yang menjana ekonomi Malaysia keseluruhannya.

Sumber : utusan.com.

ANAK-ANAK
PEWARIS NEGARA


DIDIK MEREKA
BERJIWA
CINTAKAN
MALAYSIA

14 September 2011

RABU KELU #9 ~ Terlampau Seksi


RABU 
KELU  
TERLAMPAU
SEKSI

RABU KELU #8 ~ Siapa Yang Tahu Nama Si Comel Ini...? Sila Taip Komen


RABU
KELU
#8 (?)

10 September 2011

Menikmati Keindahan Panorama Pantai di Kuantan

MELALUI entry kali ini nama Ayie akan menggantikan gantinama PGGP yang selama ini digunakan didalam setiap entry merujuk kepada nama blog Putera Gahara Gagah Perkasa/PGGP. Ayie rasa nama ini lebih MESRA dan lebih DEKAT dengan rakan-rakan blogger yang dikasihi.

ALANGKAH indahnya suasana pantai di Telok Chempedak dan Pantai Sepat di Kuantan, Pahang. Sejujurnya Ayie belum pernah sampai lagi ke Pantai Kuantan ini... ada ke yg pernah sampai ke pantai di Kuantan ni sudi bawa Ayie jalan2 menikmati keindahan panorama Pantai Kuantan?

Panorama di atas adalah keindahan pantai di Kuantan, pahang. Gambar di ambil di Pantai Sepat dan di Telok Chempedak yg merupakan gambar dari koleksi JonStudio.

Betapa indahnya suasana di tepi pandai, dgn pasirnya, batu-batu besar yang menghiasi pantai, ombak yang menghempas, pepohonan rhu dan daun nyiur yang melambai-lambai ditiup angin dan suasana senja ketika matahari terbenam mendamaikan mata yg memandang. Semua keindahan itu ada di pantai Kuantan yang indah terhampar menghadap Laut China Selatan yang luas. PGGP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top