SETELAH Putera Hazli pergi dan tidak lagi muncul
dalam mimpi Maisara, Maisara jadi tak keruan seperti ibu kehilangan anak. Hari-hari Maisara termenung dan menangis.
Terasa berat benar beban dijiwa yang ditanggungnya mahu mengakui orang yang dia amat sayangi telah benar-benar tiada lagi di dunia ini. Maisara semakin muram dan menjadi seorang penyedih, menambah kerisauan keluarganya.
Maisara beruntung mempunya keluarga yang mengambil berat padanya. Encik Ahmad,Puan Mona dan adik beradiknya yang lain tidak membiarkan Maisara keseorangan menghadapi tekanan dijiwanya. Mereka amat memahami keadaan Maisara.
Pada suatu hari mereka berbincang mahu membawa Maisara berubat secara Islam di sebuah klinik rawatan Islam. Mereka mahu berikhtiar supaya semangat Maisara kembali pulih dan menerima ketentuan qada dan qadar Ilahi.
__________________________________________________________
Tepat pada hari temujanji yang dibuat, keluarga Maisara membawanya ke pusat rawatan Islam yang terkemuka itu. Memang ramai orang menerima rawatan di situ, bertali arus hinggakan terpaksa menunggu giliran berjam-jam.
Setelah lama menunggu giliran, Maisara bertemu perawat yang diamanahkan merawatnya. Seorang pemuda berserban, berjanggut panjang tanpa kumis menyapanya dengan suara lembut, "As salaamu 'alaikum warahmatullahi Wa barakaatuh" ucapan salam penuh yang keluar dari mulut pemuda itu sambil bibirnya tersungging senyuman. Wajahnya yang berhias dengan senyuman mendamaikan hati Maisara yang pada mulanya agak acuh tak acuh. "Wa 'alaikum mussalaam", balas Maisara pendek. Wajah pemuda itu tetap senyum.
Sejak hari pertama, kini sudah 3 bulan Maisara menerima rawatan di pusat rawatan Islam itu. Jiwa dan semangatnya beransur pulih. Dia sudah dapat menerima ketentuan Allah Taala di dalam hidupnya. Menerima hakikat bahawa apa saja yang disayangi di dunia ini pasti suatu masa seseorang insan itu akan berpisah darinya. Sama ada suka atau tidak.
Lama-kelamaan berputik rasa kagum Maisara pada ustaz Amirul perawatnya. Maisara dapati lulusan madrasah Darul Uloom Deoband, India itu amat menjaga adab-adab ketika merawatnya. Tak pernah dia melihat ustaz Amirul memandang tepat ke matanya melainkan pandangan sipi-sipi. Maisara mengagak tentu ustaz muda bertaraf maulana ini seorang pemalu. Seringkali juga dia melihat ustaz Amirul akan menangguh sessi rawatan apabila waktu solat 10 minit lagi akan masuk. Belum pernah dia melihat ustaz Amirul melewat-lewatkan solat. Bersegera menuju kebaikan katanya.
Pernah juga suatu hari Maisara bertanya kenapa dia begitu mengambil berat waktu solat tak bolehkah solat ketika waktu sudah masuk? dengan tenang dan penuh hikmat ustaz Amirul menjelaskan dia mahu menunggu waktu solat sebagai tanda 'kehambaannya' kepada Allah Taala dan mengikut sunnah Nabi SAW. Memang Maisara akui dia mendapati ustaz Amirul begitu mencintai sunnah Nabi SAW dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Melalui ustaz Amirul juga dia baru faham bahawa sunnah Nabi SAW terbahagi kepada 3, ada sunnah surah,sirah dan sarirah. Walaupun dia mendapat didikan agama yang cukup dari kedua orang tuanya tapi ketika bersama ustaz Amirul semasa sessi rawatan, Maisara merasakan ilmu agamanya terlalu kerdil berbanding ustaz lulusan India itu.
__________________________________________________________
Perubahan positif yang ketara pada diri Maisara meng-
gembirakan keluarganya lebih-lebih lagi Encik Ahmad dan Puan Mona. Mereka bersyukur Maisara sudah kembali ceria dan menerima apa yang berlaku sebagai ketentuan yang Maha Esa. Mereka juga mula mengesan anak perempuan kesayangan mereka mula menyukai ustaz muda itu.
"Abang, saya tengok Mai begitu berseri-seri wajahnya sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi setiap kali mahu berjumpa ustaz Amirul untuk rawatan" kata Puan Mona kepada Encik Ahmad pada suatu petang. "a'ah abang juga perasan tapi tak mahu laa ambil peduli sangat pasal hal itu, asalkan Mai dah kembali pulih, bagi abang itu yang paling utama" balas Encik Ahmad tak mahu bergosip dengan isterinya.
"Errmmm...abang, sejujurnya saya juga suka pada ustaz muda tu, sejuk mata dan hati saya setiap kali memandangnya". Ujar Puan Mona berterus terang meluahkan rasa hatinya pada suaminya Encik Ahmad. "Hishhh awak ni kesitu pulak..." balas Encik Ahmad buat-buat terkejut. "Awak cuba-cuba laa bercakap dengan ustaz Amirul tentang hal ini, untuk kebahagiaan anak perempuan kesayangan awak jugak" kata Puan Mona sambil memuncungkan mulutnya sedikit. "Ermmm...baiklah nanti saya cuba" Encik Ahmad berfikir panjang sebelum menyatakan persetujuannya. Puan Mona bahagia mendapat suami yang amat memahami.
_________________________________________________________
"Jika seseorang itu apabila diuji dengan kehilangan sesuatu yang amat di sayanginya ia menerimanya dengan berlapang dada... redha,tabah,sabar serta berdoa pada Allah Taala agar Allah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, Insya Allah...orang itu akan mendapatkan GANTI YANG LEBIH BAIK, yakin dan percayalah Maisara..."
Masih tergiang-ngiang di telinga Maisara kata-kata ustaz Amirul itu yang telah menjadi PENAWAR PALING MUJARAB yang telah menyembuhkan derita batinnya selama ini.
"Mai, apa yang mengelamun tu sayang?" tiba-tiba suatu suara lemah lembut menyapanya menyentak lamunan Maisara yang jauh melayang. "eh, abang...tak ada apa-apa laa bang" Maisara cuba berdalih manja. "ermmm...hehehe" terdengar suatu ketawa kecil dari suara yang telah memutuskan lamunan Maisara tadi. "Abang, tentu penatkan nanti Mai buatkan air yer..." sambut Maisara dengan kasih sayang seorang isteri pada suaminya. "ermmm...sayang lebih laa kalau begini" balas suara lelaki itu spontan.Mereka ketawa serentak.
Begitulah kehidupan rumahtangga mereka, penuh dengan sakinah (ketenangan) juga Mawaddah (kelapangan dada dan kekosongan jiwa dari kehendak buruk) wa Rahmah (dan rasa kasih sayang). Maisara tak putus-putus berdoa mengucapkan syukur pada Ilahi kerana telah menemukannya dengan lelaki yang terbaik sebagai suaminya. Mereka telah disatukan dalam majlis pernikahan yang sederhana seperti mana syarat yang telah diberikan oleh suaminya. Seorang ustaz muda..............bernama maulana haji Amirul bin haji Mokhtar.
Kini Maisara telah pun menemui tempat untuk dia mencurahkan kasihnya sepenuh hati...ya, kasih yang TULUS tak berbelah bagi lagi. SETULUS KASIHNYA MAISARA.
__________________________ TAMAT ________________________
Perihal Contest Novel Bersiri Setulus Kasihnya Maisara
Novel Setulus Kasihnya Maisara adalah merupakan sebuah novel bersiri popular karya blogger kesukaan ramai Puteri Kasih. Siri novel yang bermula pada 29 September 2011 dan tamat pada 15 Oktober 2011.
Kemudian satu contest telah dibuat oleh beliau kepada blogger2 lain untuk mencurahkan kreativiti masing2, reka penamat sendiri untuk novel bersiri Setulus Kasihnya Maisara.
Ayie menyukai blog puterikasih.com kerana KEMESRAAN tanpa pilih bulu oleh tuan blognya. Semua respon setiap entry beliau akan dibalas tanpa memilih respon atau komen2 yang tertentu saja. Entry2nya juga santai dan dapat diterima semua pihak.
Untuk menyertai contest ini kena tag seorang blogger yang lain, jadi Ayie nak tag seorang blogger yang dah lama Ayie kenal dan hingga kini tetap SETIA singgah ke blog Putera Gahara Gagah Perkasa/PGGP iaitu M.E.Z.A.F.I.R.A.H. Boleh kan zaa...? hehe...
Kepada rakan-rakan blogger yang BERMINAT untuk mencuba nasib dan mempunyai BAKAT dan SUKA menulis apa salahnya jika mencuba menyertai contest HEBAT ini. Tarikh tutupnya pada 31 Oktober 2011. Segala maklumat dan syarat lanjut sila klik link puterikasih.com contest-novel-bersiri. Rasa2nya masih ada waktu untuk menulis. ADA BERANI SAHUT CABARAN? PGGP