Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

30 November 2011

RESPON SURVEY

KADANG-KADANG Ayie rasa bertuah berbanding blogger lain sebab Ayie boleh tukar header blog SESUKA HATI pada bila-bila masa saja. Tidak seperti blogger lain yang TERHAD pada satu-satu header saja untuk jangka masa yang lama. Ermmm...tentu agak menjemukan.

Sudah bermacam2 gambar kuda Ayie guna menjadi HEADER blog PGGP. Berbagai  bentuk dan gaya. Sekarang TIMBUL  pula perubahan mood dalam diri Ayie. Kalau dulu lebih kepada gambar kuda yang GAGAH dan BERANI, sekarang lebih  suka yang SANTAI pulak.

Macam gambar kuda DI ATAS dan juga yang bersifat ABSTRAK seperti gambar DI SEBELAH ni. Dari RESPON SURVEY yang Ayie buat, TAK ADA sorang pun My Friends rakan2 blogger yang memilih gambar abstrak jadi header blog PGGP...hurmmm.


                SANTAI & ABSTRAK

Di bawah ini pula adalah RESPON beberapa My Friends yang sudi beri pandangan dan idea untuk Ayie pilih header blog PGGP dalam bulan2 mendatang terutama untuk bulan Disember ini.

DIANA AZIS

"Disebabkan ayie sedang buat survey, dalam banyak2 header diana suka header yang no. 1 dan no. 2...Header no. 1 nampak seperti Tn blog aka ayie berada di bintang dan bulan. Mungkin masa ni ayie tengah happy kot... :) yang kedua pula diana suka sebab tengok kuda tu hebat melawan badai...Nampak begitu bersungguh..."

"Pasal header harimau tu, tak pe la...tinggal beberapa hari je lagi nak habiskan bulan november...yea, janji harus ditepati...kadang2 bila datang sini tgok rimau tu tenung dengan gigi yang tajam...seram je. hehe :P..."

AYIE ABAS

TERIMA KASIH...Diana, wahhh...Diana siap meneka keadaan mood ayie lagi pada masa tu ek? haha3...ada juga yang betulnya tu.

Memang gambar no.1 tu lama jugak Ayie guna sebagai header. Manakala gambar no.2 pula sekejap jer kalau tak silap hanya 1 atau 2 hari saja ermmm...header 'rimau' tu yang lagi lama Ayie pakai...AUMMM.

UNGU VIOLET

"ungu suka kuda yg kat laut tu...:)..."

AYIE ABAS

TERIMA KASIH...cikgu Ungu, ermmm...cikgu Ungu pun suka dengan gambar kuda kat laut yer? Ayie ada banyak juga koleksi gambar kuda tengah main air laut tentu ada yang Ungu suka.

Oleh kerana Diana dan cikgu Ungu suka gambar kuda di laut, Ayie akan pertimbangkan gambar di bawah ini menjadi antara HEADER BLOG PUTERA GAHARA GAGAH PERKASA/PGGP yg akan datang, SUKA ker? kalau suka angkat tangan.


♥AIEN NAJWA♥

"ofkoz yang pertame...sebab kude pertame menggambarkan bahawe die adelah ketue...=)..."

AYIE ABAS

TERIMA KASIH...Aien, suka dengan kuda yang nampak macam ketua ek? mula2 dulu di blog PGGP selalu jugak guna header gambar kuda GAYA gagah macam tu sebab Ayie rasa BERTEPATAN dengan tajuk/tema blog PGGP.

Kat bawah ni Ayie pilih gambar kuda yang mungkin akan jadi header blog PGGP akan datang. Nampak macam ketua jugak kan...Aien? terasa AURA kepimpinannya hehe3...=)


JULIET IRA

"suka no 3 dr atas..."

"ada cahaya matahari n kat padang kan..;p..."

AYIE ABAS

TERIMA KASIH...Juliet Ira, salam kenal. Agak lama juga Ayie jadikan gambar no.3 tu sebagai header. Itu laa kali pertama Ayie guna gambar kuda berbentuk macam tu. Mula2 ragu-ragu jugak Ayie nak jadikan gambar tu jadi header tapi bila dah pakai...tengok SESUAI pulak.

PUTERI KASIH

"Seperti kata ayie, header-header ini melambangkan mood ayie ketika itu dan puteri seakan dapat merasakan apa yg ayie rasa bila memfokuskan pada setiap header."

"sukar nak pilih, sebab semuanya membawa maksud dan identiti tersendiri tapi kalau puteri kena pilih yang mana puteri suka. Saat ini puteri akan memilih header yang ketiga..yang berwarna oren kekuningan tu. Dengan di sinari cahaya matahari dan rama-rama dan burung-burung yang berterbangan, kuda itu nampak seolah ia bebas berlari. Suatu situasi yang penuh keceriaan dan kebebasan."

AYIE ABAS

TERIMA KASIH...Puteri, kerana dapat MERASA mood Ayie bila tengok gambar-gambar kuda tu. Puteri memilih gambar kuda berwarna oren kekuningan kerana suasana penuh keceriaan dan kebebasan yer...ermmm dapat IDEA dah.

Taraaa...Juliet Ira dan Puteri suka dengan gambar kuda di sinari cahaya matahari dan warna kuning kan?, Ayie telah pilih gambar di bawah ni. Okey tak? gambar Pegasus. Seingat Ayie la baru SEKALI pernah guna gambar PEGASUS jadi header blog PGGP.


Jutaan TERIMA KASIH pada My Friends rakan2 blogger yang beri RESPON terhadap entry Isnin 28/11/2011 - HEADER BLOG GAMBAR KUDA yang lepas. Respon tersebut telah MEMBERI IDEA pada Ayie memilih gambar2 kuda terbaik untuk dijadikan HEADER blog PGGP akan datang. PGGP

28 November 2011

HEADER BLOG GAMBAR KUDA


TERIKAT
JANJI


Entry ke-3 dalam siri IMBASAN gambar-gambar kuda TERPILIH yang pernah menjadi Header Blog Putera Gahara Gagah Perkasa/PGGP. Sekadar untuk rekod, 3 entry tersebut adalah di bawah ini :
1. Gambar-Gambar Kuda Yang Jadi KEPALA BLOG - 10 jun 2011
2. KUDA KEPALA BLOG - 27 September 2011
3. ENTRY TERKINI : HEADER BLOG GAMBAR KUDA - 28 November 2011

Header-header kali ini cukup mendalam bagi Ayie kerana setiap kali mood Ayie berubah setiap kali itu jugak laa header blog PGGP akan berubah. Pendek kata setiap header menggambarkan keadaan mood Ayie pada ketika itu. Ada mood BERSEMANGAT penuh bertenaga, ada masanya mood ABSTRAK hingga sukar difahami orang lain...haha3 tapi ada kalanya mood MERUDUM teruk...ermmm ada juga mood TERUJA dengan sesuatu situasi seperti Header KEPALA HARIMAU tu.

Ayie guna Header kepala harimau tu sebagai tanda sokongan padu pada skuad Harimau Muda semasa perlawanan akhir bola sepak, pertemuan antara Malaysia melawan Indonesia dalam kejohanan sukan SEA pada 21.11.2011 yang lalu. Ayie BERJANJI pada rakan-rakan di Facebook dan di blog, jika pasukan Malaysia MENANG Ayie akan terus guna HEADER KEPALA HARIMAU tu sampai akhir bulan November. Ayie TERIKAT dengan janji.

Tapi...ermmm...bila tengok malam tadi (Ahad 27/11) skuad negara TEWAS pada pasukan Bahrain 3-2 selepas mendahului 2-0 dalam pusingan kelayakan ke Olimpik 2012 London, Ayie cukup HAMPA. Cuba bayangkan hanya dalam masa BEBERAPA MINIT saja pasukan Bahrain boleh menjaring 3 gol? ingat ini pasukan SEKOLAH MENENGAH ke? kemana perginya SEMANGAT HARIMAU?...ermmm

Ayie nak guna Header kepala 'rimau' tu pun dah rasa tak seronok. Seakan-akan semangat AUMMM...dah tak relevan lagi pada masa tu. Sebenarnya Ayie dah cuba tukar dengan Header baru seperti gambar DI BAWAH ni tapi bila TERINGATKAN janji yang TELAH dibuat, Ayie tak jadi tukar. Nampaknya KEKAL laa KEPALA 'RIMAU' tu jadi header blog PGGP sehingga Rabu 30 Nov ini. Apa boleh buat, 'JANJI TETAP JANJI' kan? wajip DIKOTAKAN sama ada besar atau kecil janji tersebut. Teringat pepatah orang tua2, 'LEMBU DIPEGANG PADA TALI, MANUSIA DIPEGANG PADA JANJI'. Jika kita sebagai manusia tak dapat tunai janji apalah ertinya jadi manusia?.

HEADER
AKAN 
DATANG


Dalam banyak-banyak gambar kuda yang jadi header DI ATAS yang mana SATU jadi KESUKAAN My Friends? cuba pilih nak buat survey sikit. PGGP

Siapa Mangsa Seterusnya Adakah Anda?

crop image

Jadi Mangsa Pak Hitam - Penipuan Cinta, Hilang Maruah, Dikikis Duit, Jadi Keldai Dadah Apa Lagi Selepas Ini...Adakah Wanita  Malaysia Terlalu Bodoh Dan Lemah Sehingga Senang Diperdaya?

LELAKI warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.

Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.


Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis dapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yg dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu. Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.

Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya. Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu. - SUMBER

Patut laa kegiatan Pak Hitam MENIPU dan MEMPERDAYA wanita tempatan semakin menjadi-jadi, bayangkan jer laa mereka boleh mengaut sebanyak RM24 juta daripada 774 wanita tempatan HANYA dalam tempoh 8 bulan saja...PERGHHH!!! Terfikir jugak dalam otak Ayie ni siapa jer laa wanita-wanita yang KENA TIPU IDUP-IDUP tu...anak siapa jer laa agaknya...??? 

Persoalannya sekarang, siapa lagi mangsa seterusnya adakah anda?

Lagenda Mahsuri Di Langkawi


MAHSURI binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah melatari lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan, diangkat ke layar perak hinggalah kepada cerita kanak2.

Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

Fitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan zina) dengan Deramang.


Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa, Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Batu penanda tentang kematian Mahsuri 

Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi tidak akan tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Sayangnya, Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Penutup Sumpahan


Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Pada ketika itu, Langkawi telah mula membangun menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr. Mahathir adalah tokoh penting membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan beberapa infrastruktur dan menjadikan Langkawi tempat beberapa persidangan antarabangsa seperti Muktamar Ketua-ketua Negara Commonwealth /CHOGM Mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasific /APEC dan Dialog Antarabangsa Langkawi/LDI  selain sebagai  pusat pertunjukan seperti LIMA dan kejohanan lumba basikal Le Tour De Langkawi.

Kredit - abdulfarique

27 November 2011

Pokok – Meet Uncle Hussain & Hazama


Lagu Pokok Gagal Layak Ke Juara Lagu Ke-26   
Peminat Meet Uncle Hussein Kecewa

Itulah, kadang2 restu peminat ni ada jugak kesannya, mungkin bila ramai peminat kecewa dgn keputusan MUH, kekecewaan/kemarahan yg terkeluar di mulut tu jadi doa...padahal lagu pokok tu sangat2lah happening. Untuk MUH, walaupun memang hak anda nak pilih siapa penyanyi lagu tu, tapi kene pikir jugak perasaan peminat yg selama ni mengundi & mengharap- kan Hazama yg nyanyikan lagu tu di pentas AJL...hakikatnya hazama memang setuju nak nyanyi lagu tu untuk AJL, but MUH simply refused..." ~ Peminat MUH

Itu laa antara luahan kekecewaan peminat Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) dan lagu popular POKOK di satu laman web hiburan sebagai reaksi kegagalan lagu calon favourite, Pokok oleh Meet Uncle Hussein feat Nubhan mendapat tempat di pusingan kedua separuh akhir Muzik Muzik ke-26. Kumpulan MUH sebelum itu, nekad untuk memilih penyanyi Nubhan berbanding  Hazama untuk menyanyikan lagu Pokok di pertandingan separuh akhir kedua Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 yang berlangsung jumaat 25 November yang lepas.

Sebelum pertandingan berlangsung pengurus MUH, Kimi, ada membuat penjelasan dia dan anggota kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka sebulat suara memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu.

“Saya pasti ramai yang tertanya-tanya sebab kami memilih Nubhan dan tidak Hazama. “Ini kerana pada pencalonan Muzik Muzik 26, tiba-tiba Hazama menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan secara mengejut. “Kebetulan, Nubhan menyertai ujibakat dengan komposer Taja dan mempunyai suara yang sesuai untuk lagu Pokok,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, “Nubhan hanya diberi tiga hari untuk latihan sebelum menyertai pencalonan Muzik Muzik 26. “Komitmen yang telah diberikan oleh Nubhan kepada kami pada saat-saat akhir itu adalah penyelamat dan penghargaan kepada kami."

Nubhan juga telah membuat ulasan ketika diminta memberikan komen tentang perkara tersebut sebelum ini, dia mengatakan hanya menyerahkan perkara itu kepada MUH. “Saya hanya menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Pokok sekiranya diminta oleh MUH. “Bagaimanapun, saya berharap peminat lagu ini tidak membandingkan suara antara saya dan Hazama.” kata Nubhan.

Hazama pula selepas pertandingan pada malam itu menafikan Nubhan penyebab lagu Pokok gagal mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu kali ini. Menurut Hazama, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan MUH, cuma mereka sudah tidak bekerjasama sejak dia mengikat kontrak dengan pihak pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) selepas menjuarai Akademi Fantasia (AF) musim ke-9. Sebelum ini kumpulan MUH pernah menjadi Juara Kategori Pop/Rock dan Juara Lagu AJL ke-23/2009 dengan 'Lagu Untukmu' ketika bersama Lan dan naib juara Anugerah Juara Lagu ke-25/2011 dengan menampilkan Black Mentor sebagai penyanyi lagu 'Drama King'.

“Ini kali pertama saya ke AJL sebagai finalis dengan lagu sendiri. Pastinya saya gembira. Dapat masuk dalam senarai Top 5 juga sudah memadai. Namun saya agak terkejut juga apabila lagu Pokok tidak tersenarai bersama kami.” ~ Hazama

“Bila di belakang pentas, saya gembira bila baca timeline Twitter ramai yang meramalkan lagu Kekanda Adinda ada harapan untuk terpilih. Memang nervous juga kerana lagu kami disebut paling akhir kerana kami dah anggap lagu Pokok yang akan dapat peluang. Syukur Alhamdulillah, rupanya lagu kami.” ~ Atilia

“Memang semua lagu popular dan peluang untuk lagu kami terpilih sama rata. Kami memang jangkakan Pokok tersenarai tapi malangnya tidak dapat. Tak per lah, takde rezeki mereka.” ~ Monoloque

Lain-lain artis dan lagu yang turut terpilih dalam senarai pada malam pertandingan separuh akhir kedua Anugerah Juara Lagu /AJL ke-26 adalah, Najwa Latif  (Cinta Muka Buku), Monoloque dan Atilia (Kekanda Adinda), Aizat (Sungai Lui), Projek Pistol (Wanita Seluruh Dunia) dan Hazama AF9 dengan lagu popularnya, Cinta Teragung.


------------------------------------------------------------------------------------------------------


●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●

Pokok

●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam

Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

online gif creator


Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Na...na...na..na...

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

OLEH KERANA YOU TUBE INI AUTOMATIK DAN BERULANG-ULANG KALAU MY FRIENDS RASA TERGANGGU BOLEH DI'PAUSE'KAN JERR

Puisi Zirah - Suatu Masa Dulu


Suatu Masa Dulu

Suatu masa dulu
Kita ke sini di pantai ini
Mencipta berahi misteri
Diperaduan pasir memutih halus
Dalam sinaran bulan 
Dan senyuman bintang
Saksi kasih belayar berkemudi

Tetapi deruan gelombang ombak
Hadir memecah kesunyian
Menghempas pantai lalu berubah
Memusnahkan laman peraduan
Yang baru sebentar berlabuh di situ

Mengapakah ini terjadi
Sedangkan tadinya kita enak
Membuai resah dengan
Desahan dan asakkan yang bertali arus
Akhirnya kita terdampar
Dalam kedinginan hembusan bayu malam

Apakah muslihatmu kasih
Tiada kujangka begini perilakumu
Tiba-tiba mengorak langkah
Pergi tanpa menoleh lagi
Meninggalkan aku sendirian
Di kamar peraduan
Terpinga-pinga aku kehairanan
Tanpa ucapan selamat malam sayang

Untuk pertama kalinya
Setelah bertahun peristiwa berlalu
Aku singgah lagi ke sini
Mengenangkan kembali tragedi
Ditinggalkan kekasih hati
Dipantai memutih ini


By_______________________Nurhazirah______________________BBBangi
Hak Cipta Terpelihara
25/11/11

Puisi Zirah

26 November 2011

Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri


Hijrah - Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri

SETELAH kedatangan Islam, ketiadaan asas tahun yang tetap dalam empayar Islam yang berkembang luas merumitkan urusan pentadbiran dan kerajaan. Oleh itu peristiwa hijrah Rasullah SAW telah ditetapkan sebagai asas tahun dalam takwin Islam yang kemudiannya dikenali sebagai takwim Hijri.

Penetapan ini telah dibuat semasa dalam zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Nabi SAW & umat Islam.


Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli falak dan para sejarawan tentang tarikh sebenar 1 Muharam 001 Hijrah. Sebahagian ahli falak yang menggunakan kaedah hisab hakiki menyatakan tarikh awal Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Khamis 15 Julai 622 Masihi, kerana ijtimak bulan baru Muharam telah berlaku sebelum terbenam terbenam matahari pada hari Rabu 14 Julai 622M. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa awal Muharam 001 Hijrah bermula pada hari Jumaat 16 Julai 622 M berdasarkan peristiwa anak bulan Muharam yang hanya dapat dilihat pada malam Jumaat.

Berdasarkan fakta sains, takwin dan sejarah, maka lebih pasti bahawa 1 Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Jumaat 16 Julai 622 M.

Sekadar maklumat tambahan, di Malaysia, kerajaan negeri Terangganu telah bersetuju menggunakan tarikh 1 Muharam 001 Hijrah pada hari Jumaat berdasarkan kitab Ruh al-Maani di mana Ibn Syatir mengatakan bahawa anak bulan dapat dilihat pada malam Jumaat.

Sumber : AbuRedza

Salam Maal Hijrah 1433H


Menukar Tahun Hijrah Kepada Masihi Dan Sebaliknya


Salam Maal Hijrah 1433H

PERBEZAAN jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat, sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya merupakan tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.

Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali. Untuk mengetahui tahun Hijrah pada tarikh tahun Masihi yang diketahui, kita hendaklah menolak 622 daripada tahun Masihi itu kerana tahun Hijrah bermula pada tahun 622 Masihi, iaitu pada hari Jumaat 16 Julai.

Baki yang tinggal selepas itu ialah tahun Masihi yang telah berjalan sejak tahun Hijrah, kemudian kita darab dengan 33 dan natijahnya dibahagi pula dengan 32, kerana setiap 33 tahun Hijrah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi.


Contohnya seperti berikut: Tukar 1980M kepada Hijri (1980-622)/32 x33 = 1400H

Apabila kita hendak mengetahui tahun Masihi yang bersamaan dengan tahun Hijrah yang kita telah ketahui, kita darab tahun Hijrah dengan 32 dan natijahnya dibahagi dengan 33 kemudian ditambah dengan 622.

Contoh seperti berikut: Tukar 1100 H 
kepada Masihi (1100×32/33) + 622 = 1688M

Untuk mengetahui secara lebih lanjut berkaitan sejarah penentuan takwim hijrah, nama saat, hari dan bulan dalam Islam, pembaca bolehlah merujuk kepada Ensiklopedia Dunia Jilid 21 bagi artikel yang berkaitan dengan Kalendar/Takwim Hijrah.

Sumber : AbuRedza

Salam Maal Hijrah 1433H

25 November 2011

Sonata Musim Salju - Hazami

make a gif


Sonata Musim Salju

Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi


Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama
oh sayang ooooohhh...


Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti



Hazami - Sonata Musim Salju

____________________________________________________________________

Hazami - Meraikan Vokal Ekstravaganza Yang Sebenar

HAZAMI seorang penghibur yang berkaliber. Beliau pernah dinobatkan pemenang Persembahan Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2006/AJL 21. Perjalanan seni Hazami bermula secara kebetulan apabila beliau diundang menyanyi bersama ketika Dayang Nurfaizah membuat persembahan Sunday Nite Live di Planet Hollywood. Suara beliau berjaya memukau setiap mereka yang ada pada malam tersebut.

Melihat kepada sambutan yang di berikan ke atas pendatang baru ini, Planet Hollywood tidak teragak-agak untuk menjemput Hazami kembali membuat persembahan, tetapi pada kali ini, bukan sebagai artis jemputan sahaja. Pada bulan Julai 2003, beliau di undang untuk mengadakan persembahan beliau sendiri dan di sertai oleh tiga artis baru yang lain ketika itu Misha Omar, Jai dan Siti Sarah, eksklusif di bawah siri Sunday Nite Live.

Seperti yang dijangkakan, persembahan pada kedua-kedua malam tersebut mendapat sambutan yang begitu memberansangkan, bukan sahaja oleh para peminat, tetapi syarikat rakaman juga. Wakil dari Warner Music Malaysia yang kebetulan ada menonton persembahan ketika itu terus menawarkan Hazami kontrak rakaman kepada beliau. Bermula dari situlah perjalanan Hazami bergelar artis bermula.

Hazami akhirnya menjadi seorang artis rakaman yang disegani dan beliau membuktikan kemantapan vokal dan ilmu muzik yang dimilikinya. Hazami bukan sahaja di kenali di Malaysia, beliau juga diterima baik di negara-negara jiran yang lain seperti di Indonesia, Singapura dan juga Brunei.

Single pertama beliau yang berjudul Sonata Musim Salju mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat. Single tersebut berjaya berada di dalam carta ERA selama 17 minggu dan kemudian- nya mendahului carta (nombor 1) selama 5 minggu. Satu pencapaian yang cukup membanggakan sekali oleh seorang pendatang baru dalam industri hiburan tanah air ketika itu. Melihatkan kepada respon ramai, Warner Music Malaysia kemudiannya membuat keputusan untuk melahirkan album pertama Hazami 3 bulan lebih awal dari tarikh yg dirancang.

Album Tekad Redha Tabah berjaya terjual sebanyak 15,000 unit, seterusnya melayakkan Hazami di anugerahkan Platinum Emas. Tidak lama selepas itu, nama beliau tercalon di dalam kategori ‘Artis Baru Terbaik’ di anugerah yang cukup berprestij sekali Anugerah Industri Muzik/AIM 2003.

Rezeki terus berpihak kepada beliau apabila kerap kali memenangi anugerah. Antara pengiktirafan terbaik yang pernah Hazami kecapai adalah seperti anugerah Artis Lelaki Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian/ABPBH 2003, di nobat sebagai Juara Kategori Pop Rock dan juga memenangi Anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu 2005/AJL20 bagi single pertama Kata di dalam album kedua.


Single Kata disebut-sebut sebagai di antara faktor utama yang menyumbang kepada kegemilangan yang dikecapi Hazami. Lagu yang cukup indah tersebut sesungguhnya berjaya mempopularkan Hazami sehinggalah ke hari ini.

Hazami merupakan seorang penghibur yang bukan sahaja bersandar kepada suara sahaja semata-mata. Beliau juga merupakan seorang penulis lagu yang tidak boleh di sangkal lagi kehebatannya. Hazami sudah menulis banyak lagu bagi penyanyi yang berbakat besar di persada seni tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Nikki dan Fazli Zainal. Tidak terhenti di situ sahaja. Hazami kini melebarkan sayapnya lagi dengan mengajar vokal kepada mereka yang berminat. Sesungguhnya beliau merupakan seorang penghibur yang serba boleh dan cukup profesional.

Beliau mula menjinakkan diri dengan nyanyian sejak dari 19 tahun dahulu. Kebolehan beliau menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi sememangnya cukup menakjubkan sekali. Oleh kerana anugerah yang di miliki inilah, Hazami di nobatkan sebagai salah seorang penyanyi bervokal terbaik yang Malaysia pernah ada. Setiap lagu nyanyian beliau berjaya dipersembahkan dengan baik sekali dan penghayatan yang di berikan ke atas lagu-lagu tersebut sering membuatkan mereka yang mendengarnya terpukau. Itulah sebenarnya daya penarik Hazami. Bersandarkan kepada prinsip ‘muzik itu ekspresi mutlak yang cukup indah sekali’. Hazami berjaya membuktikan kepada semua pencinta muzik tempatan yang beliau bukanlah calang-calang penghibur. PGGP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top