Daku Amat Menyintai Mu


22 January 2012

Cerita Rakyat Kancil Cerdik

SIAPA yang tak tahu kisah Hikayat Sang Kancil di negara ini. Suatu cerita rakyat yang telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Masa kecil dulu kita selalu diceritakan dengan kisah kecerdikan Sang Kancil memperdaya musuh-musuhnya seperti sang buaya, harimau belang, ular sawa, gergasi dan lain-lain...betul tak?

Pengajaran yang dibawa dari hikayat ini ialah walau Sang Kancil bertubuh kecil tapi ia bijak menggunakan kecerdikkan akalnya untuk mengalahkan musuh-musuhnya yang jauh lebih besar dan kuat berbanding dengan dirinya untuk terus survive hutan rimba.
PGGP



Hikayat Sang Kancil ~ Legasi Cerita Rakyat Dilestarikan

Ayie mula tengok animasi Pada Zaman Dahulu/PZD, minggu lepas di TV Al hijrah. Walau promonya Ayie dah tengok dari tahun lepas lagi. Ayie rasa animasi ini memang menarik dalam banyak aspek. Stail animasinya yang cantik, jalan cerita yang menarik dan sudah tentu laa cerita Hikayat Sang Kancil yang dibawa dalam siri animasi ini.

Dari segi teknikal, stail rendering 3D kali ini sangat mengujakan di mana Les Copaque menggunakan rendering teknik ala-painting. Teknik shading ini dicipta dan diolah oleh mereka sendiri dengan mengaplikasikan painting texture kepada model 3D. Shading ini juga digabung dengan beberapa layer yang lain supaya shadingnya lebih cantik. Animasi Pada Zaman Dahulu dirender pada format HD dan mempunyai 12 episod secara keseluruhannya.

Animasi Pada Zaman Dahulu disiarkan setiap Sabtu 8.30 malam ekslusif di TV Al Hijrah. Sesuai sangat jadi tontonan seisi keluarga.






Pada Zaman Dahulu ~ Satu Lagi Animasi HEBAT Anak Malaysia

Penerbit : Les Copaque
Facebookpadazamandahulu
PengarahMohd Shafiq Bin Mohd Isa, Fuad Bin Md Din
Penulis CeritaHjh. Ainon Bt. Ariff, Burhanuddin Md. Radzi, Mohd Shafiq Mohd Isa, Megat Zahrin, Rezzuhawa Razali
Penyumbang SuaraNurHannah (Sang Kancil), Alyssa (Ara), Esfahan (Aris), Hj. Alias (Aki), Keng Sun (Tupai), Muiz Rahimi (ketua Buaya), Hasan AlBasri (Sang Kerbau) Amin Rusli (Harimau)





Sinopsis Pada Zaman Dahulu

Siri animasi ini memaparkan tentang Aris dan Ara yang tinggal di kampung bersama Aki dan Wan. Terlalu biasa tinggal di bandar menyebabkan mereka sukar untuk membiasakan diri di kampung. Seperti kanak2 lain, Aris dan Ara juga nakal dan mempunyai sikap negatif. Dari situ Aki cuba mendekati cucu-cucunya itu dengan bercerita kisah2 Sang Kancil agar mereka ambil pelajaran darinya.

Pada musim pertama ini, penonton dapat melihat bagaimana Aki seorang datuk yang cuba untuk mendekati cucu-cucunya dengan cara bercerita. Penonton juga dapat mengimbau kembali kenangan mendengar kisah Sang Kancil yang akan disampaikan dengan cara yang lebih menarik serta lucu. Sumber


Watak-Watak Utama Dalam Animasi Pada Zaman Dahulu


Aris
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Merupakan abang kepada Ara. Memiliki ketinggian 130 sentimeter dan berat 50 kilogram. Seorang kanak-kanak yang agak tembam, bermata warna coklat gelap. Sering kelihatan berbaju-T dan seluar pendek. Aris terlalu biasa dengan kesenangan hidup di bandar, maka apabila dia terpaksa tinggal bersama Aki, Aris banyak menghabiskan masa bermain permainan video dan tidak mahu melakukan aktiviti kampung. Sehinggakan Aki terpaksa memaksanya.

Walaupun pada luarannya Aris gemar mengusik Ara, namun Aris sebenarnya sangat melindungi dan menjaga adiknya itu. Aris seorang yang sangat bijak dan cepat belajar, sangat bijak sehinggakan adakalanya Aris kelihatan seperti suka berlagak. Aris sangat berharap suatu hari nanti, dia dapat membuktikan bahawa dia lebih bijak dari yang mereka sangkakan. Seperti Aki, Aris juga berbakat  melukis tetapi tidak ditonjolkan di dalam musim ini.


Ara
Ara merupakan adik kepada Aris. Ara sangat suka bermain dengan patung beruangnya. Baru berusia 5 tahun, tetapi Ara mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Sebelum Ara mulai rapat dengan Aki, Arislah yang menjadi tempat Ara bertanyakan pelbagai soalan. Oleh sebab Ara sangat naif mudah percaya, dia sering diusik oleh abangnya yang adakalanya sengaja memberikan jawapan yang salah. Ara sangat pemalu, itu sebablah dia banyak menghabiskan masa dengan Aris. Sehinggakan Ara kelihatan seperti sangat bergantung kepada Aris. Walaupun pemalu, Ara sebenarnya sangat manja dan sangat suka mendengar Aki bercerita. Apabila Aki mula bercerita, Ara akan menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Aki.

Si comel Ara ini mempunyai mata yang besar dan bulat bagi seorang kanak-kanak berbadan kecil. Ketinggiannya hanya 100 sentimeter dengan berat 40 kilogram. Mempunyai rambut yang ikal dan suka diikat tocang dengan klip bunga di rambutnya. Ara sering memakai baju-T warna merah jambu dan berseluar pendek.

Aki
Aki adalah datuk kepada Aris dan Ara. Tinggal di tengah-tengah kawasan sawah padi bersama isterinya, Wan. Masanya banyak dihabiskan dengan berkebun di sekitar kawasan rumah dan melukis. Adakalanya juga, Aki gemar berbasikal mengelilingi kampung, sambil menikmati keindahan sawah padi. Aki dilihat sebagai seorang yang sangat berdikari dan berpengetahuan tinggi. Walaupun sudah berusia 70-an, Aki masih kuat dan bertenaga. Namun begitu Aki mudah terkejut dan pelupa apabila bercerita.  Aki juga sangat gemar bergurau senda dan sayang akan cucu-cucunya itu.

Sewaktu bersama Aris dan Ara, Aki suka bercerita. Baginya itu adalah salah satu cara untuk mendidik dan menasihati mereka dengan harapan suatu hari nanti mereka akan menjadi insan yang bertanggungjawab. Aki turut berharap agar dengan bercerita, dapatlah dia mendekati dan memahami cucu-cucunya itu. Aki gemar memakai baju-T Pagoda dan berseluar panjang serta bersongkok. Dengan berkaca mata dan mempunyai janggut halus, Aki dilihat sebagai seorang yang sangat gemarkan bersederhana.

Sang Kancil
Sang Kancil seekor binatang kerdil namun mempunyai pemikiran yang sangat cerdik dan luar biasa. Sering dijadikan bahan rujukan oleh binatang-binatang di dalam hutan. Oleh kerana kecerdikkannya itulah, Sang Kancil  sering terlepas dari genggaman musuh-musuhnya.


p/s : MALAM TADI AYIE TENGOK KISAH SANG KANCIL MEMPERDAYA GERGASI. INSYA ALLAH DI LAIN ENTRY AYIE AKAN KONGSI VIDEO KISAH ITU PULA. AYIE TENGOK TADI PUN RASA MACAM TAK PUAS JER. BEST SANGAT-SANGAT. PGGP

14 comments:

Cik Jingga said... Reply Comment

comel cartoonnya.huhuu

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cik Jingga

A'AH COMEL SANGAT2...CERITA DAN DIALOG NYA PUN LUCU...^__^

remyhazza said... Reply Comment

ayie... bagus ler penerbit les copague nie....
setelah terkenal ngan upin dan ipin... buat pulak lagenda melayu....
kita kena sokong usaha mereka....
sweet sesangat tgk kancil tu....

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

MEMANG MENARIK DAN LUCU...ANIMASI ni..REMY. BERKUALITI JUGA.

BETUL REMY...JIKA MAKIN BYK DPT SOKONGAN TENTU DI MASA AKAN DATANG KUALITI ANIMASI CIPTAAN NEGARA KITA AKAN BERTAMBAH MANTAP. ^__^

puteri kasih said... Reply Comment

wah puteri sukalah kartun camni..comel..nak tengok la :) nanti jangan lupa share video lagi yer

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

MEMANG WATAK2 COMEL2 PUTERI...DIALOG YG LAWAK DAN JALAN CERITA YG MENARIK. TENGOK laa.

INSYA ALLAH...ADA SIRI SANG KANCIL MEMPERDAYA GERGASI...BEST JUGAK SIRI tu. ^__^

puteri kasih said... Reply Comment

suka tengok ara tu...comey :P

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

PUTERI MEMANG SUKA YG COMEY2 KAN? ^__^

cik kiwi's said... Reply Comment

wahhhhhhhhhhhhh,..sukaaaaaaaaa..kiwi suka sangat

puteri kasih said... Reply Comment

yer ayie...puteri memang suka pada yang comey2 ..^_^

AYIE ABAS said... Reply Comment

@cik kiwi's

MEMANG MEENARIK SGT ANIMASI PZD ni..KIWI...AYIE PUN SUKA SGT. ^__^

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

SEBAB PUTERI PUN COMEY JUGAK KAN...KAN..KAN? hahaha... :D ^__^

fuad mddin said... Reply Comment

Salam Ayie,

Thank you for the Review!
Buat masa sekarang, musim pertama Pada Zaman Dahulu telah pun habis di tayangkan di TV Al Hijrah pada November lalu. Tapi pada yang terlepas, boleh tgk nanti Musim Pertama Pada Zaman Dahulu di ASTRO CERIA pada MEI 2012 nanti.

Dan, musim kedua Pada Zaman Dahulu juga dalam proses Pre-Produksi! :D

AYIE ABAS said... Reply Comment

@fuad mddin

W'SALAM...SAMA2...^__^

OOO..IYER KE...? PATUT laa MASA AYIE TGOK DI TV AL HIJRAH SETIAP SABTU 8.30 MLM DISIARKAN 2 EPISOD SEKALI GUS..SBB SIARAN ULANGAN laa...ermm

APAPUN CERITA ANIMASI PZD MEMANG MENARIK. ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top