Sedang Apa Dan Dimana
~ Sammy Simorangkir
(OST Drama Ariana Mikhail)
dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi
sedang apa dan dimana
dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu
seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini
ku ingin kembali
menjalani janji hati kita
ooohhhh...woooooo...
sedang apa dan dimana...wooo
sedang apa...Sedang apa dan dimana
dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu
seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini
ku ingin kembali
menjalani oohhh...menjalani...
menjalani janji hati kita
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sammy Berdepan Dgn Dua Kes Mahkamah
Hendra Samuel Simorangkir atau Sammy Simorangkir lahir di Bandung, Jawa Barat, Indonesia, pada 8 September 1982, berumur 29 tahun adalah penyanyi dan bekas vokalis kumpulan popular Kerispatih.
Hendra Samuel Simorangkir atau lebih sering disapa Sammy ini adalah vokalis Kerispatih. Namun sebelumnya beliau adalah finalis Indonesian Idol musim 1. Pada awal berdirinya Kerispatih pada 21 April 2003, saat itu Sammy belum bergabung dengan Badai, Arief, Andika dan Anton. Sehari setelahnya, di acara Farabi Sunday, Sammy pun rasmi bergabung dengan menjadi vokalis.
Bersama Kerispatih, mereka telah mengeluarkan beberapa album iaitu, 1 album kompilasi Gulalikustik (2004) dan 4 album tunggal Kerispatih, Kejujuran Hati (2005), Kenyataan Perasaan (2007), Tak Lekang Oleh Waktu (2008) dan Semua Tentang Cinta (2009).
Nama Sammy jadi tumpuan media Indonesia di penghujung 2009. Dia dituduh mencuri kereta Honda Civic milik seorang wanita bernama Giska. Sammy dipanggil ke balai polis 9 Desember 2009 untuk menjalani pemeriksaan.
Belum selesai kes Sammy dengan Giska yang jadi kes mahkamah, pada 2 Februari 2010, dia kembali berurusan dengan polis. Kali ini Sammy ditangkap dalam sebuah bilik di Setiabudi, Jakarta Pusat. Di bilik tersebut ditemukan paket dadah jenis sabu. Langsung saja, Sammy dibawa ke balai polis. Dari hasil ujian urine, Sammy positif menggunakan dadah dan berdepan Undang-Undang berkaitan dadah dengan ancaman hukuman maksima 12 tahun. [Sumber]
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ariana Mikhail | Cinta Pertama Cinta Selamanya
Barisan Pelakon :
Nora Danish - Ariana
Sein Ruffedge - Mikhail
Riezman Kuzaimi - Jamil
Zaefrul Nadzarine - Johan
Haneez Suraya - Mysara
Sharnaaz ahmad - Ray
Hamidah Wahab - Ibu Ariana
Norlida Ahmad - Mak Su Ariana
dan lain-lain pelakon tambahan
Babak Paris Yang Slow Membosankan
CERITA bermula di Paris, Perancis dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti. Hubungan mereka amat rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Perancis tapi sebaliknya telah bertemu dengan Ariana yang singgah bercuti ke Paris daripada Amerika sebelum pulang ke Malaysia.
Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya.
Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.
Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.
Mikhail mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta antara mereka.
Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan dalam keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.
malam pertama ketika Ariana sedang menuangkan air ke cawan tiba-tiba terjatuh dan pecah. Tangan Ariana luka dan Mikhail menghisap darah ditangan Ariana serta membantu dengan ubat dan plaster. Kemudian Ariana memberitahu Mikhail yang selepas bulan madu ini dia hendak balik ke Kuala Lumpur dan seeloknya mereka meminta restu ibubapa.
Mikhail setuju dengan pendapat Ariana lagi pun dah hampir 2 bulan mereka berada di Paris. Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri apabila bangun pagi Mikhail mendapati Ariana tiada disebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana sudah tiada, Mikhail menghubungi Jamil. Puas mereka mencari Ariana ditempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tak jumpa.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
IKUTI SIRI SETERUSNYA
E-CERPEN FENOMENA
SIRI KETIGA
Simptom-Simptom Terakhir
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Babak Malaysia Bermula Drama Sebenar
Hampir 10 tahun telah berlalu kini Mikhail meneruskan hidupnya dengan meletakkan kenangan dia bersama Ariana jauh dibelakang. Berjawatan CEO dalam sebuah syarikat pelaburan antarabangsa dan telah bertunang dengan seorang usahawan wanita iaitu Mysara. Meskipun Mikhail dan Mysara telah menjalinkan pertunangan selama 4 tahun namun mereka belum bersedia fikir soal kahwin.
Mysara begitu bercita-cita tinggi dimana dia mahu mendapatkan jawatan penting dalam Johan Holdings. Ibu Mikhail Umi Kalsom mendesak Mikhail segera melangsung perkahwinannya ataupun memutuskan saja pertunangan dengan Mysara sekiranya Mysara masih enggan bernikah. Lagipun Mysara bukan pilihan Umi Kalsom sebab itu agak susah untuk Mysara membiasakan dirinya dengan bakal mak mertuanya.
Di luar pengetahuan mikhail, Ariana mempunyai seorang anak perempuan dengan Mikhail. Ariana dibuang ibunya kerana menuduh Ariana telah menconteng arang apabila mempunyai anak luar nikah sangkaan ibunya. Di Malaysia, Ariana tinggal serumah dengan Johan yang berlakon sebagai suami dan bapa kepada anaknya. Johan ingin memperisterikan Ariana tetapi Ariana menolak kerana dalam per- janjian mereka dia hanya bekerja dalam syarikat Johan sahaja. Ini menimbulkan kemarahan Johan kerana selama ini Johan telah mem- bela Ariana dan anaknya tetapi Ariana masih menolak lamarannya.
Alasan Ariana dia mahu anaknya Mimi tamat pelajaran baru dia bersedia mengahwini Johan. Walaupun Ariana mempunyai syer terbesar dalan Johan Holdings namun tiada siapa yang tahu biarpun Mysara. Ariana lebih suka bekerja sendiri sebagai pereka hiasan dalaman dan fotografi. Dengan secara kebetulan syarikat Mikhail ada berurusan dengan Ariana namun mereka tidak pernah terserempak kerana setiapkali temujanji pastinya berselisih masa tanpa bertemu.
Apabila Jamil memberitahu Mikhail, apa yang dia nampak antara Mysara dan Johan membuatkan Mikhail naik berang dan menumbuk jamil kerana cuba memfitnahkan Mysara. Malah Mikhail menyangka ibunya Umi Kalsom yang menyuruh Jamil menaburkan cerita palsu demi memutuskan pertunangannya dengan Mysara. Jamil kecewa dengan sikap Mikhail yang buta dengan kesetiaannya pada Mysara yang merupakan perempuan yang hanya mahukan kuasa dan duit dalam hidupnya bukan seorang suami yang setia.
Jamil mengingatkan Mikhail bahawa Mysara bukan Ariana, wanita yang mereka kenali selama 2 bulan tetapi mempunyai peribadi yang luarbiasa dan pendirian tersendiri. Bagi Jamil, pilihan Ariana meninggalkan Mikhail adalah tepat sekiranya dia masih bersama Mikhail tentu Ariana akan merana dengan sikap Mikhail.
Sementera itu ketika bertugas Ariana telah berkenalan dengan seorang jejaka bernama Ray yang mana Ariana amat senang ketika bersama dengan Ray yang romantis dan memahaminya. [Sumber]
KUIZ - Ariana Mikhail Di TV9
Kuiz Reka Dialog Kreatif&Romantis
Hadiah Utama :
1 - 2 tiket penerbangan ke Paris.
2 - Makan malam 2 orang bersama Nora Danish dan Sein
Cara-Cara Penyertaan :
1 - Berumur 18 tahun keatas saja yang layak.
2 - Cipta dialog kreatif dan romantis untuk gambar di atas.
3 - 5 dialog terbaik akan dinilai sebelum 1 pemenang akan dipilih.
4 - Dialog dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.
5 - Boleh hantar seberapa banyak penyertaan. Sila klik [LINK]
6- Tarikh TUTUP 29 Februari 2012.
p/s : Ayie dah hantar penyertaan dengan dialog yang kaw-kaw :D
















34 comments:
nak join jugak lah..heeeeeee best2
@biQa Hatmin
JOINT laa SITI...HADIAHNYA KAN MAIN LAGI..PERGI PARIS tuu...^__^
TAPI SITI KENA BERSAING DGN ABG AYIE laa...haha3 :D
yes..Ariana Mikhail memang sgt romantis..sesangat..nora danish sgt corporate & sangat comel..i loike her style.. :) dier dh berjumpe..seronok kowt..hehe.. :)
p/s : haa ayie..masuk peraduan..nanti boley g paris..hehe.. :D
eh abg ayie..haha :) comelkan emy berlakom.haha :p abg ayie join? ala emy nk jugak tp xkreatip ler..hehe nnt adiah share2 jom! :)
nampak menarik sangat......
cool kan.... drama kat malaysia nie skrg dh budget besar..... shoot kat oversea jer....
good luck abang ayie...semoga berjaya menjadi pemenang.
p/s dah menang nanti, hadiah tu jangan lupa pass kat puteri ^_^ hehehe
ermm...azie tahu drama nie ada, tapi x berkesempatan nak menontonnya..
baca entry ayie nie mcm teruja pulak..
ooh!!! rajin nya hantar penyertaan..untunglahh!!!
cik x penah tngok pon citer ni tp kakak cik mmg fanatik..lagu die je cik suke..syg kan sammy jd cmtu..tp ok gak die da gerak solo skrg..yela,org da pndai buat lagu..nk survive sndiri pon xde hal..hehe
abg ayie mesti suke tngok citer ni eh?hehe
nak join jugak...tp x reti nak romantis2 nieh...haish
@♥AieN ChoiN♥
LAKONAN NORA DANISH DALAM DRAMA ni BETUL2 BERKESAN. NAMPAK GAYA USAHAWAN WANITA YG TEGAS TAPI ADA MASANYA BERJIWA MUDAH TERUSIK JUGA.^__^
DAH JUMPA SEMULA MEREKA BERDUA MAKNANYA CERITA DAH SAMPAI KEMUNCAKNYA laa tuu...
SAJA jer MASUK AIEN SBB SENANG SANGAT CARA2 NAK MASUKNYA.^__^
@emy zulaiha
ABG AYIE X PERCAYA laa EMY TAK RETI MENAIP AYAT KREATIF...BACA ENTRY AYAT PUNYA laa KREATIF DAN MELUCUKAN.haha3
OKEY NANTI KITA PERGI PARIT SAMA2 EH?..hehe3
@remyhazza
A'AH KAN REMY.
BERLAKON KAT EROPAH PULAK tu...MATAWANG EURO BOLEH TAHAN MAHALNYA KAN.
DLM DRAMA ni AYIE TAK TGOK SGT BABAK DI PARIS tu....haha3 :P
@puteri kasih
PUTERI TAK NAK MASUK ker KUIZ nih MASIH ADA MASA LAGI. SENANG jer NAK MASUK. CUBA KLIK LINK tu.
OKEY BEBEH...hahaha3 :p
hee abg ayie suke tau! malu lah*gedik*
haha parit tak mau lah! kalau menang ajak emy g paris?? yay!! nak2!! emy dah mintax izin parents dorg bagi yesss! haha
ehem2 emy join jugak tau! :) heee
@azie namico
AZIE MASIH BOLEH TGOK DI TONTON....CUBA KLIK LAWAN WEB TV9 DLM ENTRY nih.^___^
CITERNYA MULA2 PD AYIE BORING...MULA MENARIK BILA PERTENGAHAN DRAMA.
AZIE MASUK laa JUGA...AZIE KAN PANDAI BUAT AYAT2 KREATIF.
@O CIKTEDDY
ABG AYIE MASA DIA DGN GROUP DIA DULU X DENGAR SGT LAGU2 MEREKA. LAGU SOLO ni PUN SEBAB JADI OST DRAMA ARIANA MIKHAIL tu YANG DENGAR. DAH SELALU DENGAR JADI BEST PULAK.haha.^__^
MULA2 AYIE TAK BERAPA TGOK SGT DRAMA ni CIK TEDDY...SKRG MULA TGOK SBB CITER MAKIN MENARIK DAN DRAMATIK.
@Cik Sweet Pea
JOINT laa SWEETPEA.
ala BAYANGKAN JER..NORA DANISH tu SWEETPEA DAN SEIN tu ABG AYIE...CONFIRM KELUAR AYAT2 ROMANTIS NANTI...haha3 :p
@emy zulaiha
EMY JOINT BERMAKNA ABG AYIE DAH ADA SAINGAN KETAT laa...KALAH laa AYIE DGN EMY...MANA BOLEH LAWAN DGN AYAT KREATIF EMY...hehe :P
nora danish blkon citer ape pun mesti besh.. huhu
jom renung kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/02/jahil-dunia-jahil-agama.html
haha perli dalam-dalam abg ayie nie.mane ade. emy mane reti wat ayat power mcm abg ayie. haha :D
wahh..sayangnya jaja jarang tgk tibi skg....hoho
puteri tak nak buat la abang ayie...bagi peluang abang ayie je menang. Sebab hadiah tu memang abang ayie nak bg puteri kan :P
salah satu drama yang suka ditonton selain vanila cokelat.. :)
anyway, best of luck utk kuiz tu :)
@L
L nih MEMANG MINAT DGN NORA DANISH laa ni kan..kan...? haha3
@emy zulaiha
elehhh..MERENDAH DIRI laa tu...ni YANG BUAT AYIE MAKIN TERSAING nih...DAPAT PESAING YANG MERENDAH DIRI...haha3
@Cikgu Jaja™
TENGOK SECARA ONLINE PUN BOLEH JAJA.
CUBA KLIK LINK tu.^__^
@puteri kasih
YANG MASUK tu BERIBU PUTERI.
MAKSUD ABG...KALAU ABG AYIE KALAH TAK TERPILIH..MANA TAU AYAT YG PUTERI HANTAR PULAK YG TERPILIH DAN MENANG.
JADI PELUANG TUK MENANG MAKIN TERBUKA kan..kan...? hehe
@Diana Azis
VANILLA COKELAT tu PUN POPULAR JUGAK SKRG ni KAN DIANA?
AYIE PUN LAYAN JUGAK DRAMA tu...SEJAK CITER SEMAKIN MENARIK SKRG.^__^
Perasan juga dah banyak cerita Melayu shoot kat luar, kenapa agaknya.
Semoga Ayie menang dapat pergi Paris ^_^
tak penah tengok citer ni...no channel here..hihi
tapi puteri tak mengikuti drama bersiri ni la abang..camana nak masuk?
@EmpayarUtama
MUNGKIN SEBAB PRODUSER DRAMA SKRG MAHU CARI KELAINAN SUASANA PEMANDANGAN DLM DRAMA SELAIN ADA BAJET LEBIH AGAKNYA...EU.^__^
SAINGAN RAMAI BERIBU2...MUDAH2AN laa..:D
@Cikgu Ma
alaaa...CIKGU MA TENGOK ONLINE PUN BOLEH..CUBA KLIK LINK DLM ENTRY tu.^__^
@puteri kasih
BOLEH..PUTERI
TAK ADA SYARAT PENYERTAANNYA KENA TONTON. CUBA laa IMAGINE APA DIALOG YG SESUAI ANTARA ARIANA DAN MIKHAIL DLM PIC KUIZ tu.^__^
PUTERI KAN TERER MENGARANG.^__^
Post a Comment