Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

30 March 2012

Drama Seram Mengujakan


Amukan Puchong eh! Pocong daaa...

DARI mula lagi dah rasa teruja tengok drama slot SERAM terbaru 'Amukan pocong'. Siri pertama masih melekat kat otak sebab lakonan bersahaja Azhan Rani, Ezany dan Iqram Dinzly sebagai kaki judi yang terdesak guna khidmat bomoh untuk mendapatkan tangkal. Lakonan bomoh siam oleh Namron dengan loghat utara bercampur Siam memang betul-betul menjadi.

Malam tadi 29/3/12 dah masuk siri ke-3. Lebih banyak kematian melibatkan anak dara di kampung tersebut. Ibubapa mangsa mula berasa curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku di kampung mereka.

Kebanyakkan pelakon wanita jelita dalam drama ini hanya memegang peranan sekejap jer, sebelum mereka menjadi mangsa kepada amukan balas dendam si Puchong eh! Pocong...eeeiiiii!!!...

Para Pelakon : Azhan Rani (Long Husin), Elly Mazlein (Long Jamilah), Ezany Nizariff (Jidin), Iqram Dinzly (Lan Becok), Hady Taher (Awang), Roslan Salleh (Sulaiman), Liza Abdullah (Kak Ros) dan Namron (Pak Nang).

Lain-lain Pelakon : Nabila Huda (Zai), Neelofa (Emma), Farlyna Idris, Sharifah Sakinah, Siti Elizad, Liyana Jasmay (Mira), Anzalna, Hady Taher, Roslan Salleh, Latif Borgiba (Pak Sayut), Erin Malek, Puteri Fateen Nasuha, Izara Aishah (Amy).

Sinopsis cerita :
Mengisahkan 3 sahabat (Long Husin, Jidin dan Lan Becok) yang gila berjudi hingga sanggup melakukan apa sahaja.Mereka tidak sengaja telah memuja sebuah kubur lama yang tertanam didalamnya mayat seorang pengamal ilmu hitam (Awang).

Akibat sifat dengki dan iri hati, Jidin dan Lan membunuh Long Husin semata-mata mahu mendapatkan wang kemenangan judi dan tangkal milik Long Husin. Namun Awang membangkitkan Long Husin atas janji yang telah dilafazkan oleh Long Husin.

Bermulalah satu pengembaraan ngeri apabila mayat Long Husin yang telah dibangkitkan semula ini mengganas mencari mangsa. Mangsa Long Husin adalah anak gadis kebanyakkannya, dia perlu membunuh seramai 13 orang sebelum dibebaskan dari Awang.

14 comments:

remyhazza said... Reply Comment

tengok sinopsis cam nyeri jer...... dah ler remy dok sorang2.....he3

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

TENGOK CERITA SAMBIL TUTUP MUKA DENGAN TANGAN...hehe

cik timbahijau said... Reply Comment

tengok cerita tutup mata dengan kusyen, tak cukup berani lagi :o macam main cak cak dengan tv =P

azie namico said... Reply Comment

amukan pocong eh !!! confirm x tengok....horror tu !!

Cik Sweet Pea said... Reply Comment

em...cite antu lagik....ngeri ja rasa..

Aida Omar said... Reply Comment

semalam tgk tiba2 terkeluar pocong..terus tutup mata. Last2 nak tergelak je tgk. Tapi boleh tahan gak la citer nie.. tula jelita2 semua mati.

LoveBug said... Reply Comment

suka tgk..sbb pocong dia banyak :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@cik timbahijau

ermmm...DAHSYAT DAH tu TAKUTNYA..CIK TIMBAHIJAU.ahaha..^__^

TAKUT TAPI TETAP NAK TONTON.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@azie namico

alaaa..SEKADAR LAKONAN SEMATA2 jer..AZIE...hehe ^__~

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cik Sweet Pea

HANYA CERITA REKAAN SEMATA2 SWEETPEA..TIADA KENA MENGENA DGN REALITI.^__^

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Aida Omar

A'AH..AIDA...ADA BABAK2 YG BUAT PENONTON RASA NAK TERGELAK.

ADA LAGI WANITA JELITA YANG AKAN JADI MANGSA...AIDA...eeeiiii...hahaha3 :D

AYIE ABAS said... Reply Comment

@LoveBug

PUCHONG eh! POCONG NYA ADA 2 jer...CHA. SATU BERBUNGKUS PLASTIK. :D

puteri kasih said... Reply Comment

semalam baru sempat tengok episod penuh..hikhik.

perasan tak pocong dari puchong ni untuk 18 thn ke atas ...hikhik

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

SEMALAM EPISOD 3 PUTERI.^__^

MEMANG laa DRAMA SERAM ni UTK 18 TAHUN KE ATAS..PUTERI.

SEBAB tu WAKTU SIARANNYA 10 MLM KEATAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top