Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

06 March 2012

Fetus Sujud Dengar Ayat Suci Al Quran



Subhanallah Maha Suci Allah, jelas kelihatan bayi dalam rahim sujud apabila ayat suci al Quran dibacakan sbg satu fitrah baginya umtuk menyembah Allah

SUBHANALLAH, Bayi dalam rahim ibu sujud apabila diperdengar Al Quran, Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim.

Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu (ada di atas) jelas sekali mempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememang- nya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia bayi itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’ atau mendidiknya.

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi. Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembah- Nya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

Maksud Firman Allah Taala Dalam Surah Al-A'Raf ayat 172

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari sulbi mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini"

Di kesempatan ini mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali dengan-Nya juga di dalam keadaan fitrah seperti mana ketika kita masih berada dalam rahim ibu dahulu, Insyaallah.

Sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT. Wallahu’alam.

p/s : Adakah perkataan fetus diambil dari perkataan fitrah? PGGP

8 comments:

Cik Azizah said... Reply Comment

Subhanallah kuasa Allah.. tak sabarnya jijah nak merasainya..huhu tapi takde rezeki lagi..

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cik Azizah

INSYA ALLAH JIJAH..NANTI DAPAT laa REZEKI/ANAK...KAN MASIH PENGANTIN BARU LAGI. ^__^

remyhazza said... Reply Comment

kuasa Allah yg tiada tandingan....
moga kita semua mendapat petunjuknya.....

azie namico said... Reply Comment

subhanallah!!!bayi dalam rahim pun boleh bersujud...sedangkan kita yang dah keluar dari perut ibu pun susah sangat nak bersujud dengan NYA...bayangkan lah !!!

p/s:-pesanan untuk diri sendiri supaya jgn leka..weee!!!

emy zulaiha said... Reply Comment

subhanaallah.. terima kasih untuk peringatan.. semoga kita semua tak pernah lupa dan malas untuk bersujud kepadaNya :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

BENAR REMY.^__^

AMIIN..ITU laa YG KITA SEMUA HARAPKAN.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@azie namico

AZIE..SEMASA DLM RAHIM IBU KITA BERSIFAT FITRAH..SUCI X ADA DOSA APA2 LAGI...DAN TAK TERKESAN DGN DUNIA.

BILA DAH KELUAR MELIHAT DUNIA DAN TERKESAN DGN ASBAB DAN BENDA2..MENJADIKAN KITA MULA LALAI NAK SUJUD PD ALLAH..ermm..

JUGA PERINGATAN UNTUK AYIE.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@emy zulaiha

ALANGKAH BETAPA BESARNYA NIKMAT DAPAT BERSUJUD KPD ALLAH TAALA KAN EMY?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top