![]() |
| Mawi dan Ekin di hadapan rumahnya |
Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.
Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.
“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.
“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.
Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur.
Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.
Bagaimanapun mStar Online difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Pada 28 Februari lalu pasangan artis tersebut menerima cahaya mata pertama mereka iaitu Cahaya Malaika. [Sumber]
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Entry lain yang berkaitan
Mawi Sekeluarga Dirompak Dan Diikat
PETALING JAYA Isnin 26/3/2012 : Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi berhadapan situasi cemas apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit. [Sumber]











12 comments:
ya allah , banyak betul kes rompakan sekarang nie.
p/s:-minggu lepas baru balik kg..umah nenek azie kene rompak gak...aper yg di cari x tahu lah...
x kan dia nak usha nenek azie kot...dasat !!!
rumah mewah selalu jadi target.. Alhamdulillah Mawi sekeluarga tak diapa2kan..
@azie namico
DARI DULU LAGI DAH BANYAK BERLAKU..AZIE.
laa NENEK AZIE KAT KG PUN JADI MANGSA ROMPAKKAN KER?...
ERMMM...PENJENAYAH DIA KIRA APA...? ASALKAN DIA DAPAT MENCURI SESUATU.
@Aida Omar
BETUL tu...AIDA.
penjenayah TU INGAT RUMAH BESAR BYK DUIT laa...DIAORG TAK TAU RUMAH BESAR KOS PENYELENGGARAANNYA PUN BESAR.
syukurlah Mawi sekeluarga selamat.
lagipun baby Mawi dan Ekin masih kecil...sian anak kecil itu
cntiklah rumah dorang, perompak sekarang sume hati kering! bencik! mujur mawi dan keluarga tak diapa-apakan kan :)
risau mama kes rompakan makin menjadi jadi! mohon di jauhkan dari pekara buruk...macamni..
@puteri kasih
tu laa..PUTERI...BAHAYA JUGAK NYAWA BERADA DLM GENGGAMAN PENJENAYAH nih...ermmm.
A'AH..SYUKUR laa MAWI SEKELUARGA SELAMAT TAK DI APA2 KAN.
@emy zulaiha
NAMA PUN PEROMPAK...EMY...ORANG YG BUAT KERJA2 JAHAT MEMANG laa HATI KERING...X FIKIR KESUSAHAN ORG LAIN.
@izan mama mia
KEJADIAN KES2 ROMPAKAN DARI DULU LAGI MEMANG BANYAK BERLAKU...IZAN.
itu la lau kaya pn susah ,tapi lau susah lagi la susah
@pelangi
BETUL tu...PELANGI.
JENAYAH BOLEH BERLAKU KEPADA SESIAPA SAJA...TAK MENGIRA LATAR BELAKANG STATUS KEDUDUKAN.
Post a Comment