''Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.''
(Maksud QS Ibrahim ayat 7).
''Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.''
(Maksud QS Ibrahim ayat 34).
Rasulullah SAW bersabda,
''Perkara orang Mukmin itu mengagumkan. Sesungguhnya, semua perihalnya baik dan itu tidak dimiliki seorang pun selain orang Mukmin. Bila tertimpa kesenangan, ia bersyukur dan syukur itu baik baginya. Bila tertimpa musibah, ia bersabar dan sabar itu baik baginya.''
(Hadis Riwayat Muslim).
OLEH KERANA YOU TUBE INI AUTOMATIK DAN BERULANG - ULANG KALAU MY FRIENDS RASA TERGANGGU BOLEH DI 'PAUSE' KAN JERR
ADA kalanya kita berasa diri lebih kurang berbanding orang lain bukan? Terutama semasa kita berada di dalam situasi putus asa atau stress dengan sesuatu usaha yang kita lakukan. Timbul di benak kita kenapa aku tak jadi seperti si fulan ini atau si fulan itu, yang lebih sukses dari kita.
Tetapi sedarkah kita, di luar sana terdapat berjuta-juta lagi orang yang hidup mereka lebih kurang dari kita. Apa yang ada pada kita kini yang dirasa masih kurang itu merupakan suatu nikmat besar pada mereka jika memperolehinya.
Syukurilah nikmat yang ada pada kita sekarang ini, walau sekecil mana pun. Kerana nikmat tetap dinamakan nikmat, tiada kecil atau besarnya.
Jika kita tahu bersyukur maka Allah akan tambah lagi nikmat-Nya kepada kita pada masa akan datang. Ingat lawan syukur adalah kufur. PGGP
Syukurilah nikmat yang ada pada kita sekarang ini, walau sekecil mana pun. Kerana nikmat tetap dinamakan nikmat, tiada kecil atau besarnya.
Jika kita tahu bersyukur maka Allah akan tambah lagi nikmat-Nya kepada kita pada masa akan datang. Ingat lawan syukur adalah kufur. PGGP









10 comments:
betul kata ayie;
kita sebagai manusia kekadang tk prnh puas.nafsu sentiasa tk puas hati.kena byk bertafakur dan muhasabah diri.
azie already crying !!!Alhamdulillah sama2 kita mensyukuri nikmat Allah...lets us "syukran" to Allah S.W.T for what ever we had received until today..sharing is caring!!!!
bersyukur atas nikmat yang diberikan sebelum ianya di ambil semula
thanks abg ayie kerana mengingatkan..
selalu jaja berperang dgn rasa di Qalbi..Allah betapa jauhnya hati ini dengan rahmat Tuhan..jarang berpuas hati..selalu mengejar2 dunia yg akhirnya sama2 terlungkup juga saat israfil meniup sang sangka kala..
Allah..lindungi kami dalam rahmah dan redhaMU ya Allah...letakkan rasa rendah diri dan syukur di dalam hati2 kami ya Allah..
subhanallah....oh insaf =,=
@remyhazza
YER..REMY. SBG MANUSIA KITA PERLU JUGA BERMUHASABAH DIRI BARU laa KITA AKAN TAHU SEJAUH MANA NIKMAT YG TELAH DIKECAPI DAN KITA SYUKURINYA.
@azie namico
BETUL AZIE...SHARING IS CARING. TERIMA KASIH JUGA PD AZIE.^-_^
JIKA KITA BERSYUKUR INSYA ALLAH NIKMAT YG DIPEROLEHI AKAN TERASA BERKATNYA.
@puteri kasih
IYER PUTERI...JAGA NIKMAT YG ADA SEBAIK2NYA. KALAU BERUPA REZEKI JGN DIBAZIRKAN BEGITU SAJA.^__^
@Cikgu Jaja™
JAJA...BUKAN JAJA SORANG JAJA YG PUNYA KELEMAHAN SPT ITU...TAPI KEBANYAKKAN MANUSIA LAIN JUGA PUNYA KELEMAHAN YG SAMA. SELALU TAK CUKUP DAN PUAS HATI DGN APA YG DIMILIKI.
AMIIN...ITU laa DOA YANG AYIE DAN ORG LAIN POHONKAN JUA.^__^
@O CIKTEDDY
INSAF DGN KENIKMATAN YG KITA NIKMATI KAN..CIKTEDDY? ^__^
BANYAKNYA KENIKMATAN ITU..ermm
Post a Comment