Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

08 March 2012

OMBAK DI JIWA #5

" Patutlah pakai purdah, konon nak sembunyi pekung di dada, bangkai gajah mana boleh ditutupi..."

SIRI KOLEKSI E-CERPEN | OMBAK DIJIWA

1 - OMBAK DIJIWA #1 : Good Bye Harvard
2 - OMBAK DIJIWA #2 : Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu
3 - OMBAK DIJIWA #3 : Simptom-Simptom Terakhir
4 - OMBAK DIJIWA #4 : Gadis Kota Yang Lincah Dan Bebas

BLOG PGGP MEMPERSEMBAHKAN
E-CERPEN | OMBAK DI JIWA

SIRI KELIMA


Izinkan Aku Kembali Kepada-Nya Dengan Hati Yang Selamat Sejahtera Bukan Dengan Segunung Dosa

DEDIKASI

OMBAK DI JIWA

Aku Tidak Bersalah

11 JUN

AKU terpaksa berhadapan dengan abah, ibu, adik-adik dan masyarakat. Seribu satu macam soalan, cemuhan dan kritikan yang menghantui diriku serta keluarga.

Kasihan abah dan ibu, gelaran Datuk Seri dan Datin Seri yang baru diperolehi telah menyebabkan mereka menerima kecaman yang maha hebat dari masyarakat.

Mulut tempayan mampu ditutup, mulut manusia...? Akhbar mula bercerita tentang diriku.

"Anak seorang kenamaan kota M, mangsa AIDS" Aduh! terlalu pedih dugaan-Mu Ya! Allah...

Ibu dan abah kelihatan sugul, ku tahu hati kalian terluka. Imej kalian telah tercemar oleh keadaanku.

Masyarakat sekeliling semakin galak mencemuh.

"Patutlah pakai purdah, konon nak sembunyi pekung di dada, bangkai gajah mana boleh ditutupi..."

Oh! Tuhan, sekali lagi kupohonkan ketabahan dan kekuatan iman bagiku.

Aku tidak berupaya melaungkan pada masyarakat bahawa, aku tidak bersalah...aku mangsa keadaan.

12 JUN

Aku rasa penyakitku makin parah. Batuk pulak yang menyerang aku.

Untuk pengetahuan kalian, tahun pertama di Harvard mendetikkan segalanya.

Aku telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Perlukan darah dari tabung hospital. Sengaja aku rahsiakan dari pengetahuan kalian.

Malang rupanya sentiasa mengekori aku, tahun ke-4 aku disahkan mengidap AIDS, akibat jangkitan virus HIV dalam darah yang kuterima.

Perasaanku pada ketika itu Tuhan saja yang tahu.

Aku seperti orang hilang pegangan, menyalahkan takdir, menyalahkan ketentuan Allah yang Maha Adil...Astaghfirullah al azim. Jahilnya aku masa tu.

mujur ada seorang insan yang sudi bersama dan memulihkan semula semangatku sekaligus menginsafkan diriku. Belajar menerima qada' dan qadar dan selalu ingat akan kebesaran Allah SWT.

TAMAT CATATAN KELIMA
IKUTI SIRI SETERUSNYA INSYA ALLAH

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ


MUTIARA KALAM

"Aku Mencintai Engkau Dengan Dua Cinta
Cinta Keinginan Dan Cinta Kerana
Engkau Berhak Yang Demikian,

Adapun Yang Itu Cinta Keinginan
Maka Kesibukanku Menyebutkan Engkau,
Adapun Cinta Yang Engkau Berhak Baginya
Iaitu Engkau Bukakan Dinding Bagiku
Sehingga Aku Melihat Engkau,

Maka Tidak Adalah
Pujian Bagiku Ini Dan Itu
Akan Tetapi Bagi Engkau
Pujian Pada Ini Dan Itu"

~ Rabiah Al Adawiyah ~

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ

p/s : Pernah Puteri Kasih syorkan pada Ayie supaya hantar E-Cerpen Ombak Dijiwa ini ke laman popular untuk membaca karya novel dan cerpen secara online iaitu Penulisan2u. Supaya nanti lebih ramai lagi orang akan membaca E-Cerpen Ombak dijiwa ini. Tapi Ayie tak mahu sebab Ayie buat E-cerpen Ombak Dijiwa ini eksklusif hanya di blog PGGP. Istimewa untuk kawan-kawan blogger yang Ayie sayang dan selalu berkunjung dan respon entry-entry blog PGGP. Harap enjoy.

18 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

adakalanya sesuatu yang kita miliki perlu dikongsi, mungkin secara tidak langsung, ia dapat memberi kesedaran atau keinsafan pada yang memerlukan.

p/s akan terus sabar menunggu sambungannya

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

jaja percaya..musibah itu ujian..

ujian yg berat sesuai dgn empunya bdn yg kuat jiwanya

kerana apa..

kerana Allah takkan meletakkan beban ke atas seseorang itu melainkan dia mampu menanggungnya..

:)

O CIKTEDDY said... Reply Comment

ouh dugaan hidup,beratnye pnyakit tu..

3no gr33ny said... Reply Comment

nanti boleh la hamba menapak ke halaman yang dinyatakan =)

remyhazza said... Reply Comment

sudah tiba nya nurul mengungkaikan segala lara nya... berterus terang dgn family.....
tapi mampukah......?

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

A'AH PUTERI...ITU laa YANG DINAMAKAN PERKONGSIAN YG BERMANFAAT SBB ORANG LAIN BOLEH AMBIL SESUATU KEBAIKKAN DARINYA KAN? ^__^

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cikgu Jaja™

BETUL JAJA...ALLAH MAHA MENGETAHUI.

ALLAH TIDAK BERLAKU ZALIM PD MAKHLUK CUMA MANUSIA YG FAHAM jer YANG FAHAM HAKIKAT INI.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@O CIKTEDDY

PENYAKIT YG MEMANG DIGERUNI MASYARAKAT...KAN CIKTEDDY.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@3no gr33ny

INSYA ALLAH...3no gr33ny..SILA2.^__^

ADA laa SESUATU YG DIPEROLEHI NANTI.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

INSYA ALLAH..REMY. SEMOGA NURUL AKAN MENDAPAT KEKUATAN SEPERTI ITU.

AKHIRNYA KELUARGANYA AKAN TAHU JUGA PERKARA YANG SEBENAR.

♥AieN ChoiN♥ said... Reply Comment

Herm..mangse keadaan..yup, kiter hanyer mampu bersuare dan pikir ape yang terkeluar di kepale..tp xfikir, ape keadaan sebenar yang berlaku..best..memang dinantikan seterusnyer..(",)..

azie namico said... Reply Comment

Malang sentiasa mengekori kita,ini lah dugaan yang berat harus di terima dan redha plus pasrah dengan ketentuan Allah kepada hambanya.

p/s:-jika sesuatu menimpa kita terima lah qada' dan qadar w/p ia nya berat untuk ditanggung.

klu azie lah,x tahu lah nak cakap mcm mana...confirm meraung!!!weeeee....

AYIE ABAS said... Reply Comment

@♥AieN ChoiN♥

ITU laa SIFAT MANUSIA KAN..AIEN.^__^

MENUNJUKKAN KITA MAKHLUK YG LEMAH...MUDAH MENYATAKAN SESUATU HANYA PADA APA YG DILIHAT TANPA MENGETAHUI PERKARA SEBENAR SESUATU PERKARA ITU.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@azie namico

BETUL AZIE...SEBAGAI MANUSIA KITA KENA BERSEDIA DAN TABAH BILA BERDEPAN DGN SESUATU DUGAAN HIDUP KAN. ^__^

hehehe3..AYIE GELIHATI BILA BACA KATA2 AZIE YG LAST tu..AZIE MERAUNG MACAM ni eh?...ARGHHHHHHHHHHHHHH!!! hehe3 :P

Serikandi Wyna said... Reply Comment

Assalamualaikum..

itu namanya takdir.
tak ramai sanggup terima takdir 'buruk' ini,tapi orang setabah Nurul mampu ^^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Serikandi Wyna

W'SALAM...

MEMANG ADA ORG YG SETABAH ITU...WALAU BERAT DUGAAN YG DITANGGUNG MEREKA TETAP TABAH DAN SABAR :)

KY said... Reply Comment

satu lagi rahsia terbongkar, itu bukan salahnya, itu adalah suratan takdir untuknya

popolar juga si nurul rupanya..anak datok sri eehhemmmm...

Ayie Abas said... Reply Comment

@KY

SETIAP ORANG ADA SURATAN NASIB NYA MASING2 KAN..KY ^__^

tu laa ASALNYA GADIS KOTA YG LINCAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top