Daku Amat Menyintai Mu


25 March 2012

OMBAK DI JIWA #7

"Dari Allah kita datang, Kepada Allah kita akan dikembalikan."

SIRI KOLEKSI E-CERPEN | OMBAK DIJIWA

1 - OMBAK DIJIWA #1 : Good Bye Harvard
2 - OMBAK DIJIWA #2 : Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu
3 - OMBAK DIJIWA #3 : Simptom-Simptom Terakhir
4 - OMBAK DIJIWA #4 : Gadis Kota Yang Lincah Dan Bebas
5 - OMBAK DIJIWA #5 : Aku Tidak Bersalah
6 - OMBAK DIJIWA #6 : Shahiburrahman

BLOG PGGP MEMPERSEMBAHKAN
E-CERPEN | OMBAK DI JIWA

SIRI KETUJUH


Izinkan Aku Kembali Kepada-Nya Dengan Hati Yang Selamat Sejahtera Bukan Dengan Segunung Dosa

DEDIKASI

OMBAK DI JIWA

La Ilahaillallah Muhammadurrasulullah

16 JUN

SUDAH 3 hari aku tidak menulis.
Terasa ajalku semakin hampir.

Inilah kali terakhir aku dapat menulis. Tuhan berikan kekuatan padaku...

Kita adalah hamba
Berbakti pada yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaan-Nya...

Begitulah aku...malam ini terlalu sunyi. Oh! mengapa tiba-tiba hatiku dibebani rasa rindu...pilu.

Ah! menangis pula aku. Seingatku kali terakhir aku menangis bila menerima berita kematian Shahiburrahman.

MATI...mati!!!
adakah aku semakin menghampiri...mati???

Sesungguhnya...,

"Dari Allah kita datang,
Kepada Allah kita akan dikembalikan."

+++++++++++++++++++++++

Oh! ibu, ampunkan dosaku. Ibu halalkan air susumu yang telah membesarkan aku.

Abah...Oh! abah, ampunkan dosaku. Terima kasih kerana memberi peluang terbaik dalam hidupku.

Adik-adik maafkan kakak. Terima kasih atas kasih sayang kalian...ampunkan segala salah silap akak.

Izinkan aku kembali kepada-Nya dengan hati yang selamat sejahtera, bukan dengan segunung dosa.

+++++++++++++++++++++++

Oh! Bob...baktimu amat menyentuh perasaan akak.

Terima kasih atas pertolonganmu untuk kakak laksanakan tuntutan Allah semasa kakak terlantar kesakitan.

Masih terasa kedinginan air wuduk yang engkau angkatkan untuk akak.

Terima kasih kerana menjaga makan minum kakak.

Baktimu dik,...hanya Allah yang membalasnya. Semoga engkau berbahagia di dunia dan akhirat.

Bob dan Lisa, jadilah anak yang berjasa kepada ibu dan abah juga anak yang soleh dan solehah.

+++++++++++++++++++++++

Mak Jah, terima kasih atas perhatianmu yang membuahkan kasihku padamu. Terima kasih atas segalanya.

Sabda rasulullah SAW bermaksud,

"Barangsiapa yang mengasihi sesama manusia,
dia akan dikasihi Tuhannya."

Shahiburrahman...aku bakal menyusulmu.

+++++++++++++++++++++++

Wahai Tuhanku,
Terimalah kedatangan hamba-Mu yang daif ini kepangkuan-Mu
dengan keredhaan dan keampunan-Mu

Wahai Tuhanku,
Sepemergianku, kuingin lihat tanahairku
kekal aman makmur dibawah keberkatan dan keredhaan-Mu Ya Allah

ku ingin lihat kedamaian dan bunga-bunga indah
mengharum terpancar dari hati-hati insan
yang sentiasa tunduk patuh
dengan rasa 'penghambaan' yang tinggi
di hadapan-Mu Ya Allah.

Wahai Tuhanku,
Ku ingin kembali keribaan-Mu
dengan diiringi senyuman
dan akhir kalamku
dengan satu ungkapan lembut
yang terucap di bibirku...
"La Ilahaillallah Muhammadurrasulullah."


TAMAT CATATAN KETUJUH
IKUTI SIRI SETERUSNYA INSYA ALLAH

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ


MUTIARA KALAMULLAH

Al Fatihah

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai di Hari Pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ

18 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

dariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.

Sesungguhnya walaupun sihat atau sakit, kaya atau miskin, bahagia atau derita...bila dah tiba ajal kita, maka kepadaNYA jua kita akan kembali

Namun bersediakah kita?

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

BETUL tu PUTERI.

AJAL MAUT ADALAH SUATU KEPASTIAN. TIADA SESIAPA YG AKAN TERLEPAS DARINYA. CUMA BILA TARIKHNYA.

MAHU TAK MAHU..SEMUA ORG KENA BERSEDIA..KAN PUTERI?

puteri kasih said... Reply Comment

yer pastinya kita semua perlu bersedia.

Namun sedia atau tak..kalau dah sampai masanya akan pergi jua kan

izan mama mia said... Reply Comment

...singgah sini....

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

BETUL PUTERI...TAK ADA SIAPA YG DAPAT MELAWAN AJAL.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@izan mama mia

TERIMA KASIH..IZAN. ^__^

azie namico said... Reply Comment

hi ayie !!!

MATI itu pasti , tiada seorang pun yg terkecuali...

p/s:-syukur alhamdulillah kerana masih lagi bernyawa hingga ke hari ini.

Aida Omar said... Reply Comment

takut bila mengenangkan kematian yang bakal datang nie.. mati itu semua pasti merasa. Tak sabar nak tunggu yang ke 8 pulak.

Resepi Ibu said... Reply Comment

ayie..kakcu baru sempat baca...tacing lg...sobsssss

AYIE ABAS said... Reply Comment

@azie namico

HI..AZIE.^__^

ADA KELAHIRAN PASTI laa ADA KEMATIAN...BARULAH ADA KESEIMBANGAN ALAM...KAN?

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Aida Omar

KEMATIAN BUKANLAH SEWAJARNYA DITAKUTI..AIDA. TAPI YG TAKUT 'BAGAIMANA' KITA MATI..DALAM KEADAAN APA? HUSNUL KHATIMAH ATAU BISU'IL KHATIMAH ( seburuk2 pengakhiran)...?

SIRI #8 NANTI SIRI PENAMAT..AIDA.^__^

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Resepi Ibu

NAMPAKNYA AYIE KENA SEDIAKAN KERTAS TISU UNTUK KAK CU nih...hehe3 :D

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

Mati..walau dihalang 100 depa batu ia akn dtg jika sudah sampai masanya...

siri akhir ni berjaya mengusik hati jaja..mungkin sbb jaja dh beberapa kali mengadap insan2 kesayangan meninggal dunia..

sesungguhnya kematian itu menginsafkan

ALLAH.. matikan kami dalam keadaan yg baik..jgn lah ENGKAU matikan kami didalam keburukan..

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cikgu Jaja™

JAJA...DAH BEBERAPA KALI KEHILANGAN INSAN2 TERSAYANG?

BELUM LAGI SIRI AKHIR JAJA...SIRI AKHIR YANG KE#8 BAKAL MENYUSUL NANTI..INSYA ALLAH.^__^

AMIIN...HUSNUL KHATIMAH.

Serikandi Wyna said... Reply Comment

Assalamualaikum..

hatoii..kenapa bab 7 ni semakin mengharukan...

bab 8 penamat ^^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Serikandi Wyna

DAH NAK HABIS...SELALUNYA CITER MEMANG MAKIN SAMPAI KEMUNCAKNYA..WYNA

SEBAB tu laa MAKIN MENGHARUKAN :)

KY said... Reply Comment

akhirnya bergenang jua mataku...

babak ni cukup terasa..apakah KY juga sudah siap untuk itu juga?

Ayie Abas said... Reply Comment

@KY

SEMUA ORANG SAMA ADA SUKA ATAU TIDAK KENA SIAP SEDIA UTK HARI2 ITU KY...

SEBAB HARI2 ITU DTG TANPA KITA DUGA BILA? ermm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top