Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

13 March 2012

Patutkah Ibu Bapa Nurul Nadirah Disalahkan?

Kehilangan - usah ditambah derita keluarga ini

NEGARA masih lagi terkejut dan bersedih dengan nasib yang menimpa adik Nurul Nadirah atau nama manjanya Dirang [LINK] dan keluarganya yg tinggal di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor.

Nurul Nadirah yang hilang sejak 12 hari yang lalu (mula hilang 1 Mac) disahkan dibunuh dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya dalam keadaan rentung dibakar kejam oleh si penjenayah yang menculiknya. Takziah dan rasa dukacita yang sedalam-dalamnya diucapkan pada keluarga Allahyarham dan mari kita beramai2 sedekahkan Al Fatihah untuk roh arwah. AL FATIHAH.

Kesedihan seorang ibu
Entry ini tercetus dalam kotak pemikiran Ayie sebagai respon spontan Ayie apabila melihat ada entry di blog dan respon pembaca entry berkenaan yang bersikap MENYALAHKAN ibu atau orang tua kepada adik Nurul Nadirah.

Cubalah Bersikap Empati

Ayie berasa kesal sebab kenapa sikap 'menyalahkan' keluarga mangsa ini masih terjadi? Bukankah itu akan menambah DERITA dan SENGSARA kepada si ibu? Cubalah bersikap empati, iaitu meletakkan diri kita di dalam situasi kesedihan keluarga berkenaan yang baru saja kehilangan anak buat selama-lamanya. Rasai emosi keluarga ini.

Kita perlu maklum, ibubapa Nurul Nadirah bukan tinggal bersama anak mereka sejam, sehari, sebulan atau setahun. Tapi sepanjang 5 tahun yang tidak berlaku apa-apa kepada anak mereka. Tentu laa ada masa-masanya membiarkan anak mereka keluar rumah sendirian sebab mereka sama sekali tidak menyangka suatu jenayah kejam akan menimpa anak mereka bukan?

Flashback Dan Jujur Pada Diri Sendiri

Ayie cukup confirm perkara yang sama juga berlaku pada kita semasa kecil dulu kan? Ibubapa kita juga pernah pada suatu-suatu ketika membiarkan kita berjalan keluar sendirian semasa kecil dulu. cuba kita flashback kembali dan berlaku jujur dengan diri kita sendiri.

Cuma bezanya perkara buruk tidak berlaku ke atas kita dan kita MEMBESAR dengan selamat sehinggalah sekarang...melihat dunia.

Diri Ayie Sendiri

Sebagai contoh Ayie sendiri, ketika bersekolah tadika dalam usia 6 tahun Ayie pergi sekolah dengan berjalan kaki sendirian...tak ada apa2 masalah pun. Walau di zaman tu cukup popular dgn cerita pemburu kepala yg dipangil 'Penyabit' kononnya diupah memburu kepala manusia untuk dijadikan penguat struktur jambatan.

Ayie juga semasa kecil dah berjalan pergi ke kedai runcit untuk beli bermacam-macam sticker.. spiderman laa, batman laa...bukannya dekat kedai tu tapi berbatu-batu jauhnya...tak ada apa-apa masalah pun. Itu belum lagi Ayie pergi menangkap anak-anak ikan di dalam gelong yang jauh dari rumah. Pokoknya tak ada masalah walau ibubapa membiarkan Ayie keluar rumah dalam usia sekecil itu.

Biasalah ketika usia kecil banyak perkara yang kita nak tahu. Zaman tengah lincah bergerak kesana kemari bukan mudah untuk orang tua mengawalnya.

Masanya Untuk Hentikan Budaya Menyalah Keluarga Mangsa

Sudah tiba masanya masyarakat kita tidak menjadi masyarakat yang HANYA tahu MENYALAHKAN...MENYALAHKAN...dan lagi-lagi terus MENYALAHKAN ibubapa apabila sesuatu kejadian buruk berlaku terhadap anak mereka, seolah-olah ibubapa harus jadi cctv memerhati anak mereka 24 jam tanpa henti dan punya bola ajaib dapat melihat perkara buruk yang bakal menimpa anaknya.

Usah Ditambah Derita Keluarga Mangsa

Realistiknya mustahil itu berlaku bukan? Cukuplah dengan kesedihan yang ditanggung oleh sebuah keluarga yang kehilangan anaknya dalam kes jenayah kejam seperti itu. Tak usahlah kita menambah kesedihan mereka dengan MENUDUH, MENGHENTAM, MEN- YALAHKAN ibubapa mangsa setiap kali kes2 seperti ini berlaku. Ubah sikap ini, jgn tanpa sedar kita telah menghukum ibubapa mangsa.

Orang Yang Sepatutnya Disalahkan

Orang yang SEPATUTNYA disalahkan dan dihukum adalah si penjenayah yang melakukan perbuatan itu. kenapa jahat sangat...? dah kosong sangat ke jiwa tu? dah berapa lama lupakan Tuhan hingga jiwa kosong dan hidup tak bermakna? Berapa tahun dah tak solat? berapa tahun dah tak mengaji al quran? Apa kenangan anda semasa anda kecil dulu...? adakah anda sepatutnya tidak dilahirkan langsung? siapa ibu yang melahirkan anda ke dunia?adakah kewujudan anda di dunia suatu kesilapan?

p/s : Untuk soalan terakhir itu biar Ayie sendiri yang menjawabnya, bukan salah ibu mengandung. Ya! tiada seorang pun ibu yang salah mengandung. Kerana setiap anak yang dikandungnya adalah fitrah dan pemenang di antara berjuta2 sperma yg telah bersusah payah berenang sejauh lautan Atlantik dan akhirnya bertemu ovum si ibu untuk dikandung olehnya dan dilahirkan ke dunia sebagai manusia.

8 comments:

remyhazza said... Reply Comment

setuju dgn pendapat ayie....
usah ditambah penderitaan keluarga nurul..... cukup kita berdoa agar si pembunuh kejam dapat balasan yg setimpal.....

jgn salahkan keluarga Nurul.....
perkara dah terjadi....
cuma kita sebagai manusia yg lain... ambil tauladan dgn apa yg berlaku.....
berwaspada dgn keadaan sekeliling.... sentiasa peka dan berhati.....

zamn sekarang bkn zaman kita kechil2 dulu.....

puteri kasih said... Reply Comment

perkara dah berlaku..nak salahkan sesiapa dah tak ada gunanya...adik Dirang tidak mungkin kembali

namun puteri tetap berkeras dan menyatakan ibu bapa perlu lebih prihatin agar kes-kes sebegini mampu di elakkan di masa kelak.

Koding said... Reply Comment

Al-Fatehah buat adik Dirang...

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

A'AH..REMY. PENJENAYAH2 tu PATUT MENERIMA HUKUMAN SETARA DGN JENAYAH YG TELAH MEREKA LAKUKAN.

MEMANG BEGITU laa HARAPAN KITA...TAPI SELALUNYA AKAN TERJADI LAGI..SEPERTI YG SEBELUMNYA.ermmm..

SETIAP ZAMAN PUNYA CABARANNYA MASING2 KAN.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

BETUL PUTERI...SETIAP YG TELAH PERGI TAK MUNGKIN AKAN KEMBALI. KITA KENA TERIMA PEMERGIAN MEREKA.

AYIE RASA MASYARAKAT YG PERLU PERIHATIN BILA NAMPAK INDIVIDU YG MENCURIGAKAN DAN X DI KENALI PERLU DI KENAL PASTI AKTIVITI MEREKA DI SATU2 KWSN ITU.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Koding

MARI SAMA2 SEDEKAHKAN AL FATIHAH KPD ADIK DIRANG. AL FATIHAH.

tunz said... Reply Comment

memang penjenayah itu tetap bersalah..namun secara peribadi..perhatian, pengawasan dan kepekaan ibu bapa terhadap apa shj aktivti yg dilakukan ank2 amat penting dan mustahak..kanak2 tidak tahu dan x bole fikir apa2 spt org dewasa.....kesimpulannya....sesaat kita alpa ...seusia kita menyesal..
memang ajal maut di tangan tuhan tetapi sbg manusia kita laksanakan tanggungjwb dan amanah sbg ibu bapa..bukan setakat melahirkan dan menyediakan mkn minum...SEGALANYA harus kita ambil kira dan ambil berat..allahu allam...al fatihah..

AYIE ABAS said... Reply Comment

@tunz

BESARNYA TANGGUNGJAWAB IBUBAPA KAN MAMATUNZ? ^__^

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI SALAH SEORG DARI MEREKA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top