Daku Amat Menyintai Mu


13 March 2012

Polis Sahkan Rangka Rentung Nurul Nadirah


Rangka manusia rentung disahkan Nurul Nadirah

PASIR GUDANG Isnin 12/03/2012 : Rangka manusia yang ditemui rentung di ladang kelapa sawit Nusa Damai, di sini sejak Khamis lalu disahkan sebagai kanak2 berusia 5 tahun, Nurul Nadirah Abdullah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin selepas ujian DNA dilakukan dan laporan analisis DNA mengesahkannya.

Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, yang hilang sejak 1 Mac disahkan dibunuh dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya.

Nurul dilaporkan hilang selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, kira-kira pukul 11 pagi sejak 12 hari lalu.  [sumber]

Laporan berita terdahulu, Supt Roslan Zainuddin, ada berkata seorang lelaki berusia 30-an telah ditahan untuk membantu siasatan, di Seri Alam pada pukul 4 petang 9 Mac lepas. Menjadikan suspek yang ditahan untuk menyelesaikan kes seramai 4 orang termasuk bapa kandung Allahyarham.

Sebelum ini Polis telah menahan reman dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 36 dan 40 tahun bagi membantu siasatan.

Sama-Sama Kita Sedekahkan Al Fatihah Untuk Arwah



------------------------------------------------------------------------------------------------------

Entry Rentetan Awal Kehilangan Nurul Nadirah

Kanak-kanak hilang ketika beli mi segera

PASIR GUDANG – Seorang kanak-kanak berumur lima tahun disedari hilang oleh keluarganya selepas keluar membeli mi segera di kedai runcit Flet Seri Delima Jalan Suria Bandar Seri Alam, di sini kira-kira jam 11 pagi Khamis lepas.

Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, anak keduanya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dira meminta mi segera sebaik bangun daripada tidur kira-kira jam 11 pagi 1 Mac lepas.

Menurutnya, dengan wang sebanyak RM4 bersama sekeping nota tertulis mi segera dua bungkus dan telur RM2, Dira keluar dari rumah flet tingkat empat ke kedai runcit di blok bersebelahan.

“Selepas 30 minit kami mula bimbang kerana Dira tidak balik seperti kebiasaannya sehingga memaksa suami saya ke kedai runcit berkenaan, tetapi diberitahu Dira sudah pulang selepas membeli mi segera dan telur.

“Kami bingung kerana sehingga kini Dira tidak pulang walaupun sudah merata tempat kami mencarinya,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada hari kejadian.

Roselyn mendakwa, Dira dilarikan seorang lelaki dan wanita yang selama ini kelihatan mencurigakan tinggal berjiran di rumah kosong yang telah dilelong oleh pihak bank sejak Disember tahun lepas.

Menurutnya, penduduk flet berkenaan ada melihat lelaki dan wanita berkenaan menunggang motosikal bersama sesuatu yang dibungkus dengan menggunakan kain.

“Ada orang cuba mengejar motosikal yang ditunggang lelaki dan wanita berkenaan apabila mereka terlihat tangan kanak-kanak terjulur keluar dari bungkusan berkenaan, tetapi gagal.

“Kami tidak kenal lelaki dan wanita berkenaan kerana secara tiba-tiba mereka tinggal di rumah kosong ini, tetapi mereka kelihatan mencurigakan kerana kawasan ini sering berlaku kecurian sejak mereka ada di sini,” katanya.

Roselyn merayu kerjasama daripada orang ramai yang terlihat atau terjumpa anaknya supaya menghubunginya di nombor 010-6239010 atau ke balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Roslan Zainuddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan kanak-kanak berkenaan.

Menurutnya, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mengklasifikasikan sebagai suspek orang hilang.

“Kita masih menjalankan siasatan dan mengharapkan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya men- yalurkannya kepada IPD Seri Alam atau balai polis berhampiran,” katanya.  [sumber]

p/s : Berlaku lagi tragedi jenayah kejam yang menyedihkan seluruh negara. Siapa sudi pinjamkan Ayie bahu dia...ermmmmm. PGGP

20 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

ibu bapa perlu lebih proaktif dalam memantau keselamatan anak-anak

mengalir airmata puteri membaca berita ini

semoga tiada lagi kejadian-kejadian seumpama ini lagi.

takziah buat keluarga adik nurul nadirah

:'(

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

SELALUNYA KEJADIAN JENAYAH BERLAKU TAK DIDUGA.

KEBIASAAN HARI-HARI BIASA SELALU TAK ADA APA2 YG BERLAKU MENYEBABKAN IBUBAPA MUDAH MENYANGKA KEJADIAN JENAYAH SPT INI TIDAK MUNGKIN BERLAKU.

TAPI SAYANGNYA ORG YG BERNIAT JAHAT ADA DI MANA2 MENUNGGU PELUANG SAJA UTK MENJLNKAN KERJA2 JENAYAH MEREKA.

MEMANG MENYEDIHKAN..PUTERI.

Cikgu Ma said... Reply Comment

manusia jenis apa la dorang ni...minta jauh dari berlaku dalam keluarga kita

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cikgu Ma

MANUSIA YG SEKIAN LAMA DIBIARKAN KOSONG HINGGA JIWA MEREKA ROSAK DAN HILANG KEMULIAN SBG INSAN.

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

Allahu Akbar..

bagaimana tangisan si kecil tu saat nyawanya direntap..

sememangnya kes begini dh byk berlaku..berulang terjadi.. jaja percaya kpd takdir..tp kalau tgk puncanya..bdk 5tahun disuruh ke kedai..patutkah???

hmm..mak dia yg nk makan megi kot..

takziah buat keluarga arwah adik nadirah..

alfatihah buat adik nadirah..syurga menantimu di sana dik..

Alin Marlini said... Reply Comment

tak tahu nak ckp apa..rasa sakit hati teramat sangat..biar Allah membalas org yg melakukan kekejaman kat Dirang tu..

azie namico said... Reply Comment

AL-FATIHAH...kejam sungguh manusia sekarang nie..!!! sanggup mereka ya!!!x suke!! x suke !!!

p/s:-tapi kenapa ibubapa nadirah suruh dia pi beli makanan???5 tahun kot...agak2 lah...

azie namico said... Reply Comment
This comment has been removed by the author.
O CIKTEDDY said... Reply Comment

Al Fatihah buat Allahyarham adik comel ni..takziah jugak buat kluarga,hrap amek iktibar dr kejadian ni...

Cik Nurul said... Reply Comment

Al-fatihah.. semoga penjenayah kejam tu mendapat hukuman yg setimpal! hmm

c'axoera ヅ said... Reply Comment

takziah..

remyhazza said... Reply Comment

alfatihah utk nurul......
sedih dgr berita nie.....
betapa kejam nya dunia.....
anak kechil menjadi mangsa.....

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cikgu Jaja™

TAK TAU NAK BAYANGKAN JAJA..ermm.

BETUL tu..ni BUKAN KEJADIAN JENAYAH PERTAMA TAPI DAH YG KALI KEBERAPA..BYK DAH BERLAKU SEBELUM2 INI.

AYIE X MAU SALAHKAN KELUARGANYA. TAK MAU TAMBAH KESEDIHAN MEREKA.

KITA BERSIMPATI DAN UCAP TAKZIAH PD KEDUA ORG TUANYA.

AMIIN..BUDAK KECIL BELUM BALIGH..TENTU laa TIADA DOSA. TENTU DITEMPATKAN DITEMPAT YG SEBAIK2NYA.

AL FATIHAH.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Alin Marlini

SEMOGA MEREKA YG MELAKUKAN JENAYAH ITU AKAN TERIMA BALASANNYA DI DUNIA INI LAGI. DI AKHIRAT CONFIRM laa TAK AKAN TERLEPAS.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@azie namico

AYIE DAPAT TAU SUSPEK PENJENAYAH ADA KES PENYALAH GUNAAN DADAH JENIS 'ICE'...AZIE

ITU PUNYA OTAK MEREKA ROSAK DAN AKHIRNYA HILANG KEWARASAN SBG MANUSIA.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@azie namico

AL FATIHAH...

AYIE ABAS said... Reply Comment

@O CIKTEDDY

AL FATIHAH...

KALAU BOLEH KITA TAK MAU DAH KEJADIAN JENAYAH SPT INI BERLAKU.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cik Nurul

AL FATIHAH...

ITU laa YANG KITA HARAPKAN...DAH BUAT KEJAHATAN MESTI MENERIMA HUKUMAN YG SETIMPAL.

PALING PENTING SPY TIADA MANGSA SETERUSNYA JIKA SI PENJENAYAH TERLEPAS TANPA DIHUKUM.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@c'axoera ヅ

TAKZIAH KPD KELUARGA MANGSA. ,OGA MEREKA DPT TERIMA KETENTUAN ALLAH.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

AL FATIHAH...

BETUL REMY..KANAK2 PUN MEREKA SANGGGUP LAKUKAN SEBEGITU..TAK TAU NK CAKAP APA DAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top