Daku Amat Menyintai Mu


29 March 2012

Rasulullah SAW Pernah Berlayar Di Lautan?


Allah s.w.t berfirman dalam Al Quran surah An-Nur ayat 39-40, yang bermaksud :

39 : Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu dia menuju ke arahnya) sehingga apabila dia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan dia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.

40 : Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayat petunjuk) maka dia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

Al Quran Datang Daripada Allah Taala

Muhammad Ali al-Sabuni dalam kitabnya Safwah al-Tafsir membawakan satu kisah keislaman seorang saintis Barat apabila membaca ayat al Quran di atas.

Saintis itu terkejut ketika membaca ayat al-Quran ini lalu bertanya :

"Adakah Muhammad pernah belayar di lautan?"

Jawapannya pastilah 'tidak pernah'.

Mengetahui hakikat itu, saintis tersebut menyatakan :

"Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah"

Al Quran Bukan Ciptaan Manusia

Apabila ditanya apa yang mendorong dia begitu yakin menyatakan sedemikian, maka dijawab saintis itu ;

"Gambaran keadaan di dalam lautan yang dalam itu tidak dapat diketahui oleh sesiapa pun kecuali bagi mereka yang sepanjang hidupnya belayar di lautan, yang dapat menyaksikan segala macam situasi yang bahaya ketika melakukan pelayaran.

Namun apabila aku diberitahu bahawa Muhammad tidak pernah belayar di lautan, maka aku yakin bahawa ayat al-Quran tersebut bukan dicipta oleh Muhammad, sebaliknya ia benar-benar kata-kata daripada Allah s.w.t." [Sumber]

Artikel dari majalah Solusi Edisi 36 [Link]

p/s : Inilah untungnya jadi orang yang berilmu seperti saintis tersebut, selalu nampak apa yang kebanyakkan orang biasa tak nampak. Adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yg tidak mengetahui (tidak berilmu)? tentulah tak sama.

10 comments:

puteri kasih said... Reply Comment

pastinya orang yang berilmu sering melihat menilai dan melihat sesuatu dari sudut berbeza berbanding orang yang kurang ataupun tidak berilmu

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

respek puteri kasih..

walaupun dia nonmuslim tapi cara dia melihat sesuatu tu ada nilai..

dia nmpak sesuatu yang org islam sendiri xnampak..

Koding said... Reply Comment

Subhanallah...
Itulah mukjizat Al-Quran..

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

BETUL PUTERI...ORG BERILMU PUNYA PEMIKIRAN DAN SUDUT PANDANG YG LEBIH LUAS DARI ORG LAIN..KAN.^__^

DI DUNIA LAGI..ORG YG BERILMU MENDAPAT KEDUDUKAN YG LEBIH DARI ORG LAIN KERANA PENGETAHUANNYA.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Cikgu Jaja™

A'AH...JAJA.

AYIE PULA RESPEK PADA PUTERI DAN JUGA JAJA...hehe3 ^__~

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Koding

SUBHANALLAH...

BENAR..KODING.^__^

AYIE JUGA SUKA TENGOK TAFSIR AL QURAN OLEH IMAM SHUAIB WEBB DI TV AL HIJRAH.

TiraPengemis said... Reply Comment

org berilmu lebih bijak dr kurang ilmu....oleh itu, menuntut ilmu itu harus

AYIE ABAS said... Reply Comment

@TiraPengemis

A'AH..TIRA.

PENTINGNYA MENUNTUT ILMU. SEBAIK2 ILMU ADALAH ILMU YANG MENYELAMATKAN KITA UTK KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT.

remyhazza said... Reply Comment

belajar dan contohi para ilmuan kita....

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

A'AH..REMY.

JADIKAN ORG BERILMU SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top