Daku Amat Menyintai Mu


30 March 2012

SALADIN

OLEH KERANA YOU TUBE INI AUTOMATIK DAN BERULANG-ULANG KALAU MY FRIENDS RASA TERGANGGU BOLEH DI'PAUSE'KAN JERR

Animasi Saladin Mengujakan 

SALADIN ialah sebuah projek animasi yang diilhamkan daripada riwayat Salah Al-Din Yusuf Ibni Ayub (Salahuddin Al-Ayyubi), Sultan dan pengasas Dinasti Ayyubi di Mesir dan Syria yang memimpin Muslimin menghadapi Perang Salib pada abad ke-12. Saladin terkenal sebagai pemimpin dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kepahlawanan dan belas kasihannya semasa Perang. Seorang tokoh yang disegani kawan dan lawan.

Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengembalikan Baitulmuqaddis (Jerusalem), ke tangan orang Islam setelah lama berada dalam genggaman pencerobohan orang-orang Kristian dari Eropah.

Siri ini diterbitkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Malaysia bersama Al Jazeera Children's Channel (JCC).

Adaptasi kisah Saladin yang asalnya dirancangkan sebagai filem animasi, tetapi akhirnya dijadikan siri animasi TV sepanjang 13 episod. Penerbitan bermula pada bulan Mei 2004 dan sebuah treiler enam minit pernah dipratayangkan ketika sambutan ulang tahun ke-10 Koridor Raya Multimedia pada bulan April 2005.

Dua episod rintis (pilot) disiarkan di Astro Ria sebagai previu pada September 2007. Siri animasi Saladin diterbitkan selama satu musim 13 episod, dan disiarkan di Al Jazeera Children's Channel untuk penonton Timur Tengah mulai 17 September 2010. kemudiannya disiarkan di RTM TV1 di Malaysia mulai 20 November 2010.

Anugerah :
Pesta Kartun dan Animasi Antarabangsa Seoul (SICAF)
  • Teknologi Terbaik - Rancangan Promosi  
Tokyo International Anime Fair 2007
  • Anugerah Tokyo Big Sight

Kini animasi Saladin disiarkan di TV3 pula.

Mula ditayangkan pada 6 Februari 2012 pada pukul 10.00 pagi.

Lakonan suara oleh Fahrin Ahmad dan Faradhiya.

8 comments:

Teenager Housemaid said... Reply Comment

whoa, baru tau pasal ni..
mesti best ni..:DD

AYIE ABAS said... Reply Comment

@Teenager Housemaid

ANIMASI TEMPATAN YANG DAPAT BEBERAPA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA..TEENAGER.

BILA DAH DIIKTIRAF..BERMAKNA..BEST laa tu...hehe :D

puteri kasih said... Reply Comment

pernah baca tentang kisah saladin ni kat surat khabar..harap animasi tempatan akan terus berjaya :)

AYIE ABAS said... Reply Comment

@puteri kasih

KISAH ANIMASI SALADIN nih DIAMBIL DARI KISAH TOKOH SEBENAR..PUTERI.

TOKOH YNG MEMANG TERKENAL DI DUNIA ISLAM DAN DI BARAT. DIHORMATI BYK PIHAK.

cik timbahijau said... Reply Comment

minat kut dengan kartun saladin nih :) TERBAEKKK !hehe

AYIE ABAS said... Reply Comment

@cik timbahijau

AIK...MINAT PUN ADA KUT2 eh...? CIK TIMBAHIJAU...hahaha3 :D

MEMANG TERBAIK ANIMASINYA.

remyhazza said... Reply Comment

tgk macam best...... sedikit peningkatan utk industri perfileman kita.

AYIE ABAS said... Reply Comment

@remyhazza

INDUSTRI ANIMASI NEGARA MEMANG SEMAKIN MANTAP BERKEMBANG..REMY.^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top