Khasiat Surah Al-Kautsar
Entry yg memang sudah agak lama berada di dlm draft blog PGGP.
Maksud Al Quran Surah Al-Kautsar Ayat 1-3
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
SURAH Al Kauthar adalah surah yang ke-108 dalam Al-Quran. Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Bermacam khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh diamalkan :
1 - Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2 - Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
3 - Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4 - Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5 - Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6 - Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7 - Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
p/s : Ayie rasa setiap blog perlu ada entry sebegini sebagai saham akhirat. sesiapa saja yang membaca dan dapat manfaat darinya bermakna Ayie juga akan dapat ganjaran pahalanya yg berterusan.












12 comments:
Yup betul tu ayie..al-khautsar memang banyak kelebihannyer.. :) same2 la amalkan..
@♥AieN ChoiN♥
SURAH YG TERLALU PENDEK SENANG SGT NAK DIBACA BERULANG2 KALI..KAN AIEN.^__^
thank you abg ayie share info nie :)
@emy zulaiha
SAMA-SAMA EMY..ENTRY SAHAN AKHIRAT.^__^
byk kelebihan ayat nie ayie....
thanks kerana berkongsi ilmu yg berguna nie.....
byk fadhilatnyer..
wah..trime kaseh abg ayie..sblum ni ade gak search kat google tp x ingt..skrg dh refresh balek.. =D
@remyhazza
BETUL REMY.^__^
SETIAP AYAT2 AL QURAN ADALAH MUKJIZAT.
@LadyBird
BETUL LADY...LEPAS nih KENA BACA SELALU laa.^__^
@O CIKTEDDY
ENTRY ini AYIE DAPAT DARI FACEBOOK...CIKTEDDY.^__^
Berusahalah agar dapat kita beramal dengannya...
Jemput singgah ke blog Koding...
@Koding
AYAT YANG PALING SENANG NAK DIBACA BYK KALI...KODING. ^__^
Post a Comment