OLEH KERANA YOU TUBE INI AUTOMATIK DAN BERULANG - ULANG KALAU RASA TERGANGGU BOLEH DI 'PAUSE' KAN
Tentang Rasa – Astrid
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

---------------------------------------------------------------------------------
Drama Vanilla Coklat Bantu Popularkan Lagu Tentang Rasa Dan Astrid?
Tentu ramai yang mengadap depan tv malam tadi sebab nak tengok drama Vanilla Coklat siri akhir kan? Nak tau apa kesudahan cinta dan pergolakkan rumahtangga di antara Zara (Izara Aishah) dan Aamir (Aiman Hakim Ridza) dan keluarga mereka berdua yang pada asalnya cukup baik dan mesra hinggalah timbul fitnah yang telah memporak-perandakan kedua2 keluarga itu jadi saling bermusuhan.
Dalam drama popular itu ada banyak lagu yang jadi penghias setiap babaknya. Antara lagu yang popular dan disukai sekarang ialah lagu Tentang Rasa yang dinyanyikan oleh penyanyi dari seberang, Astrid. Namanya kurang dikenali sebelum ini di Malaysia. Jadi tak salah kalau Ayie katakan drama Vanilla Coklatlah yg mempopularkan lagu ini. Jom kita kenali penyanyi ini.
ASALNYA penyanyi dengan nama penuh Astrid Sartiasari ini hanyalah penyanyi di kafe. Menjual bakat dan keyakinan diri di lantai yang lebih kecil dunianya. Kemudian tuahnya beralih apabila disunting Sony Music Indonesia setelah memenangi kategori Vokal Terbaik dalam Festival Band SMA Surabaya.
Dia kemudian menjadi pilihan untuk muncul menyumbangkan suara dalam album soundtrack filem Tusuk Jelangkung (2003) dengan lagu Ratu Cahaya dan diberikan kesempatan kembali dalam album soundtrack filem Vina Bilang Cinta dengan lagu Di Dadaku Ada Kamu dan Cinta.
Dua tahun kemudian, impiannya menerbitkan sebuah album solo menjadi kenyataan. Astrid muncul dengan album yang berjudul Astrid (2005) dan mempertaruhkan lagu Cinta Itu yang menjadi lagu tema bagi filem Mirror.
Mungkin wajah ini agak baru utk para peminat di Malaysia. Malah nama Astrid juga belum mesra disebut berserta dengan lagu2nya.
Sebagai langkah pengenalan, Astrid yang dahulunya sinonim dengan imej misteri dan gotik, kini muncul dengan jiwa dan penampilan baharu. Lebih segar dan ceria, itu imej yang dipertaruhkan seiring dengan album baru yang diberi judul Lihat Aku Sekarang.
Tampil penuh kewanitaan, penyanyi yang lahir pada 27 Januari 1982 ini memperlihatkan kepada khalayak tentang perubahan positif yang menerjah dirinya.
"Album ini dibuat dengan konsep yang berbeza. Lebih feminin, matang dan penuh warna. Hati saya jadi berdebar kerana hayat perjalanan album pertama dan sekarang ini cukup panjang. Namun saya optimis bahawa album baharu saya boleh diterima," ujarnya yang mempertaruhkan single pertama yang berjudul Tentang Rasa.
Album yang diedarkan Universal Music Malaysia dalam masa terdekat ini bertujuan untuk mempromosikan album.
Single pertama Astrid merupakan sebuah lagu balada yang bercerita tentang rasa ingin mengasihi dan perasaan mahu bersama. Malah lagu ini merangkul kejayaan sebagai penerima khidmat muat turun tertinggi selain menjuarai carta radio di seluruh Indonesia.
Single kedua Astrid bertajuk Tak Ingin Dicintai memaparkan kisah wanita yang enggan dicintai jika tidak sepenuh hati.
"Lebih baik ditinggalkan jika dicintai separuh hati. Kita harus mencari seseorang yang benar-benar menyayangi kita dengan bersungguh-sungguh," ujar Astrid tentang single keduanya.
Telah Menamatkan Zaman Solo
Astrid telah pun menamatkan zaman solonya pada November tahun lalu apabila mengahwini jejaka bernama Arlan Jumarwan Djoewarsa.
Malah pada hari pernikahannya, Astrid mengaku tidak mahu bertangguh dalam hal zuriat. Kedua-dua pasangan ini sempat bercanda tentang program membikin anak usai resepsi pernikahan mereka yang dilakukan di Hotel JW Marriott, Jakarta.
"Wah, kita tidak tunda2. Habis resepsi ini kita langsung masuk ke bilik untuk program buat anak," gurau mereka gembira. [S]
p/s : suka dengan liriknya sesuai ditujukan pd yg tersyg...weee











20 comments:
banyak kali kot asyik repeat lagu ni je :) best ^^,
@Saddila
DRAMA VANILLA COKLAT YG MEMPERKENALKAN LAGU ni KAN..DILLA. :)
err, baru tau penyanyi dia strid.. huhu..
saye suke lagu astrid yg lame "jadikan aku yg ke2" :)
wahh!!!!akhirnya ader jugak entry lagu nie....suke kan lirik dia...terbuai sekejap!!!
p/s:-dah banyak kali ulang dah nie...mcm mana???hehehe...lagu nie ditujukan khas untuk????erm...
ler cerita ke vanilla coklat ni....salu dgr tapi tak tahu mende hehe
dh tamat citer ni smlm..first time tngok smlam..haha
sedak lagu ning.. :D
best tgk vanilla chocolate berakhir semalam......
lepas nie hari2 mlm selasa remy rasa sunyi.....
izara dah takde.....he3
best lagu ni...tersentuh dengan liriknya kan
suka gak lagu ni...layann
@Teenager Housemaid
AYIE PUN BARU TAU TENTANG LAGU ni...TEENAGER.
PENYANYINYA LAGI-LAGI laa BARU TAU JUGAK. :D
@.: iEyLa :.
BEST KE LAGUNYA IEYLA?
AYIE BARU TAU TAJUK LAGU tu. ^__^
@azie namico
LIRIKNYA MEMANG MENARK PADA AYIE. LIRIK YG MUDAH DIFAHAMI NAMUN TEPAT.
SAMA laa DGN AYIE DAH DENGAR BYK KALI JUGAK LEPAS BUAT ENTRY ni...
AYIE TUJUKAN LAGU ni PADA AZIE laa...hehe3 ^__~
@c'axoera ヅ
DAH HABIS DAH CERITA NYA...c'axoera..haha3
@O CIKTEDDY
AYIE PULA TENGOK BEBERAPA SIRI...TAK SEMUA..CIKTEDDY. ^__^ LAST AYIE TGOK BABAK AKHIR PERMULAANNYA TERLEPAS..haha3
@LadyBird
LADY SEBELUM ni DAH DENGAR ke LAGU ni?
@remyhazza
REMY...MASA TGOK PROMO DRAMA SLOT SERAM YG TERBARU...AYIE ADA TERNAMPAK IZARA...DIA BERLAKON DLM DRAMA SERAM PULAK KOT? KENA TUNGGU KHAMIS MLM JUMAAT laa PULAK MCM ni..hehe3
@puteri kasih
LIRIK DAN LAGUNYA MEMANG SEDAP DAN MENARIK...PUTERI.^__^
@tunz
MAMATUNZ SUKA EH LAGU ni? JOMM LAYANNN..weeee...^__^
Post a Comment