Malam anugerah berprestij itu sudah beberapa hari berlalu tapi bahang kepanasannya masih terasa bukan kerana kemeriahan majlis malam itu tapi kerana isu dan kontroversi yang timbul selepas itu.
Kontroversi bermula apabila pelakon Zed Zaidi dengan jujur meluahkan rasa kurang puas hatinya terhadap kemenangan pelakon luar negara yang diangkat sebagai Artis Paling Popular ABPBH 2011 dalam majlis pada malam itu. Beliau meluahkannya di beberapa laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Blog kepunyaannya.
![]() |
| Jelas - bukan Hero Malaya dan bukan juga Mat Haron |
Di bawah ini petikan asal yang dicopy sepenuhnya dari [Entry Blog Zed Zaidi]
HEBAT SANGAT KE ARTIS LUAR NI?
Assalamualaikum kepada semua... wah..!!! makin panas cerita aku bila balik dari ABPPH tak sangka macam pisang panas!. Tapi aku tak kisah.. "AKU KENA BUAT APA YANG AKU PERLU BUAT" dah jadi TANGGUNGJAWAB aku sebagai seorang PEMIMPIN yang harus membuat kerja dengan AMANAH, JUJUR, IKHLAS dalam PERJUANG! Ya! aku sedar ramai yang suka, dan lagi ramai yang TAK SUKA AKU!, aku tak kisah! BERANI KERANA BENAR, aku memegang prinsip " WALAUPUN PAHIT TERPAKSA DI TELAN " dan " KALAU TAKUT DI LANDA OMBAK, JANGAN BERUMAH DI TEPI PANTAI!!! ".
Mengenai status di TWEETER dan FACEBOOK aku, Aku TETAP dengan PENDIRIAN AKU! oleh kerana setiap statement yang aku buat aku akan bertanggungjawab, dan untuk pengetahuan semua, ada aku sebut nama ARTIS KE? ada aku sebut EVENT MANA KE? jadi bila aku meletakan status yang aku BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA, menjadi pertikaian oleh RAKYAT MALAYSIA, KENAPA EH? Bukan korang pemegang MYKAD ke? ke korang pemegang ID KAD atau PASSPORT dari NEGARA LAIN? hmmm...
Pokok-pokok keduduk di tepi pagar, Memakan landak di atas kota, Harap saudara saudari cuba dengar, Saya hendak membalas kata. Itu baru nak buka bicara, cuma korang hayati pantun aku ni, BUDAK BUDAK BERMAIN GULI, MARI BERMAIN DI TENGAH LAMAN, JIKA KITA TAK BERHATI HATI, TAKUT TERGADAI KAMPUNG HALAMAN! tu maksud kalau kita tak berhati hati habis MALAYSIA ni.. Mungkin korang sedar tak sedar banyak pengaruh dari luar termasuk la.. artis artis luar bekerja di MALAYSIA ni... aku cuma nak tau, bila korang sanjung ARTIS LUAR ni adakah di negara diorang, rakyat diorang SANJUNG ARTIS MALAYSIA macam mana korang sajung diorang eh? ada ke? hmm... kadang kadang aku rasa kesian dengan ARTIS MALAYSIA ni terasa macam di anak TIRIKAN di NEGARA SENDIRI je!
WAHAI.. ARTIS ARTIS MALAYSIA, BANGKIT LA!! BERSATU LA KITA...!! KITA DI JAJAH SECARA DIAM! LAMA KELAMAAN MALAYSIA NI BUKAN MILIK KITA. SUMBER MALAYSIA DI MAKAN OLEH ORANG LUAR! APA TANGGUNGJAWAB KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MYKAD! CUBA KITA FIKIR 5 KE 10 TAHUN AKAN DATANG APA YANG AKAN JADI PADA INDUSTRI SENI KITA INI? SIKIT SIKIT ARTIS LUAR MASUK, TAK KIRA YANG BUAT KONSERT TERMASUK YANG BERLAKON, BELUM CAMPUR JADI PENGACARA LAGI? HMMM... DI MANA ARTIS MALAYSIA NI? MEMANG PERSAINGAN ITU SIHAT, TAPI SIHAT KE KITA DI NEGARA SENDIRI? KEPADA ARTIS MALAYSIA LUAHKAN RASA TIDAK PUAS HATI ANDA DI MANA MANA PLATFORM YANG ANDA ADA TIDAK KIRA DARI TWITTER, FACEBOOK, BLOG DAN SEBAGAINYA SUPAYA PIHAK KERAJAAN AKAN PRIHATIN DENGAN KEADAAN DAN TAHU MASALAH DALAM INDUSTRI KITA!!!
Setahu aku la... kalau orang yang memegang passport sebagai pelawat di Malaysia ni tak boleh bekerjakan? macam mana artis luar ni boleh bekerja di Malaysia? dan satu lagi kalau dapat permit kerja untuk bekerja di sini, siapa yang menyokong mereka ni? produksi? atau station TV? untuk kepentingan peribadi ke atau kepentingan industri yang tak cukup ARTIS? hmm... susah nak jawab jadi pihak kerajaan tolong tolong lah cek artis luar ni diorang datang sini bercuti ke? atau bekerja pakai pas pelawat.... pihak immigration tolong tolong lah cek ye jangan makan gaji buta je.
Kesian aku tengok artis malaysia ni, nak demand sikit pun tak boleh tapi artis luar kalau demand terus bagi, untungnya jadi artis luar. itu belum termasuk kalau dah kumpul duit banyak banyak kat MALAYSIA pastu duit diorang pegi ke mana? tak bawak semua ke negara diorang ke? rosak ekonomi Malaysia! haii... macam macam.. Ada pulak ARTIS LUAR ni dah la cari makan kat sini boleh BERLAGAK pulak tu dengan ARTIS MALAYSIA. HEBATNYA KORANG NI!!! WELL DONE!!!
Jadi tolong tolong beringat sesama sendiri YANG MENJATUHKAN BANGSA KITA ADALAH BANGSA KITA SENDIRI. Nak menyokong ARTIS LUAR tak salah... cuma perlu diingatkan ARTIS MALAYSIA MESTI DI BERI KEUTAMAAN DULU!!! Aku sebenarnya bukan tak puas hati siapa menang siapa kalah, cuma aku perlu menegakkan HAK HAK ARTIS MALAYSIA di MALAYSIA ni. itu je... lepas ni aku nak CADANGKAN kalau nak buat apa saja ANUGERAH contohilah FESTIVAL FILEM MALAYSIA, syaratnya yang bertanding MESTI dan WAJIB ORANG MALAYSIA yang mempunyai MYKAD. jadi renung-renungkan dan selamat malam.
ANAK SENI PEWARIS BUDAYA,
BERANI BERUBAH UNTUK TRANSFORMASI!!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pandangan Peribadi Ayie
Terhadap Isu Yang Berbangkit
Terhadap Isu Yang Berbangkit
ZED ZAIDI - Tak patut kalau ada rakyat Malaysia yang menghentam dan mengutuk Zed Zaidi.
Bagi Ayie secara peribadi, Zed Zaidi berhak untuk bersuara dan meluahkan perasaannya sebagai artis tempatan yang sepenuh masa berlakon di dalam negara dan yang paling penting kedudukan beliau selaku timbalan Persatuan Seniman Malaysia yang sememangnya bertanggungjawab menjaga kebajikan artis tempatan di tanah air.
Selaku orang kuat Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi perlu berani bersuara dalam hal ehwal dunia seni hiburan melibatkan artis tempatan termasuk laa apabila anugerah artis paling popular di negara ini dibolot oleh artis warga asing seperti Aaron aziz.
AARON AZIZ - Dari pemerhatian Ayie, ramai orang yang menyangka Aaron Aziz sebagai 'Hero Malaya'.
Jadi tak hairan laa kalau beliau dipilih oleh pembaca Berita Harian untuk menjadi 'artis paling popular' 2011. Diperkuatkan lagi dengan kejayaan besar beberapa drama dan filem lakonan beliau seperti Nora Elena, KL Gangster dan Ombak Rindu. MAN JADA WA JADDA - Siapa yang berusaha dialah yang dapat hasilnya. Begitulah Ayie melihat dengan kejayaan Aaron Aziz sebagai pelakon.
Beliau bermula dari bawah. Banyak tawaran berlakon beliau rebut tanpa memilih sangat ketika mahu bertapak dulu. Selalu jugak Ayie nampak wajah beliau di mana-mana stesen TV. Sama ada di RTM, di TV3 dan di TV9 tanpa berkira sangat drama bajet besar atau kecil.
Bukan semua drama atau filem lakonan Aaron Aziz yang berjaya. Ada juga yang gagal seperti filem '2 Alam' yang teruk dikritik. Bapa kepada 3 orang anak ini, mula berjaya sebagai pelakon di negara ini sejak kebelakangan ini saja. Setelah kerja keras selama bertahun2.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, baik Zed Zaidi mahu pun Aaron Aziz kedua-duanya tak salah dalam kontroversi yang berlaku. Mereka hanya melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Kedua-duanya tak perlu dikutuk atau dikecam oleh mana-mana pihak. Kek industri seni hiburan negara yang kecil perlu dikongsi oleh artis tempatan dengan artis dari luar negara. Hal ini tidak hanya berlaku dalam seni lakonan tapi juga dlm seni muzik. Memang begitulah nasibnya. Apa nak buat...
p/s : tak ada ker mana-mana penerbit atau pengarah nak menyatukan Zed Zaidi dan Aaron Aziz dalam drama atau filem? mana tau dengan kontroversi yang melanda tentu ramai orang yang teruja nak tengok gandingan lakonan mereka berdua...weeeeeehuu...kesyiokkk!!! PGGP












20 comments:
hai abg ayie..
hehe emy tak tau pon isue nie.pas bace blog abg ayie baru tau. haha maklumlah skrg tak bnyk mase nak ngadap lptp :) hehe due2 tak salah kan.hehe
ermm...memang panas lah entry nie kan... sana sini org mempersoalkan.
tak perlu jadi isu, tambahan pula Anugerah ABPBH adalah berdasarkan undian daripada peminat.
So kalau kita menitikberatkan sangat pun, sampai bila kita harus berbuat sedemikian kerana dunia seni muzik ini adalah universal.
Jika ada artis dari luar negara yang berjaya, jadikan ia sebagai pendorong untuk kita.
p/s:-Artis negara ini perlulah menjadi pesaing yang sihat dengan mempertingkatkan kualiti sendiri, kan itu lebih baik...ahaks...weeee!
hmph.....memang patot pun Zed Zaidi bersuara, ini bukan soal dengki mendengki tapi ini mempertahankan hak kite...udahla Industri music kite kini dipelopori oleh negara jiran kite, tgk sajalah carta mana2 radio...lagu mana yang dok atas???cerita kat Stesen kite pun? berapa kerat sangat cerita dari Malaysia....habaq mai sat....kalau ada pun harap TV1 ja...tupun sebab TV kerajaan ...erm.....Rakyat Malaysia kena sedar.....kite kena sokong artis2 kite.....
masalahnya sekarang zed tu sjak2 jadi persatuan suka sgt buat statement yang kurang matang. bila dh pns cmni tk mengakulah apalah, cemburu je lebih -,-
dua dua tak salah......
zed zaidi berhak bersuara.....
aaron aziz menang pun kerana suara rakyat malaysia......
sebagai peminat seni.... kita fikir sendiri mana yg patut kita lakukan.....
kalau tak suka industri kita dijajah... sekat kemasukan luar.....
@emy zulaiha
EMY TGH SIBUK BUAT APA SEKARANG nih?..^__^
ISU DUNIA HIBURAN YG TENGAH 'PANAS' SEKARANG nih...EMY...SAMPAI FB ZZ KENA HACK...ermm
A'AH...DUA2 TAK SALAH..TAK PATUT ADA SESIAPA KUTUK MEREKA.
@azie namico
A'AH...AZIE...^__^
SEMUA ORG ADA HAK UNTUK BERSUARA, MELUAHKAN PERASAAN MEREKA. KALAU DIPENDAM2 KAN PUN LAMA2 'MELETUS' JUGAK KAN?
ARTIS TEMPATAN MEMANG BERKUALITI SEJAK SEKIAN LAMA...ITU YG AYIE PERHATIKAN. ^__^
@Cik Sweet Pea
AYIE SUKA DAN TERTARIK DGN RESPON CIK SWEETPEA NIH...SERIKANDI MALAYA..hehe... ^__^
@sis92
ZZ HANYA MELUAHKAN PANDANGAN YG DIRASAKANNYA. SEMUA ORG ADA PEMIKIRAN PERIBADI..DAN ITULAH YG DILUAHKAN ZZ.
KALAU DIPERAM RASA HATI MCM TEMPOYAK PUN LAMA2 MEMUDARATKAN...KAN SIS?..hehehe :D
@remyhazza
SUATU IDEA YG PERNAH DI SUARAKAN..REMY.. ^__^
BIDANG SENI HIBURAN BERKAITAN DGN MINAT DAN KESUKAAN ORG...NAK SEKAT KESUKAAN ORG BUKAN SESUATU YG MUDAH...KALAU DISEKAT PUN UTK BERAPA LAMA? LAMA KELAMAAN AKAN DIUBAH JUGA...
...SEPERTI BOLA SEPAK..SEKAT PEMAIN IMPORT..UTK BERAPA LAMA BERTAHAN...LAMA KELAMAAN DIBOLEHKAN JUGA..SBB IA BERKAITAN DGN KESUKAAN ORG/PENONTON.
haha xde ape lah abg ayie...cume emy rase kekangan masa. haha poyokan! werk ;p
lah..kesian dia sampai kene hack! takpe..pendapat die ade benar jugak!
isu ini tak sepatutnya timbul..kalau nak menjaga indstri tempatan dan tak nak orang luar menang anugerah..then jangan bagi orang luar menapak dalam industri tempatan...mudah kan
kemenangan aaron Aziz membuktikan yang peminat industri tempatan tak pandang dah kewarganegaraan seseorang tetapi menghargai bakat pelakon itu.
dari meluahkan rasa tidak puas hati...lebih elok memperbaiki bakat yang telah tuhan anugerahkan tu..mana tahu ada harapan menang anugerah tahun depan ke..huhu
mungkin zed kuciwa sebab dia tak menang...hehe...
**baik jadi mcm saya...langsung tak tahu menahu bila abpbh 2012..hik3..sedar2 esok cikgu kt sekolah cakap aaron menang...kuikui...
@emy zulaiha
MEMANG RAMAI BLOGGER YANG MENGHADAPI MASALAH KEKANGAN MASA....EMY.
CUBA laa BUAT ENTRY DGN BATAS MASA YANG ADA...KALAU MASA SIKIT BUAT jer laa ENTRY YG RINGKAS...^__^
@puteri kasih
NAK MENGHALANG MINAT ORG BUKAN laa MUDAH PUTERI...
ZED ZAIDI BERSUARA MEWAKILI KERJA ANAK SENI TEMPATAN DI TANAH AIR...AYIE RASA DIA BERHAK UNTUK BERSUARA...TAK SALAH APA PUN.
ZED ZAIDI DAN PELAKON2 MALAYSIA YG LAIN MEMANG TELAH TERBUKTI LAKONAN MEREKA BAGUS MALAH LEBIH BAIK DARI SESETENGAH PELAKON2 HOLLYWOOD....SEKALIPUN.
@Cikgu Ma
AYIE TAK FIKIR SBB KECEWA...CIKGU MA
ZED ZAIDI BERSUARA SBG ANAK MALAYSIA SEJATI YG MENCINTAI BIDANG YG IA CEBURI...
SESUAI DGN JAWATAN YG IA PEGANG DLM PERSATUAN SENIMAN YG MENJAGA KEBAJIKAN ANAK SENI TEMPATAN...
RAKYAT MALAYSIA TERKENAL TAK TAKUT BERSUARA WALAU MUNGKIN IA AKAN DIANIAYA...
Ambil kehadiran pemain import ini disudut positif...
Iaitu mewujudkan persaingan yang sihat antara artis demi perkembangan industri...
pendapat peribadi sy sendiri la kan, memang dia tak patot hentam, tapi at least die menyuarakan pendapat, dan sy pon rasa anugerah tu patot di berikan kepada warganegara jugak. kalau macam ni, tak naik la nama org Malaysia, even memang ramai yg minat Aaron ni. :o
@Zayani
AYIE RASA KEBEBASAN MENYUARAKAN PANDANGAN TAK SALAH.
SEMUA ORANG ADA PANDANGANNYA MASING2..KNPA PULAK ADA PIHAK YG NAK HALANG ATAU X PUAS HATI BILA SESEORG MENYATAKAN PANDANGAN FIKIRANNYA.
LAST2...MEREKA ANIAYA FB ZZ...NAMPAK SGT MEREKA SALAH DAN ZZ BERADA DI PIHAK YG BENAR...SBB ITU FB DIA DIANIAYA...ermmm
@Koding
KENA IKUT UNDANG2 JUGAK KAN? BUKAN BEBAS BEKERJA MCM tu jer kan?
Post a Comment