Daulat Tuanku
Pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
Pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong
ISTIADAT pertabalan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara jalan Duta, diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.
Istiadat pertabalan diraja itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Yang Dipertuan Agong ke-13, yang juga Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011 lalu.
Ini merupakan pertabalan kali kedua baginda Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 83 tahun. Sebelum ini, baginda pernah diisytihar menjadi Yang Dipertuan Agong ke-5 antara tahun 1970 hingga 1975. Sekaligus perlantikan baginda telah mencipta satu sejarah dalam pelantikan Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957. DAULAT TUANKU.
Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, 11 April 2012 Diisytihar Hari Cuti Umum Seluruh Negara
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
"Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing," menurut kenyataan yang dikeluarkan itu.
Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diadakan di istana baru Jalan Duta.
Istiadat pertabalan diraja yang hanya dapat disaksikan sekali dalam tempoh lima tahun akan diadakan di Balairong Seri Istana Negara yang bukan sahaja bakal menjadi tumpuan rakyat jelata malah dunia.
Mengulas Balairong Seri, AR Datuk (Dr) Nik Mohamed Mahmood, Pengarah Urusan Kumpulan Senireka Sdn Bhd (KSSB) iaitu syarikat yang merekabentuk pelan Istana Negara berkata, Balairong Seri bersama Dewan Santapan dan Surau yang terletak di Sayap Rasmi mampu menampung seramai 1,000 hadirin.
Selain itu, di luar Balairong Seri dan Dewan Santapan pula terletak bilik Menunggu Diraja di lobi utama dan ruang legar tetamu yang besar akan turut digunakan bagi majlis pertabalan itu. Turut tidak terkecuali, bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, bilik Singgahsana.
Senibina Istana Baru
Menurut Nik Mohamed, rekaan Istana Negara menyaksikan penggabungan antara konsep tradisional Melayu dan senibina Islam.
Dibina atas tapak berkeluasan 106 hektar (241.3 ekar), keseluruhan pelan bangunan utama Istana Negara menghadap ke arah Kiblat dan dibahagikan mengikut aras dan sayap mengikut fungsi.
"Aras utama dibahagikan kepada Sayap Rasmi dan Sayap Diraja. Aras di bawah terletaknya pula pejabat pentadbiran, dapur, stor dan ruang sokongan lain.
Berbanding istana sebelum ini yang hanya mempunyai dua kubah, istana baru mempunyai 22 kubah dengan kubah utama mencapai ketinggian 60m seiring dengan kedudukan dan darjat Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong.
Mengulas rekaan Pintu Gerbang Utama yang terletak pada jalan masuk dari Jalan Duta, ia direka bentuk khusus supaya mengukuhkan lagi simbol keagungan tempat bersemayam Ketua Negara Malaysia.
Ia mempunyai ciri-ciri ukiran flora yang melambangkan bunga kebangsaan, Bunga Raya serta ukiran Islam.
Tiga Laluan Utama
Terdapat tiga laluan utama untuk memasuki Istana Negara Jalan Duta iaitu Pintu Gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta bagi kegunaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta Duli-Duli Yang Maha Mulia Permaisuri-Permaisuri Baginda, Tuan Yang Terutama Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Ketua-Ketua Negara dan Ketua-Ketua Kerajaan.
Pintu Gerbang Masuk Utama ini turut menempatkan Pengawal Istana dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja serta pengawal berkuda yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Bagi pintu kedua yang terletak di Jalan Changkat Semantan adalah pintu masuk bagi kegunaan Tetamu Diraja serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.
Manakala, pintu ketiga yang terletak di Jalan Sri Hartamas, Mont Kiara adalah pintu masuk bagi rakyat yang ingin berurusan dengan Seri Paduka serta Pentadbiran Istana Negara serta tetamu jemputan bagi menghadiri sesuatu majlis di Istana Negara.
Sememangnya, tugasan melaksanakan rekaan itu bukanlah satu kerja yang mudah. Nik Mohamed berkata, bagi melaksanakan perancangan Istana Negara yang baru ini, pihak KSSB enerima banyak panduan dan nasihat daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang pada masa itu adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-12.
Biarpun pernah berpengalaman dalam merekabentuk Istana Selangor di Kuala Lumpur, Istana Darul Ehsan di Putrajaya, namun akui Nik Mohamed tugasan kali ini adalah paling mencabar. [Sumber]















16 comments:
cantik dan gah istana baru negara kita nie.....
daulat tuanku....
azie dah pergi tengok kat luar binaan istana negara yang baru nie, memang cantik !!!
p/s:-buai laju2 azie nak kawen dengan anak raja...weee...hoyeee...esok cuti!!
Daulat Tuanku...
Sultan Kelantan n Sultan Kedah bergabung.
@remyhazza
MEMANG CANTIK REMY...LOKASINYA PUN MENARIK ATAS BUKIT DI KWSN STRATEGIK.
@azie namico
AZIE TGOK KAT PINTU GERBANG tu ke?
NAK KAWIN DGN ANAK RAJA YG BERDAULAT ATAU ANAK RAJA APA2 SAJA laa...hehe RAJA ADA BERMACAM2 JENIS RAJA SKRG ni...haha ^__^
@faiz fakhirin
A'AH GABUNGAN LAMA DAN BARU...^__^
DAULAT TUANKU.
cuti!!! daulat tuanku :)
Daulut Tuanku
selamat bercuti warga malaysia.cantik seni bina istana baru ni.btw,fiza ade buat entry tentang ni juga..info fiza kreditkan di entry abg ayie nie..
http://www.azhafizah.com/2012/04/daulat-tuanku.html
@LoveBug
SERONOK EH DAPAT CUTI CHA...AIK? CHA KAN DAH SELALU TIDO LAMBAT...haha :P
@Azhafizah[フィザ]
DAULAT TUANKU...
BAGUS tu FIZA...NANTI AYIE DTG LAYAN ENTRY FIZA YG BERKAITAN. ^__^
seronoknyeee cuti~ hehehe
YDP Agong merupakan kedudukan tertinggi di negara ini dalam amalan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
DAULAT TUANKU...
tak sabar nak menonton siaran langsung. sebab kalau terlepas peluang mungkin terpaksa tunggu lagi 5 tahun
Daulat Tuanku
@TiraPengemis
CUTI PERISTIWA 5 TAHUN SEKALI PULK tu...TIRAH...^__^
@Koding
BETUL KODING...KETUA NEGARA.^__^
DAULAT TUANKU.
@puteri kasih
5 TAHUN LAGI...LAMA tu KAN PUTERI?
DAULAT TUANKU.
Post a Comment