Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
KALAU dah nasib sudah tersurat, apa boleh buat kena redha jer laa...ermmm. Kata-kata di atas dipetik dari lirik awal lagu Di Manakan Ku Cari Ganti lagu popular malar segar nyanyian dan ciptaan seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Bait-bait sedih itu memang benar-benar terjadi kepada anak cucu seniman tersohor negara itu.
Cerita tentang kesusahan dan kesempitan hidup waris P.Ramlee, bukanlah cerita baru. Sudah lama kisah-kisah mereka diceritakan di media massa. Malah Allahyarham P.Ramlee sendiri meninggal dunia dalam keadaan tidak meninggalkan harta kemewahan. PGGP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Rumah Pusaka Seniman Agung Disita,
Waris P.Ramlee Akan Merempat?
Waris P.Ramlee Akan Merempat?
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi tempoh seminggu kepada waris Allahyarham Tan Sri P Ramlee supaya membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM10,000 bagi mengelak rumah pusaka Seniman Agung itu di Taman Setapak di sini, disita. [Sumber]
Arahan itu berdasarkan notis yang ditampal kakitangan DBKL di hadapan rumah berkenaan, Rabu lalu.
Rumah yang dibeli Allahyarham pada lewat 60-an dan pernah menjadi lokasi penggambaran filem arahannya, Gerimis (1968), kini didiami menantunya, Suria Bakar, 43, bersama dua cucunya.
Suria, isteri anak Allahyarham, Nasir Ramlee yang meninggal dunia empat tahun lalu, terkejut apabila menerima notis berkenaan Rabu lalu yang dilekatkan di hadapan rumahnya.
![]() |
| Termenung sayu mengenang nasib, rumah pusaka seniman agung bakal disita |
“Saya terkejut dan tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripada membayar tunggakan cukai taksiran berkenaan."
![]() |
| WARIS - Nasir yang meninggal 4 tahun lalu |
Beliau mengakui hujung tahun lalu, anaknya pernah ke DBKL untuk menyelesaikan masalah ini dan diberikan kelonggaran membayar ansuran RM200 sebulan.
Bagaimanapun, katanya mereka tiga beranak yang kini hidup dengan hasil bantuan Baitulmal RM400 sebulan, tidak mampu untuk membayar ansuran bulanan yang ditetapkan DBKL itu.
“Saya amat tertekan dengan situasi ini, bukan niat untuk meraih simpati sesiapa, tetapi kami amat sedih kerana akan kehilangan satu-satunya rumah pusaka tempat kami tiga beranak berteduh,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap DBKL dapat mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan itu daripada RM200 kepada lebih rendah.
p/s : Ketika pelakon asing sibuk diangkat jadi pelakon paling popular di negara ini, waris seniman agung sendiri tak terbela, bergelut dengan nasib yang tak menentu. Malah mungkin akan merempat apabila dihalau keluar rumah nanti. Inilah akibatnya apabila, orang kuat persatuan Seniman tak boleh bersuara di negara sendiri. Apabila bersuara jer akan dikutuk dan dianiaya. Ermmm... sedih betul laa. Kalau dah nasib sudah tersurat, apa boleh buat.....











20 comments:
org kuat seniman sepatutnya bersatu dan lebih aktif membela kebajikan anak seni tempatan bukannya bertindak ikut kepala sendiri untuk meluahkan rasa ketidakpuashatian
contoh terbaru isu bob kuman yang menderita dan perlukan bantuan.
apesal la die tak nk g keje ke ape. adoi.~
@puteri kasih
APA BOLEH BUAT PUTERI...ORG KUAT SENIMAN TAK BOLEH BERSUARA DI NEGARA SENDIRI...JIKA BERSUARA MEREKA AKAN DIKECAM DAN DIKUTUK MALAH AKAN DIANIAYA SEPERTI YG DIALAMI ZED ZAIDI...APABILA DIA BERSUARA MEMBELA NASIB ARTIS TEMPATAN.
SUDAH BEGITU NASIB MEREKA...APA BOLEH BUAT....
kalau zed zaidi ikhlas dengan tugas dan tanggungjawab yang diamahkan padanya, mungkin dia boleh cuba membantu artis-artis tempatan yang kurang bernasib baik.
@puteri kasih
ZED ZAIDI MEMANG PEMIMPIN MUDA SENIMAN YG AKTIF MENBELA NASIB ARTIS TEMPATAN...
TERMASUK laa KEBERANIAN DIA BERSUARA..MENEGAK KAN HAK ARTIS TEMPATAN DI DLM INDUSTRI SENI NEGARA SENDIRI...
TAPI SAYANGNYA ADA ORG YG TAK SUKA DGN KEIKHLASAN DIA..BUAT KERJA YG DIAMANAHKAN PD NYA..ermm
DAH NASIB..APA NAK BUAT....
kesian depa..xkan xde jalan penyelesaian lain?
@O CIKTEDDY
INSYA ALLAH...CIK TEDDY
ADA laa PIHAK2 TERTENTU YG MENGHULURKAN BANTUAN KPD MEREKA NANTI...RAKYAT MALAYSIA KAN PERIHATIN. ^__^
hurmm kesian pulak kat mereka ..tak bkerja, anak2 blaja lagi..hmm
hish mana adil macam nie.. hope rumah tu tak disita.. hope ada pihak datang membantu..
@sis92
dah laa tu SIS...RUMAH PUSAKA MEREKA PUN NAK DISITA...ermmm MEMANG BETUL2 KESIAN...
TAPI INSYA ALLAH ADA YG AKAN MEMBANTU NANTI. ^__^
@Aida Omar
BETUL AIDA...RUMAH tu RUMAH PUSAKA SENIMAN AGUNG NEGARA....TENTU BERNILAI KPD KHAZANAH NEGARA kan?
MANA BOLEH DISITA MACAM tu jer...ermmm
Harap harap nasib mereka terbela dan tidak sepatutnya rumah tu disita.
kesiannye lah diorang kan..sapelah nak membela nasib dorg lagi kan. Semoga ada jalan penyelesaian yg terbaik selain disita.
alahai...mcm mana boleh jadi mcm nie...
p/s:-bair azie jelah beli rumah tu..kekeke *over*..tapi tak mau lah takut p.ramlee dtg pulak..weee
byk dh dgr nasib seniman yg xterbela..
@Azhafizah[フィザ]
MUDAH2AN BEGITU laa FIZA...
KESIAN DGN MEREKA...
AYIE YAKIN ADA PIHAK YG AKAN MEMBANTU MEREKA NANTI...INSYA ALLAH.
@emy zulaiha
MEREKA WARIS SENIMAN AGUNG P.RAMLEE
AYIE YAKIN AKAN ADA ORG ATAU PIHAK YG AKAN MEMBELA NASIB MEREKA.
A'AH..EMY TENTU ADA JLN LAIN YG TERBAIK SELAIN DISITA....ermmm
@azie namico
SEBAB TAK MAMPU BAYAR 10K tu laa AZIE...ermm
NANTI ADA laa JLN PENYELESAIAN YG TERBAIK BILA KISAH KESEMPITAN MEREKA DISEBAR DLM MEDIA...INSYA ALLAH...
RUMAH PUSAKA SENIMAN AGUNG tu...JADI POPULAR laa AZIE NANTI...MANA TAU HARGA RUMAH tu MELAMBUNG TINGGI DI MASA AKAN DTG SBB NILAI SEJARAHNYA...hehe...(angan jer kan)
@Cikgu Jaja™
BETUL JAJA....KITA SELALU TERHIBUR DGN MEREKA...KITA SELALU SANGKA MEREKA HIDUP DLM BAHAGIA
TANPA KITA SEDAR RAMAI JUGA SENIMAN YG MENDERITA TERUTAMA APABILA MEREKA SUDAH TAK BERDAYA.
@Zayani
MEREKA ADA MASALAH TERSENDIRI AGAKNYA..ZAYANI...ermm
Post a Comment