BERATNYA beban yang ditanggung oleh seorang isteri apabila status jantinanya dipertikai oleh suami sendiri dan kemudian berita itu tersebar meluas jadi bahan berita dan buah mulut orang ramai. Tak cukup dengan itu terpaksa pulak keluar masuk mahkamah.
Itulah beban dan aib yang perlu ditanggung oleh seorang pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah, 37. Semuanya bermula apabila beliau dan suaminya yang beristeri 3 (termasuk Sri Wani) mengambil keputusan menikah di Songkhla, selatan Thailand pada 19 Ogos 2009.
Status Jantina Isteri Dipertikai Suami -
Isteri Dibayangi Ketakutan Keluar Rumah
Isteri Dibayangi Ketakutan Keluar Rumah
KUALA LUMPUR – Pengusaha produk kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, dia tidak menyerahkan afidavit injunksi kepada peguam kerana takut keluar rumah.
Dia berkata demikian ketika disoal Hakim Syarie, Abdul Walid Abu, berkenaan kegagalannya untuk menyerahkan afidavit itu seperti ditetapkan.
Menurutnya, sejak status jantinanya yang dipertikai suami diketahui umum, dia bukan sahaja menjadi buruan media, malah ada individu tidak dikenali turut mengganggunya.
“Saya terpaksa sembunyi di rumah,” katanya. Dia tidak diwakili peguam.
Dalam pada itu, Sri Wani memberitahu mahkamah, dia memerlukan sedikit masa lagi untuk membuat pindaan afidavit sebelum diserahkan kepada peguam Muhammad Hafiz Ab Rashid.
“Sebelum ini, peguam ada datang jumpa saya untuk selesai kes cara baik. Tapi saya takut saya diperangkap. Saya nak masukkan beberapa perkara baru dalam afidavit ini,” katanya.
Muhammad Hafiz tidak membantah permohonan Sri Wani, namun memohon afidavit asal turut diserahkan kepadanya bersama afidavit baru sebagai rujukan.
Mahkamah menetapkan tempoh seminggu kepada Sri Wani untuk melengkapkan afidavit diikuti 14 hari tempoh kepada Muhammad Hafiz untuk memfailkan jawapan.
Kes ditetapkan untuk perbicaraan bermula 17 Mei ini.
![]() |
| suami yang dakwa isterinya lelaki |
Bahrom turut memohon mahkamah memerintahkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dijalankan bagi mengesahkan jantina isteri ketiganya itu, yang dinikahi pada 19 Ogos 2009.
Susulan itu, Sri Wani memfailkan bantahan awal dengan alasan dia dianiaya.
Sri Wani turut memfailkan injunksi ‘ex parte’ (sebelah pihak) terhadap dua madunya agar tidak mengganggu dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Keputusan permohonan DNA itu akan diumumkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 23 April ini. [Sumber]
.....................................................................................................
Entry Lain Yang Berkaitan
Ibu Saudara Pertahan Isteri Adalah Perempuan
Permohonan injunksi terhadap dua madu oleh seorang pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah yang status jantinanya dipertikaikan oleh suami, ditetapkan untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah kuala Lumpur pada 17 Mei ini.
![]() |
| Sri Wani - isteri dituduh lelaki |
Pengesahan eksklusif jantina Sri Wani Choo Abdullah yang telah dipetik dan disunting dari artikel Sinar Harian oleh ibu saudara Sri Wani, Connie Chee, 45, seorang kerani di sebuah syarikat swasta selepas suaminya memfailkan pembatalan perkahwinan di Mahkamah Syariah, tahun lalu diketahui umum.
Connie memberitahu, Sri Wani diserahkan kepada ibu bapanya (Connie) sejak lahir dan anak saudaranya itu membesar sebagai seorang perempuan.
“Sampai bila-bila pun dia tetap perempuan kerana itu adalah dia. Saya ada bukti kukuh. Saya dan adik-beradik lain membesar bersamanya, malah saya yang mandikan dia."
“Dari kecil sampai sekarang, Sri Wani tidak rahsiakan apa-apa dengan saya. (Oleh itu) hentikanlah fitnah. Kasihankan dia,” katanya dalam nada sedih mengenangkan nasib Sri Wani.
“Terima kasih, akak reda dengan segala ujian. Akak doa dan harap ALLAH sayangkan akak” - Sri Wani Choo . [Sumber]













18 comments:
Moga kebenaran terbukti kelak...
Dan tiada sesiapa yang teraniaya...
kena siasat lagi nie.. insyaAllah setel la nnt.. :)
Eh !bukan kawin guna ic ker , mesti lah tahu
Lelaki ke perempuan ,tapi yelah sebab kawen kat
Thailand...
Kene siasat kes nie , harap dpt kebenaran..ahaks!
macam2 hal sekarang nie......
tapi kalau dah setahun kawen apasal baru nk kuar statement....
nampak sangat laki dia tu tak betul.....
munkin jugak sri wani tu khunsa....
dari kechil dah jadi pompuan....
haha,~ ada jugak eh kes macam ni. dah die tu bukan "perempuan", knapa nk cerai2 lg? kan mmg akn terbatal nikah die. haih.~ ;o
pelik juga kan sebab dah kahwin lama bukan sehari dua..takkan selama ini dia tak tgk mykad wife dia..hurmm
kebenaran pasti akan muncul jua satu hari nanti
er..
macam2 org skrg ni...
@Koding
YER...KODING...SEMOGA KEBENARAN AKAN BERPIHAK KEPADA YG TIDAK BERSALAH.^__^
@Cikgu Jaja™
BETUL tu...JAJA.
KEBENARAN AKAN BERPIHAK JUA KEPADA ORANG YG TIDAK BERSALAH...INSYA ALLAH
@azie namico
tu laa AZIE...KAHWIN PUN DEKAT SELATAN THAILAND...tu YANG TIMBUL MASALAH DI KEMUDIAN HARI NYA...ermmm
KESIAN KAN?...SEMOGA KESUDAHAN YG BAIK AKAN BERPIHAK KPD YG TAK BERSALAH. ^__^
@remyhazza
AYIE PUN FIKIR MCM tu JUGAK...REMY.
ermmm..KEMUGKINAN JUGA DIA KHUNSA...KALAU BEGITU DIA MEMANG TAK BERSALAH. ITU BUKAN KEHENDAK DIA.
@Zayani
BETUL JUGAK tu ZAYANI...
KALAU BUKAN POMPUAN...AUTOMATIK PERKAHWINAN TAK SAH DAN BATALKAN?
NAK MASUK MAHKAMAH BUAT APA LAGI?
NAK SAH KAN STATUS JANTINA ISTERI laa tu..ermmm
@puteri kasih
tu laa PUTERI...DAH BERTAHUN KAHWIN BUKAN NYA SEBULAN DUA...BARU NAK HEBOH2 PASAL STATUS JANTINA ISTERI...?
DAH laa tu ADA MASALAH DGN MADU2 YG LAIN PULAK...KESIAN..
@Teenager Housemaid
MANUSIA PUNYA CERITA..TEENAGER...
ermmm...ADA2 jer KISAH DAN PERISTIWA NYA.
susa nak taw mne btl mne salah kan~kuasa Tuhan~
@TiraPengemis
ALLAH TAALA YANG MAHA MENGETAHUI....
INSYA ALLAH...PIHAK YG BENAR AKAN TERBUKTI BENAR DAN TIDAK BERSALAH...TIRAH. ^__^
da lama baru peresan ke
macam-macam la
Post a Comment