Lelaki Paling Kacak Inilah Dia
PERNAH dengar pertanyaan, siapakah lelaki kacak? suatu pertanya yang subjektif kerana penilaian kekacakkan seseorang lelaki berbeza-beza mengikut pandangan masing-masing orang. Lain padang lain belalang, lain orang tentulah lain sudut pandangnya.
Bagi Ayie lelaki kacak adalah lelaki yang 'kacak' nya itu meliputi luaran dan dalaman. Kekacakannya bermula dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki. Ciri-ciri lelaki kacak yg Ayie mahu ada pada diri sendiri ialah :
Penampilan Luaran Dari Atas Ke Bawah
Lelaki yang berambut pendek dengan niat untuk memudahkannya mengambil wuduk dan sentiasa meminyak rambutnya.
Lelaki yang menutup kepalanya dan melilit kopiahnya dengan serban, terutama apabila mahu mengadap Allah Taala.
Lelaki yang memotong/mencukur misainya.
Lelaki yang memelihara janggut panjang dengan kemas dan sentiasa berminyak dengan rapi.
Lelaki yang kacak sentiasa wangi terutama ketika mengadap Allah dengan memakai sebaik-baik perhiasan (pakaian yang terbaik mengikut sunnah).
Lelaki yang kacak juga sentiasa membersihkan mulut dengan sugi. Selain tidak merokok.
Lelaki yang sentiasa membersihkan dirinya terutama apabila menghampiri waktu solat 5 kali sehari sama ada mandi atau berwuduk. Juga mengekalkan wuduk.
Kekacakan Amalan Dan Pembawaan
Lelaki yang kacak murah dengan senyuman ikhlas dan bersahaja.
Lelaki yang selalu mendahului memberi salam apabila bersemuka dengan kenalan atau orang asing.
Lelaki yang selalu solat berjemaah menyahut panggilan Allah yang diseru melalui suara Muazzin.
Lelaki yang kacak menunggu waktu solat. Ketika azan berkumandang dia telah pun berada di saf pertama untuk menunaikan solat.
Lelaki yang kacak adalah mereka yang solat dengan khusyuk. Apabila ia berdiri qiyam seumpama pokok yang tegak kukuh tak bergerak walau dilanda angin kuat.
Lelaki yang kacak memperbanyakkan solat-solat sunat. Antaranya Dhuha, Hajat, Istikharah, bangun malam mengerjakan Tahajjud dan mengakhiri solatnya dengan Witir.
Lelaki yang kacak tak tergolong dalam kumpulan manusia yang lalai iaitu lidahnya selalu berselawat dan berzikir sepanjang masa walau di mana jua.
Lelaki yang melazimkan membaca Al Quran tiap-tiap hari di waktu awal pagi, siang mahu pun malam sebelum atau selepas bangun tidur.
Lelaki yang kacak berbakti kepada orang tuanya. Dan selalu mendoakan ibubapanya dalam setiap doanya lebih-lebih lagi selepas solat.
----------------------------------------------------------------------------------
Entry lelaki Kacak ini sebenarnya Ayie buat untuk menyahut segmen Cabaran SEO oleh blog Earncent. com. Ini kali kedua blog PGGP menyertai segmen yang dibuat oleh tuan blognya Titan. ~ PGGP
Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh earncent.com dan ditaja bersama oleh contengconteng.com , abangensem.com , cikgudahlia.com , farishishak.blogspot.com , puanbee.com , coretancyber.com , azri.my , sukacuka.com , 1malaysianews.net , ladfeamir.com , theseoapps.com , bluedianthus.com , hafizmohd.com , umarfaruq.com , 1artikel.com , bukitbesi.org , blog.radhio.com , harfiz-bizstudent.blogspot.com , hadihanafee.com , jomtonton.net , muazfaris.com , ohcikgu.com , bloggerwanita.com , cyza.us , lelakiacai.com , sabreehussin.com , abrablog.com , ahmadfaizal.com
RESPON AWAL DARI MY FRIENDS :
azie namico : Wah! bagus segment kali nie , terbaikkk...
Ayie Abas : @azie namico...MEMANG TERBAIK...AZIE... ^__^ DAH LAMA BERADA DALAM DRAFT BARU SEKARANG NAK FOKUS SIAPKAN ENTRY nih...hehe :)
Azhar Zulkafli : kalau hati dan amalan bersih..... terserlah seri lelaki kacak.... sejuk mata memandang . tenang bila dipandang.....
Ayie Abas : @azhar zulkafli...A'AH....KALAU LUARAN DAN DALAMAN BERSIH MEMANG PUNYA AURA YANG AKAN MEMBERI KESAN KEPADA ORANG LAIN. :)









24 comments:
lelaki sperti ini terlalu kacak bagiku..tak terdaya rasanya nak jatuh cinta..muehehe *gurau je*
all the best abg ayie !
@O CIKTEDDY
TAK TERDAYA MENANGGUNG BEBAN SUKMA EH? CIK TEDDY hehehe3 :)
TERIMA KASIH CIK TEDDY ^__^
baca entry ayie nie kan tetiba terlintas satu nama, nama Nabi Muhammad Saw kita.. kalaulah lalu dihadapan aida lelaki yang ayir listkan nie mahu tak berkedip mata kot melihat.. hehe.
terserlah kekacakkan seorang lelaki apabila dia mengutamakan penciptaNya lebih dari segalanya :)
p/s Good luck tau :)
@Aida Omar
RAMAI LELAKI SEPERTI ITU AIDA...AYIE KENAL DENGAN MEREKA :)
WAHHHHHH....TAK BERKEDIP EH? haha3 :D
@puteri kasih
ITULAH SEBENARNYA ERTI KACAK ATAU CANTIK....KAN PUTERI?
APABILA MENGUTAMAKAN DAN MENGENAL SANG PENCIPTANYA IAITU ALLAH TAALA. :)
jaja rasa abg ayie kategori kacak.. :)
Semestinya ayie pun kacak!:)
@Cikgu Jaja™
EHEM...MUDAH2AN....hehe :D
@Embun Melati
AMIIN...AL HAMDULILLAH :)
Ayie mesti kacak kan?
memang kacak
tbe2 rasa nak nyanyi lagu "kacak luar..kacak dalam...kacak dengar sini"....hehehe
@anie
hehe..PERTANYAAN YG SUSAH NK DIJAWAB..ANIE...NANTI ORG KATA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI PULAK...kui3 :P
@anie
A'AH..KACAK DAN MENDAMAIKAN :)
@tirahzairi
AYIE BARU PERASAN LAGU tu BILA TIRAH SEBUT DI SINI... BEST KAN LAGU tu...haha3
baca entry ni.. teringat dekat Kisah Nabi Sulaiman..;)
Readers from Abang ensem blog..
@Nurul Akmal
salam kenal nurul akmal...
nabi sulaiman atau nabi yusuf ni?
hehe :)
kan ayie kan...hehe...jom la nyanyi...hehee
wah ciri2 lelaki kacak ni memang sangat kacak..:)
@tirahzairi
JOMMM...TIRAH...
"KACAK LUAR...KACAK DALAM...KACAK DENGAR SINI...". ^__^
@Teenager Housemaid
LELAKI KACAK YG JADI DAMBAAN WANITA2 YG MAHUKAN KEBAHAGIAAN SEJATI KAN..TEENAGER? :)
lelaki kacak bukan dari luaran tp dari dalaman juga penting...bagus2...
Lelaki Kacak Perancis
@Ikhwan Reyes
KACAK DALAMAN ITU laa PADA AYIE 'KACAK' YANG BERTAHAN LAMA..BERBANDING HANYA KACAK LUARAN SEMATA2. :)
Post a Comment