Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

17 June 2012

Gambar Ikon Hari Bapa Terbaik Di Dunia


Gambar Ikon Hari Bapa Terbaik Dunia

HATI siapakah yang tidak tersentuh bila melihat riak wajah si bapa dalam gambar di atas? Kalau ada pun mungkin HATI ISRAEL jer yang tak tersentuh...hehe.

Lihatlah betapa agungnya kasih sayang seorang bapa kepada anaknya yang begitu jelas 'terpancar' dari wajah si bapa di dalam gambar itu. Ada bermacam-macam emosi boleh kita tafsirkan dari wajah si bapa.

Setiap orang tentu punya penafsiran masing-masing.

Bagi Ayie, apabila memandang wajah si bapa, terlihat 'kekuatan' dan 'ketabahan' hati yang AMAT LUAR BIASA dari seorang ayah. Ketika saat-saat getir dan cemas itu dengan anak yang didukung dalam keadaan parah tak pasti sama ada anak dapat diselamatkan atau tidak, si ayah tetap mendukung sambil berlari membawa si anak untuk mendapatkan rawatan.

Riak wajah 'kasih' yang amat mendalam terlihat disebalik kebimbangan seorang ayah apabila melihat anaknya dalam keadaan cedera parah begitu. PGGP

SELAMAT HARI BAPA DIUCAPKAN PADA SEMUA KAUM ADAM YANG BERGELAR BAPA. SAYANGILAH ANAK2 ANDA DENGAN SEPENUH HATI.  

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Perang Israel-Gaza 2008/2009 -
Matlamat Israel Lenyap Hamas Gagal

KONFLIK Israel-Gaza 2008-2009, merujuk pada konflik yang berlangsung antara Israel dan Hamas, yang terjadi setelah tamat tempoh gencatan senjata selama 6 bulan. Israel melancarkan serangan udara, dipanggil Operation Cast Lead/Mivtza Oferet Yetzukah), terhadap semenanjung Gaza sebagai balasan atas serangan roket dari Gaza oleh Hamas.

Parti politik yang berkuasa di Israel menjadikan perang sebagai propaganda menjelang pilihanraya parlimen Israel pada 10 Februari 2009. Sebuah jejak pendapat yang dilakukan surat kabar Haaretz menunjukkan masyarakat Israel berada di belakang operasi itu.

Bahkan, di samping 52 peratus yang mendukung serangan udara, ada 19 peratus yang mengharapkan serangan darat. Perkembangan ini menyelamatkan populariti gabungan Parti Kadima (Menteri Luar Negeri Tzipi Livni) dan Parti Buruh (Menteri Pertahanan Ehud Barak), yang merosot ketika menghadapi bekas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Dalam perang Israel-Gaza 2008-2009 ini faksi yang bergabung adalah Hamas, Front Rakyat bagi Pembebasan Palestin dan Jihad Islam Palestin serta Front Rakyat bagi Pembebasan Palestin menyatakan yang bertanggung jawab atas tiga atau lima roket yang dilepaskan dari Lebanon menghantam tiga lokasi di wilayah Galilea utara Israel.

Pada 17 Januari 2009, Israel secara sepihak menyatakan gencatan senjata dalam konflik tersebut. Dua hari kemudian Hamas turut menyatakan gencatan senjata setelah Israel mengumumkan akan menarik pasukannya dari semenanjung Gaza dalam waktu 1 minggu.

Setelah itu pada 18 Jan 2009, setelah 22 hari melancarkan serangan ganas ke atas Gaza, Israel memanggil tenteranya keluar dari Gaza. Hampir 1500 rakyat Palestin termasuk wanita, orang tua dan kanak-kanak selain orang awam terbunuh sepanjang konflik itu manakala hanya 13 orang Israel jadi korban kebanyakkannya tentera Israel.

Walau peperangan Israel-Gaza 2008-2009, telah lama berlalu tapi kesannya masih berlarutan hingga ke hari ini terutama di wilayah Gaza, Palestin. Hingga ke saat ini Israel masih mengenakan Pelbagai sekatan hingga menyebabkan penduduk Gaza menderita. [sumber]

14 comments:

Aida Omar said... Reply Comment

Nampak tenang, tabah, mengharap, tawakal muka si ayahnya.. israel memang tidak berperikemanusian.. pentingkan diri.. Moga mereka disana dirahmati Allah dan dipelihara keselamatan mereka. Mereka disana sangat tabah.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Aida Omar

MEMANG TAK BERPERIKEMANUSIAN...DAN BERTENTANGAN DGN UNDANG2 ANTARABANGSA...

APABILA MEREKA MENYERANG SEMUANYA DIANGGAP SAMA...SAMA ADA KANAK2,WANITA ATAU ORG TUA...RAMAI YG TERBUNUH....

azie namico said... Reply Comment

kejam ! bila lah dunia akan bersih dari peperangan bagi negara israel..
mimpi buruk yg nyata telah mereka lakukan terhadap manusia2 yg tidak berdosa..

don't say Muslim terrorism , kerana israel yg sendiri yg memulakannya..

save Palestine ! save children please...

peace GAZA and WORLD...

Ayie Abas said... Reply Comment

@azie namico

ISRAEL AKAN KEMBALI KE BUMI PALESTIN DI AKHIR ZAMAN ITU MMG TELAH DITENTUKAN...

SEMUA AKAN BERAKHIR DI AKHIR ZAMAN NANTI...

SEBELUM ITU KEZALIMAN AKAN TERUS BERLAKU DI TANAH BERKAH PALESTIN ITU. WALLAHU ALLAM.

drzira said... Reply Comment

israel mmg jahat! yg peliknye tkde ape yg nk stopkn dorh . pbb pn tk!

puteri kasih said... Reply Comment

dunia semakin kejam namun kasih sayang ibu dan ayah tidak akan pernah terpadam dalam mendidik seorang anak menjadi insan yang berguna.

Semoga manusia akan sedar bahawa peperangan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak sebaliknya ramai insan yang tak berdosa akan kehilangan nyawa kerananya

tirahzairi said... Reply Comment

rindu abah~~~huhu

LaLa mhdnor said... Reply Comment

Ya Allah, kesiannya budak tu :(

Remy hazza said... Reply Comment

ketabahan seorg bapa yg hidup dlm sengsara.....
betapa kejam nya israel.....
moga Allah selamatkan seluruh umat islan di sana....amin

Ayie Abas said... Reply Comment

@drzira

YAHUDI PUNYA PENGARUH YG LUAS....DRZIRA...TERUTAMA DI NEGARA2 BARAT...

APA SAJA BERITA NEGATIF PASAL ISRAEL AKAN CUBA SEDAYA MUNGKIN UTK TIDAK DIPERBESAR2KAN...

Ayie Abas said... Reply Comment

@puteri kasih

A'AH...PUETRI...

KASIH IBU DAN AYAH...KASIH YANG TAK BERPENGHUJUNG...TIADA SIAPA YG DPT 'MERAMPAS' KASIH SYG IBUBAPA KPD ANAKNYA...WALAU APA YG MELANDA...KASIH MEREKA TETAP ABADI.

MANUSIA SEJAK ZAMAN PERMULAAN LAGI SUKA BERPERANG...ATAS SEBAB2 YG BERMACAM2...TAPI ASASNYA KERANA MAHUKAN 'KEDUNIAAN'...

Ayie Abas said... Reply Comment

@tirahzairi

ABAH TIRAH PUN RINDU SAMA TIRAH...hehe :D

Ayie Abas said... Reply Comment

@LaLa mhdnor

KANAK-KANAK KECIL...TAK ADA DOSA...

WALAU MUNGKIN HIDUP TAK LAMA DI DUNIA TAPI INSYA ALLAH DIA AKAN BERBAHAGIA DI SYURGA KELAK...

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

AMIIN... :)

ADA KETIKANYA DLM DERITA ADA KEBAHAGIAAN YG TAK DIPEROLEHI KETIKA DLM KEMEWAHAN...DAN KEMUDAHAN.

..ITULAH YG MEREKA RASAKAN....DERITA PD ZAHIR TAPI BAHAGIA PD JIWA...INSYA ALLAH.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top