Daku Amat Menyintai Mu


19 June 2012

Pompeii Kota Kemurkaan

KEBELAKANGAN ini masyarakat kita digemparkan dengan istilah 'LGBT' ringkasan kepada 'lesbian, gay, bisexual, and transgender' yang cuba dijadikan sebagai suatu gaya hidup yang sah dalam kehidupan masyarakat oleh kelompok manusia yg hidup bertuhankan hawa nafsu dan tidak peduli hukum-hakam dan batas2 agama.

Pada hakikatnya gaya hidup LGBT yang bertuhankan hawa nafsu bukanlah suatu gaya hidup moden, sebaliknya ia adalah merupakan gaya hidup dari tamadun silam yang cuba di 'hidupkan' semula di zaman moden ini oleh golongan tertentu.

Fakta dan sejarah mencatatkan banyak kaum pada zaman silam yang punya tamadun hebat dan gah tapi warganya hidup dalam moral yang menyerupai kehidupan 'haiwan' akhirnya lenyap sekelip mata dalam azab yang amat dahsyat lagi pedih tak terperi. Antara yang paling masyhur dan masih jelas kesan-kesan tinggalan tamadun itu dan betapa ngerinya azab ialah 'lenyap' nya bandar Pompeii. - PGGP

----------------------------------------------------------------------------------------------------

RAMAI yang telah sedia maklum dengan kota purba yang mewah bernama Pompeii, iaitu salah sebuah kota tamadun Rom yang telah hilang ditelan bumi sedalam kira-kira 4 hingga 6 meter, ditimbuni abu dan batuan daripada letusan gunung berapi Vesuvius. Kini kesan-kesan runtuhan kota Pompeii masih dapat dilihat di Naples, Itali.


Pada tarikh 24 Ogos 79 AD, Gunung Vesuvius telah meletus, memuntahkan bertan-tan abu cair, batu gas batu apung dan belerang ke atmosfera. Sebuah 'badai' stim beracun dan lahar panas melanda daerah sekitarnya, membunuh penduduk kota Rom Pompeii, dan kota-kota sekitarnya, Herculaneum dan Stabiae. Pada Bencana selama dua hari itu telah menenggelamkan kota ini selama 1,500 tahun sebelum ditemui semula pada tahun 1599.


kemewahan sosial penduduk pompeii sebelum malapetaka dahsyat berlaku

POMPEII merupakan bandar terkaya zaman purba. Sumber pendapatan yang berlimpah ruah dan hidup mewah. Tidak seperti di bandar lain selama ini, sistem perpaipan sederhana dan keselesaan ada di mana-mana. Begitulah kehidupan bagi mereka yang tinggal di Pompeii, Itali pada bahagian akhir dari 70 AD. Bukan itu sahaja, kota ini juga disajikan dengan pornografi kuno dan pusat hiburan, rumah-rumah pelacuran untuk memenuhi setiap selera.

Pada hari tersebut, umpama hari2 lain, mereka bangun untuk memulakan rutin seharian, sambil menikmati makan tengahari seperti biasa. Tiada langsung tanda2 bahawa mereka akan dilanda bencana dahsyat, apatah lagi dikejutkan dgn letusan gunung berapi.

Larva bergerak 10 mph dan letusan langsung berterusan selama 24 jam, menyebabkan penduduk Pompeii terperangkap dan tidak mampu berbuat apa-apa, sekalipun untuk lari menyelamatkan diri.


Lebih Gambar Sila Klik [LINK]

Menurut Pliny, seorang saksi yang terselamat menceritakan, abu dan asap tebal, awan berwarna gelap pekat, menyelubungi bumi seumpama banjir. Mereka berusaha melarikan diri walaupun keadaan gelap tanpa cahaya. Keadaan ketika itu, sangat gelap, yang mana bukan gelap malam tanpa bulan, tetapi digambarkan seperti kegelapan di dalam bilik tertutup tanpa sebarang cahaya.

Teriakan perempuan boleh didengari di mana-mana, tangisan bayi, dan jeritan lelaki, ada yang memanggil-manggil ibu-bapa mereka, mencari anak dan isteri, masing-masing cuba mengecam mereka dengan hanya mendengar suara.

Mereka meratapi kehilangan keluarga, dan tidak kurang juga memohon untuk mati pada ketika itu juga, kerana tidak sanggup berhadapan dengan bencana yang menimpa. Ada yang memohon pertolongan dewa, dan sesetengahnya sudah hilang kepercayaan kerana telah tenggelam dalam kegelapan yang maha dahsyat.

Keadaan ketika itu, ketakutan, kesedihan dan apa sahaja yang mereka lakukan pada ketika itu, telah terawet dengan sempurna dalam timbunan abu dan larva yang membeku. Kejadian ini telah memberi peluang para arkeologi menghasilkan timeline yang sempurna tentang peristiwa tersebut, dan mengkaji tentang sejarah dan peradaban pada zaman itu.


Lebih Gambar Sila Klik [LINK]

Kota Pompeii terkenal sebagai bandar elit Roman yang terletak di pinggir laut. Kota ini dilengkapi segala kemudahan moden pada zaman itu seperti penyaliran air kepada 25 air pancut di sekitar kota, amphitheater, sekurang-kurangnya 4 tempat mandi awam, ladang-ladang persendirian dan pelbagai jenis perniagaan bagi memenuhi kehendak golongan kaya ketika itu.

Walaupun begitu, kemewahan dan kekayaan kota indah ini ditenggelami abu, batuan dan larva yang membeku hanya dalam masa beberapa jam sahaja.

Masyarakat Pompeii menyembah dewa Phalik. Pompeii menjadi penempatan kepada seramai 20,000 orang. Peristiwa ini berlaku pada saat kota ini dilanda kemuncak kemewahan yang melimpah. Mereka sebenarnya sudah terbiasa dengan gegaran daripada gempa bumi dan letusan kecil sebelum ini.

Malah, pada tahun 62 AD, gempa bumi telah mengakibatkan kota itu menyembah bumi, namun mereka membangunkan semula Pompeii selepas itu. Kebiasaan itu telah menyebabkan mereka menyangkakan hari tersebut seperti hari-hari sebelumnya, dan langsung tidak melarikan diri pada awal kejadian letusan tersebut.

Malapetaka Berlaku Selepas Merai Pesta

Secara ironiknya, letusan itu berlaku selepas pesta meraikan tuhan api, Vulcanalia. Saintis percaya penyebab utama kematian penduduk di situ ialah kerana haba/wap panas yang mencapai hingga 250oC (sekitar 10 batu radius daripada gunung berapi Vesuvius) dan juga sesak nafas akibat abu gunung berapi. Keadaan terburuk dicatatkan apabila mangsa tertimbus di bawah 12 lapisan tanah, sehingga ke dlman 82 kaki secara total, yg berlaku sekurang2nya dlm masa 6 jam.

gambaran artis proses pengalian semula bandar yang tertanam di perut bumi
Penggalian Pompeii pada sekitar abad ke 20 telah menemukan pelbagai gambar-gambar berunsurkan erotisme, bahkan pada menjadi simbol pada barang-barang keperluan di rumah. Penemuan ini memberikan kesan kurang selesa mereka yang menemuinya. Barang-barang tersebut kemudiannya ada yang dimusnahkan, ditanam semula dan ada sesetengahnya disimpan di National Museum of Naples, Italy selama 100 tahun. Barang-barang tersebut hanya dipamerkan bermula tahun 2000, dan kanak-kanak hanya dibenarkan melihatkan sekiranya ditemani golongan dewasa.

Gaya Hidup Penduduk Pompeii Sebelum Mereka Keras Menjadi Batu Selamanya

Golongan pelacur menerima bayaran 3 kali ganda berbanding pekerjaan-pekerjaan lain di bandar secara puratanya, dan khidmat seksual boleh didapati dengan murah di Pompeii – ini berbeza dengan bandar-bandar lain Eropah pada ketika itu.
Rumah-rumah pelacuran dibina mewah, selesa dan luas. Kanak-kanak didedahkan kepada kegiatan seksual sejak kecil lagi, malah telah menjadi perkara biasa kerana bagi mereka tuhan kesuburan dan tuhan “phallus” adalah merujuk tuhan yang sama. [sumber]

Perbuatan penduduk Kota Pompeii seakan sama dengan penduduk Sodom dan Gomorah,dimana perbuatan maksiat sudah menjadi suatu yang lumrah pada masa itu di Pompeii,ini dibuktikan dengan penemuan-penemuan yang sangat mengejutkan dari keruntuhan kota Pompeii dan akhirnya Kota Pompeii hilang di telan bumi.

Warga Pompeii Mengeras Bagaikan Batu



SEMOGA APABILA KITA MELIHAT JASAD-JASAD MANUSIA DARI TAMADUN AGUNG SILAM ITU YANG MENGERAS MENJADI BATU
ADA IKHTIBAR DAN PENGAJARAN YANG KITA SEMUA PEROLEHI.

SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 1433 HIJRAH/2012 - PGGP

28 comments:

Laman Asmara,Alam Maya said... Reply Comment

Allah telah memperlihatkan kebesarannya sejak dulu lagi,balasan dari kemurkaan,bahtera nabi Noh yg karam,byk termaktub dlm AlQuran tapi msh ramai yg tak mahu beriman dgnnya kerana itulah tiada rasa takut utk terus melakukan dosa...hurmmm

"oleh itu bknkah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya dpt melihat kesan2 yg tersebut mereka menjadi org2 yg ada hati yg dgnnya mereka dpt memahami dan mempunyai telinga yg dgn itu mereka mendengar?sesungguhnya bknlah mata mereka yg buta,tetapi yg buta itu adalah matahati yg ada di dlm dada" (Al Haj 22;46)

Terimakasih utk info ni...x dpt mengaembara di seluruh muka bumi pun tak menagapa,sekadar mengembara ke blog2 utk menimba ilmu ~_^

Remy hazza said... Reply Comment

semoga kita semua mengambil iktibar dari peristiwa yg terjadi......
selamatkan moral kita dan hidup berlandaskan landasan yg betul......

azie namico said... Reply Comment

Misteri kota pompeii ???

Ermm....antara bandar metropolitan yg maju , tetapi sgt mundur daripada segi moral dan agama...

Adakah gambar di atas merupakan balasan yg diturunkan oleh allah...?allah maha berkuasa menentukan segalanya...

azie namico said... Reply Comment

Misteri kota pompeii ???

Ermm....antara bandar metropolitan yg maju , tetapi sgt mundur daripada segi moral dan agama...

Adakah gambar di atas merupakan balasan yg diturunkan oleh allah...?allah maha berkuasa menentukan segalanya...

Ayie Abas said... Reply Comment

@Laman Asmara,Alam Maya

NALURI DAN TINGKAH LAKU MANUSIA DARI DULU HINGGA SKRG TETAP SAMA.

MANUSIA TETAP PUNYA HAWA NAFSU SAMPAI BILA2...CUMA YANG BEZANYA SAMA ADA NAFSU ITU DIKENDALI OLEH PERATURAN AGAMA YG DIBAWA OLEH RASUL2 PESURUH ALLAH.....ATAU

NAFSU YG DITURUTI UMPAMA NAFSU 'HAIWAN' YG TAK PUNYA BATASAN.

p/s - itulah sebaik2nya bw dari blog ke blog dan ambil manfaat/kebaikan darinya... ^_^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

BENAR REMY...

SETIAP KEJADIAN/MALAPETAKA DAHSYAT YG PERNAH BERLAKU DI ATAS MUKA BUMI PUNYA IKHTIBAR DAN PENGAJARAN UTK MANUSIA SELEPASNYA...SUPAYA KEBURUKAN YG PERNAH BERLAKU DI SESUATU KAUM ITU TIDAK KEMBALI BERULANG PD KAUM2 MENDATANG...

SBB ITU JUGA laa KISAH2 KAUM TERDAHULU YG TELAH MUSNAH DLM AZAB DI ABADIKAN DLM AL QURAN...JADI BACAAN MANUSIA HINGGA KIAMAT..SPY MANUSIA AMBIL PENGAJARANNYA...

Ayie Abas said... Reply Comment

@azie namico

TAK laa MISTERI SGT...AZIE...PASAL KOTA POMPEII tu SBB SEGALA CATATAN SEJARAH DAN TINGGALAN KESAN2 BANDAR tu SANGAT JELAS DAN BOLEH DILIHAT HINGGA KINI...^__^

POMPEII HANYA laa SALAH SATU BANDAR HEBAT DI ZAMANNYA YG LENYAP DLM MALAPETAKA AZAB...DLM SEJARAH ADA BYK LAGI TAMADUN YG LENYAP SEKELIP MATA.

HAKIKATNYA SEMUA YG BERLAKU DI ATAS MUKA BUMI INI ADALAH DGN KEHENDAK DAN IZIN ALLAH TAALA JUA...SAMA ADA NATIJAH BAIK ATAU BURUK.

Ayie Abas said... Reply Comment

@azie namico

..HANYA ALLAH YANG LAYAK MEMBALAS
(AL MUNTAQIMU : Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya)

SAMA ADA BALASAN AZAB DI DUNIA MAHUPUN AZAB YG LAGI PEDIH DAN BERKEKALAN DI AKHIRAT KELAK.

Tinta Lana said... Reply Comment

Salam.

Ingat lagi, kali pertama membaca kisah pompeii di library, agak teruja kerana melihat manusia2 batu tu.

Apabila smkin dwsa, semakin memahami kisah disebalik kejadian yg mnimpa bandar ni..sprti yg saudara ayie paparkan disini.

Sebenarnya, apa jua isu dizaman skrg..bukan shja LGBT..meliputi smua perkra.. sejarah telah menunjukkan sebab dan akibatnya.

Tinggal kita yg masih bernyawa, untuk ambil iktibar dari setiap satu kejadian yg menimpa.

tirahzairi said... Reply Comment

ayie....serius tirah cakap...entry nie sgt menarik....bila baca, cm tak caya pon ada....uniknyeee ciptaan kan...tp tirah xminat sejarah...hehe...

Diana Azis said... Reply Comment

Setiap apa yg dilarang Allah itu ada sebabnya..balasan sudah lama Allah tunjukkan sejak zaman Nabi Nuh dahulu..Wallahualam

P/s : Kisah pompeii memang menarik utk dibaca..nice sharing :)

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

pompei..murka Allah turun dgn bencana..

menginsafkan.pembacaan yang baik.jaja senang membaca

ianya adalah kerana ilmu

tahniah utk artikel ini abg ayie.. :)selalu jer ada yg bombastik hehe

Puteri Kasih said... Reply Comment

dulu pernah baca kisah pompei. tapi tak selengkap dengan info di sini..

semoga semua yang terjadi dulu, di jadikan iktibar oleh penduduk zaman kini

O CIKTEDDY said... Reply Comment

seram cik bace..moga Allah jauhkan kita dr semua ni.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Tinta Lana

BENAR...LANA

SETIAP KEJADIAN YG BERLAKU MENJADI SEJARAH...DAN SETIAP SEJARAH PUNYA PENGAJARAN DAN IKHTIBAR YG DAPAT DIPELAJARI OLEH ORANG2/KAUM YG AKAN DATANG.

Ayie Abas said... Reply Comment

@tirahzairi

TERIMA KASIH TIRAH...

TAK MINAT SEJARAH X MENGAPA...CUMA KENA AMBIL IKHTIBAR DAN PENGAJARAN DARI SEJARAH YG TELAH BERLAKU ITU LEBIH UTAMA. ^__~

Ayie Abas said... Reply Comment

@Diana Azis

A'AH DIANA....

KISAH2 SEJARAH KAUM2 TERDAHULU YG MENGADUNGI PENGAJARAN DAN IKHTIBAR MEMANG MENARIK UTK DIBACA DAN DIHAYATI...AGAR KESILAPAN YG TELAH KAUM ITU LAKUKAN TIDAK BERULANG KEMBALI.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Cikgu Jaja™

TERIMA KASIH..JAJA SBB SUKA DGN HASIL ENTRY AYIE nih...^__^

BANYAK JUGA MASA DIKELUARKAN UTK SIAPKAN ENTRY tu.

MEMBACA SESUATU ENTRY YG ADA ISI MEMANG BUAT JIWA KITA MAKIN SERONOK MEMBACA LAGI DAN LAGI.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Puteri Kasih

BETUL tu PUTERI...

MANUSIA DARI ZAMAN APA PUN SAMAADA DULU ATAU SEKARANG TETAP PUNYA NALURI YG SAMA.

KESILAPAN YG DILAKUKAN OLEH MANUSIA TERDAHULU BOLEH SAJA DIULANGI OLEH MANUSIA ZAMAN SKRG...

SEBAB ITU DLM AL QURAN..ADA DICERITAKAN TENTANG KAUM2 TERDAHULU YG MENERIMA AZAB DARI ALLAH SPY MANUSIA MENGETAHUI KISAH TERSEBUT DAN AMBIL PENGAJARAN SPY KESILAPAN YG SAMA TIDAK BERLAKU KEMBALI DI ATAS MUKA BUMI INI.

Ayie Abas said... Reply Comment

@O CIKTEDDY

AMIIN...

INSYA ALLAH JIKA KITA AMBIL IKHTIBAR..AZAB SEPERTI ITU TAK AKAN MENIMPA KITA. ^___^

EmpayarUtama said... Reply Comment

Apa yang ditinggalkan dahulu adalah untuk rujukan dan panduan masyarakat zaman seterusnya. Semoga apa yang baik dapat diikuti dan yang tidak baik dapat dijauhi.

drzira said... Reply Comment

thanks share..nice entry.. kalau tk sye tk tau psl pompeii ni..

Embun Melati said... Reply Comment

sama2 kita muhasabah diri..

salam israk dan mikraj..:)

Aida Omar said... Reply Comment

kun faya kun.. Moga menjadi pengajaran buat kita bahawa hidup didunia ini ada batasnya. Kalaulah cerita ini diceritakan disetiap sekolah, institusi pendidikan mesti bermanfaat kan ayie? aida suka baca kisah2 macam nie.. dengan baca kita dapat banyak pengalaman dan pengajaran.

*terbayang2 suasana hari kiamat nanti mesti lagi dasyat dari ini.

Ayie Abas said... Reply Comment

@EmpayarUtama

BETUL tu EU....ITU laa HARAPAN KITA..SEMOGA AZAB YG DITIMPAKAN PD UMAT TERDAHULU YG AMAT NGERI DAN DAHSYAT ITU TIDAK BERULANG...LEBIH2 LAGI PD KITA...

Ayie Abas said... Reply Comment

@drzira

TRAGEDI YG MENIMPA KOTA ROME...POMPEII ni MEMANG POPULAR...

CUMA KURANG DI HEBOH2KAN....FILEM PASAL TRAGEDI tu PUN SEINGAT AYIE...TAK PERNAH LAGI PUN AYIE TGOK DIJADIKAN FILEM/DRAMA BERSIRI YG HEBAT. PADAHAL KISAHNYA LEBIH NYATA DAN DETAIL DARIPADA ATLANTIS YG DIHEBOH2 KAN tu....WALAU KEWUJUDANNYA MASIH JADI TANDA TANYA.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Embun Melati

BERMUHASABAH DIRI UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SPY JADI LEBIH BAIK LAGI. ^__^

SALAM ISRAK MIKRAJ...KEMBALI E.M

Ayie Abas said... Reply Comment

@Aida Omar

AYIE PERASAN JUGA..AIDA MEMANG MINAT PD KISAH2 SEJARAH LEBIH2 LAGI YG ADA 'NILAI' ILMUNYA KAN? ^__^

KIAMAT NANTI LAGI DAHSYAT...BAYANGKAN jer laa GUNUNG-GANANG PECAH BAGAI KAPAS2 YG BERTERBANGAN...BINTANG2 SALING BERLAGA...BETAPA DAHSYATNYA...

WALLAHU 'ALLAM...HANYA ALLAH JUA YG MAHA MENGETAHUINYA....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top