Snow White and the Huntsman - Keluar Dari Kacamata Versi Walt Disney
APABILA disebut nama Snow White, kebanyakkan dari kita tahu nama itu kan?. Tapi Snow White yang kita tahu itu lebih kepada versi dari kacamata animasi Walt Disney, bukan detail dongeng asalnya yang ditulis Brothers Grimm.
Bahawa Snow White bukan hanya Snow White, The Seven Dwarfs, The Evil Queen, The Handsome Prince, Magic Mirror, Apple, Spell and True Kiss. Ada satu karakter yang terlupakan sejak sekian lama walau selalu ada. Dan sebenarnya, watak itu cukup penting walaupun kemunculannya cuma sedikit.
Itu yang dilihat oleh team produser filem yang membawa re-telling baru dongeng ini dalam penyampaian yang sedikit beza, salah satunya ada nama Hossein Amini yang ada dibalik produksi 'Drive'.
Trend filem love story sekarang cenderung dalam bentuk cinta segitiga ala 'Twilight', namun dalam Snow White and the Huntsman team produksi menampilkan karakter itu dalam kedudukan lebih besar untuk diisi aktor yang juga punya nama besar, bahkan pada rancangan awalnya, watak The Huntsman itu mahu diberikan pada Johnny Depp. [sumber]
Sinopsis :
AWALNYA cerita, Ayah Snow White adalah seorang raja yang adil dan bijaksana. Rakyat makmur dan sejahtera dibawah kekuasaannya. Pada suatu hari, Ibu Snow White meninggal dunia, Snow White sangat terpukul dengan kematian ibunya. Setelah beberapa lama kemudian, datang segerombolan tentera hitam datang menyerang kerajaan secara tiba-tiba. Terjadilah peperangan dan kerajaan Ayah Snow White menang. Setelah perang, Ayah Snow White terlihat seorang wanita yang sangat cantik menjadi tawanan perang, wanita itu bernama Revenna. Ayah Snow White pun terpesona dengan kecantikannya, lalu mengambil wanita itu menjadi isterinya.
Revenna adalah wanita yang sangat kejam. Ayah Snow White (Raja) dibunuh oleh Revenna pada malam pertama pernikahan mereka. Dlm usahanya ini, Revenna dibantu oleh adik lelakinya, Finn. Kerajaan jatuh ke tangan Revenna. Ia menguasai kerajaan dan menjadi ratu. Nasib Snow White makin memburuk, ia dikurung di atas menara yang sangat tinggi dengan kamar yang kotor dan sempit sehingga dewasa.
Revenna adalah wanita yang obses dengan kecantikan. Ia melakukan berbagai cara agar tetap menjadi wanita tercantik di dunia. Sampai suatu hari, Revenna sedar bahawa kecantikan yang ia miliki tak akan mampu kekal selama-lamanya. Satu-satunya cara agar tetap muda dan cantik adalah dgn memakan jantung Snow White.
Snow White mengetahui akan hal itu, dia pun berusaha keluar dari menara dan melarikan diri ke hutan. Hutan yang sangat misterius dimana setiap orang yang datang akan mati. Namun tidak untuk Snow White, Ia terus berjuang sekuat tenaga untuk lari dari kejaran tentera Revenna. Mengetahui hutan yang dimasuki oleh Snow White sangat berbahaya, tentera Revenna menyerah dan berhenti mengejar Snow White ke hutan.
Revenna tidak putus asa, ia menyuruh adik lelakinya yang bernama Finn untuk mencari orang yang mahir benar dengan selok-belok hutan. Finn telah menemui seorang duda pemabuk yang baru kehilangan isteri tercintanya, Dialah The Huntsman. Huntsman yang mahir dengan hutan tersebut ditugaskan oleh Revenna untuk mencari Snow White ke dalam hutan dengan janji akan menghidupkan kembali isterinya yang sudah meninggal. Huntsman pun setuju menurut perintah Revenna.
Di dalam hutan, Huntsman berhasil menemukan Snow white. Tetapi Huntsman kecewa setelah mengetahui bahawa janji Revenna untuk menghidupkan isterinya hanyalah satu pembohongan. Huntsman akhirnya belot dengan membela Snow White pula dan mengajaknya berlindung lebih jauh ke dalam hutan, Huntsman juga melatih Snow White untuk melawan Revenna.
Di dalam hutan, mereka mengalami banyak petualangan seru mulai bertemu monster jahat, sekumpulan istri dan anak perempuannya yang ditinggal pergi suaminya untuk berperang. Mereka bertemu 7 orang kerdil yang memberi tempat tinggal untuk mereka. Selain bertemu orang kerdil, mereka juga bertemu teman masa kecil Snow White, Ia adalah Putera William. Mereka melakukan strategi dan bersumpah akan mengalahkan Revenna.
Mereka melakukan perjalanan yang jauh menuju kerajaan pasukan Ayah Snow White, yang merupakan kerajaan Putera William. Dalam perjalanan, Revenna yang jahat menyamar sebagai Putera William dan berhasil meracuni Snow White dengan epal sihir sehingga Snow White jatuh tak sedarkan diri. The Huntsman, Putera William yang sebenar dan ke 6 orang kerdil (di tengah cerita akan ada satu orang kerdil yang mati dipanah pasukan Finn) segera membawa Snow White pulang .
Seperti cerita dalam dongeng, Snow White akan kembali sedar jika mendapat ciuman dari sang Putera. Tetapi Anehnya, Putera William telah mencium bibir Snow White namun Snow White belum juga sedar. Namun saat The Huntsman mencium bibir Snow White, Snow White celik dan bangun kembali dengan semangat membara hendak mengalahkan kekejaman Revenna. [sumber]
Details Film :
Judul : Snow White and The Huntsman
Genre : Action, Petualangan, Fantasi
Tanggal Rilis Perdana : 01 Jun 2012
Studio : Universal Pictures
![]() |
| Rupert Sanders |
Sutradara : Rupert Sanders
Produser : Joe Roth, Palak Patel, Sam Mercer
Penulis Naskah : Hossein Amini, Evan Spiliotopoulos, Evan Daugherty
Pelakon : Kristen Stewart, Chris Hemsworth, Charlize Theron, Ian McShane, Sam Claflin, Ray Winstone, Eddie Izzard, Bob Hoskins, Eddie Marsan, Lily Cole, Stephen Graham, Toby Jones, Sam Spruell.
Poster Snow White and the Huntsman



















16 comments:
masa puteri gi pawagam beberapa bulan lepas, ternampak trailer snow white and the huntsman ni. memang nampak best je. Sekarang lepas dah baca sinopsis ni rasa nak sangat menontonnya.
selalunya bila tengok snowwhite, kisahnya seakan sama, kadang-kadang jemu juga nak menontn tapi kali ini ada perbezaan kan.
fuyoooooo bila dewasa, putera william tu hensem gilerrrr!
Tahu kenapa azie teruja? pemandangannya sangat cantik. pokoknya...
sinimatografinya mabeles macam cheese kek..ahaks
Suka tgk cerita begini tapi cuma di tv..tak pernah masuk pawagam sepanjang usia...malunya rasa...ketinggalan zaman saya....
Belum tengok Cerita Snow White ni lagi. Teringin nak tengok :D Nak tengok Kristen Steward berlakon ^_^ hee
da 20 th x tengok wayang
belum tengok
salam utk ayie.... moga2 sihat selalu.......
remy suka version snow white kali nie.....
lain dari yg lain.....
macam best, tapi nape ramai cakap x best?
@puteri kasih
KALI ni SNOW WHITE DARI SISI YG LEBIH GELAP... :)
@azie namico
PRODUSER YG SAMA BUAT FILEM ALICE IN WONDERLAND...
MESTI BYK GUNA CGI YANG CANGGIH DAN PEMANDANGAN FANTASI YG CANTIK2... :)
@Laman Asmara,Alam Maya
KETINGGALAN YG MCM tu TAK MENGAPA.
ASALKAN TAK KETINGGALAN MENUNAIKAN KEWAJIPAN YG FARDHU...hehe3 :)
@Sally Yatiey
TGOK laa SALLY KALAU ADA KESEMPATAN NANTI.
DIA MEMANG ANTARA PELAKON MUDA YG PALING POPULAR DI HOLLYWOOD SKRG...KESAN DARI WATAK BELLA YG DIA BAWA. :)
@anie
AIII...LAMA NYA tu...hehe...
TAK ADA MASA KOT? ATAU LEBIH BAIK TGOK DVD KAT RUMAH...BOLEH ULANG2 BYK KALI....:P
@shah
TGOK SECARA ONLINE PUN BOLEH...hehe3
@Remy hazza
W'SALAM...
AL HAMDULILLAH... AYIE SIHAT. :)
VERSI KALI ni WATAK HUNTSMAN LEBIH DITONJOLKAN BERBANDING SEBELUM INI WATAK ORG KERDIL YG LEBIH MENONJOL DISAMPING SNOW WHITE. :)
@LaLa mhdnor
TAK TAU laa....CITARASA ORG KAN SENTIASA BERBEZA2.
APAPUN FILEM ni JADI BOX OFFICE LEPAS BEBERAPA HARI TAYANGANNYA KAT PAWAGAM DI US. :)
Post a Comment