MAKA pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejutlah lalu bangun daripada tidur, lalu diriba anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh. Setelah sudah, hari pun sianglah, maka segala mimpinya itu semuanya dikatakannya pada anaknya dan isterinya. Didengar oleh ibu Hang Tuah kata suaminya itu, maka segera dilangirinya dan dimandikan anaknya itu.
Maka diberinya berkain dan berbaju dan destar serba putih. Maka diberinya makan nasi kunyit dan telur ayam dan memberi arwah akan orang tua-tua dan disuruh bacakan doa selamat. Setelah sudah, dipeluk dan dicium anaknya itu. Maka kata Hang Mahmud pada bininya, "Adapun anak kita ini peliharakan baik-baik, jangan diberi bermain jauh, kerana ia sangat nakal. Hendak kusuruhkan mengaji kerana mualim tiada; lagi pula ia tiada tahu bahasa. Sekarang baiklah kita pindah ke Bentan. Maka demikian marilah berlengkap dan bersimpan segala kula kasar kita."
Maka Hang Mahmud pun berlengkaplah dengan sebuah lading. Setelah sudah, maka Hang Mahmud pun berpindahlah ke Bentan. Maka ia pun berbuat rumah hampir kampung Bendahara Paduka Raja. Maka Hang Mahmud pun berjual dan berkedai makanan di kedainya itu.
********************
Bermula Hang Tuah pun besarlah; tahulah ia akan hal ibu bapanya itu. [ Maka Hang Mahmud pun diserahkan anaknya mengaji kepada seorang lebai. Telah berapa lamanya Hang Tuah mengaji Quran, maka pengajian itu pun tamatlah. Maka Hang Tuah mengaji nahu pula. Telah sudah tamat pengajiannya, maka ia berkata kepada bapanya, "Ayuh bapaku, pada bicara hamba, hendak mengaji pada lebai Keling pula, supaya hamba tahu pula bahasanya." Maka kata Hang Mahmud, "Benarlah seperti bicara anakku itu."
Maka Hang Tuah pun mengajilah pula pada seorang lebai Keling. Hatta, beberapa lamanya, maka tamatlah dengan bahasa Keling itu, habislah diketahuinya. Maka Hang Tuah pun berkata pada bapanya hendak mengaji pada lebai Siam pula supaya diketahuilah akan bahasanya.
Setelah sudah diketahuinya akan bahasa Siam itu maka Hang Tuah pun mengaji pula pada seorang lebai Cina. Dengan tiada berapa lamanya maka ia pun tamatlah mengaji bahasa Cina itu; maka habislah diketahuinya bahasa Cina itu. Maka Hang Tuah pun mengaji pula pada lebai Jawa hendak diketahuinya akan bahasa Jawa itu. Kalakian, setelah habislah rata diketahuinya dua belas bahasa itu, maka Hang Tuah pun pulanglah ke rumahnya bersama-sama dengan ibu bapanya mencari makan sehari-hari].
![]() |
| Perigi Hang Tuah - perigi yang digali sendiri oleh Hang Tuah |
--------------------------------------------------------------------------------
Ciri-Ciri dan Sifat Orang Yang Berjaya
Petikan di atas adalah bahagian dari hikayat yang Ayie petik dan taip sendiri dari buku Hikayat Hang Tuah, BAB II. Idea yang Ayie perolehi selepas baca majalah Mastika.
Terdetik di minda mahu jadikan entry di blog PGGP, kerana banyak pengajaran positif yg boleh dikutip dari petikan di atas.
Tapi di sini cukuplah 2 pengajaran positif yang Ayie ketengahkan. Iaitu sikap memohon izin kepada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu perkara yg dicita-citakan, dan sikap mahu menimba ilmu pengetahuan yang membuak-buak daripada siapa saja hingga mahir.
Percayalah jika pada masa itu ada lebai Jepun, lebai Inggeris, lebai Russia, lebai Korea, lebai Uzbek sekali pun confirm Hang Tuah tanpa ragu dan malu akan berjumpa dengan mereka dan belajar dari mereka hingga menguasai bahasa dan ilmu yang ada pada mereka.
Suatu sikap orang-orang yang berjaya yang telah lama diamalkan oleh orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu seperti yang diceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah itu. Sifat yang kini kita warisi. PGGP










28 comments:
Oh begitu sekali hang tuah ingin mempelajari sesuatu perkara , betul lah ader pepatah melayu lama mengatakan , tuntutlah ilmu hingga ke negara china..
X kan melayu hilang di dunia...cewah !
@azie namico
BEGITU laa SEMANGAT HANG TUAH...MENUNTUT ILMU PADAHAL MASA tu DIA MASIH BUDAK LAGI... ^__^
MEMANG BETUL2 HERO laa kan..AZIE?
Smart giler lah hang tuahh.. Hehe.. Gagah perkasa..
cara abg ayi cerita mcm org dlm buku komsas yg jaja belajar ms sekolah dulu..best2
ohhh rajin juga hang tuah belajar rupanya... br tau..
semangat hang tuah menimba ilmu.. semangat perlu ada kan abg ayie :) kalau tak ada memang tak menjadi..
Hang Tuah belajar bahasa AlQuran dahulu diikuti bahasa2 lain...dahulukan qalam Allah..memang berkatlah dan mudah dpt ilmu yg yg dituntut..ermm
baru sekarang remy tahu.... byk lagi sejarah yg kita tak pernah dengar......
rupanya hang tuah tu smart learning ye.....
keredhaan ibu bapa sangat penting untuk berjaya..kisah-kisah sejarah seumpama ini banyak memberi pengajaran kepada semua.
p/s rajin ayie taip yer
waaaa...best la baca penulisan ayieee
berusaha + jgn malu dlm menuntut ilmu..^^
@Bluewendy
HANG TUAH MEMANG SMART DAN HENSEM...WENDY.^__^
...LEBIH2 LAGI DIA JUGA GAGAH PERKASA...EH MCM NAMA BLOH AYIE laa PULAK...? keke
@Cikgu Jaja™
AYIE TAIP SENDIRI SALIN TERUS DARI TEKS HIKAYAT HANG TUAH...JAJA...^__^
tu laa DLM FILEM HANYA DI TUNJUKKAN HANG TUAH DAN SAHABATNYA BELAJAR SILAT jer KAN?
@Aida Omar
...KALAU DLM HIKAYAT..HANG TUAH MEMANG INDIVIDU YG PENUH BERSEMANGAT...AIDA...
BERSEMANGAT BELAJAR ILMU PENGETAHUAN DAN ILMU PERSILATAN...SELAIN BERSEMANGAT DLM MENJLNKAN PERINTAH SULTAN...MCM2 LAGI laa... ^__^
@Laman Asmara,Alam Maya
a'ah KAN?
ORANG MELAYU ZAMAN DULU MEMANG DARI KECIL LAGI UTAMAKAN PENGAJIAN AL QURAN...LEPAS tu BARU BELAJAR YG LAIN2...
MALAH AYIE DENGAR CERITA ZAMAN MAK AYAH DULU...KALAU NK KAWIN KENA KHATAM AL QURAN DULU BARU BOLEH KAWIN...hehe ^__^
@Remy hazza
MEMANG DARI KECIL LAGI HANG TUAH OTAKNYA BERGELIGA KAN REMY?
MEMANG LAYAK laa JADI HERO LAGENDA ^__^
@Puteri Kasih
BERDASARKAN HIKAYAT ITU..KITA TAU..BETAPA ERATNYA KASIH SYG ANTARA IBU BAPA HANG TUAH...PD ANAKNYA KAN PUTERI?
..DAN BETAPA HORMATNYA HANG TUAH PD IBU BAPANYA PULA...BYK PENGAJARAN POSITIF UTK KITA GENERASI KINI...^__^
@O CIKTEDDY
ITU laa PETUA UTK CEMERLANG SBG PELAJAR KAN CIKTEDDY?
SIKAP YG TELAH LAMA DIAMALKAN ORANG2 TERDAHULU...^__^
@Cik Sweet Pea
TERIMA KASIH SWEETPEA...IDEA YG AYIE PEROLEHI DARI PEMBACAAN...^__^
Wah.. trase mcm tgh bljr sejarah pulk skg. Trbaik la ayie ! :)
@Siti Arfah
SEJARAH PENTING ARFAH...BYK MANFAAT YG BOLEH DIPEROLEHI...
DLM AL QURAN JUGA BYK KISAH2 SEJARAH UMMAT TERDAHULU..UTK MANUSIA YG DITURUNKAN AL QURAN PD MEREKA...AMBIL IKTIBAR DAN LAIN2 MANFAAT... ^__^
gud info...gigih Tuah nie..
kna contohi hang tuah....tirah je mls....asek tdo..stdy x....hihi
semangat2...ayie memang sesuai jadi cikgu atau wartawan...hehe
ayie thanks for this story..
seriusly baru tau..:)
@mdmZ
LAYAK laa...JADI HERO DALAM SEJARAH...KAN MDMZ?
TERIMA KASIH...^__^
@tirahzairi
CEPAT CONTOHI HANG TUAH..TIRAH...
MANA TAU BOLEH JADI TOKOH SERIKANDI DLM SEJARAH PULAK NANTI...hehe3
@Embun Melati
AYIE KALAU JADI CIKGU...EM...
AYIE NK JADI CIKGU SENI LUKISAN...ATAU CIKGU KEMAHIRAN HIDUP...
ermm...JADI CIKGU SUBJEK SEJARAH PUN OKEY.JUGAK...hehe
@Teenager Housemaid
IDEA SPONTAN..TEENAGER...
CERITA2 HIKAYAT MEMANG RAMAI YG TAK TAU..SKRG nih...
Post a Comment