Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

12 July 2012

RAMADHAN KEMBALI

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." [Maksud Al Quran surah Al-Baqarah - 183]

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." [Maksud Al Quran surah Al-Baqarah - 184]

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." [Maksud Al Quran surah Al-Baqarah - 185]



----------------------------------------------------------------------------------

KOMPUTER Ayie ada masalah sekarang...sekejap boleh on sekejap bila tekan punat on padam balik...begitulah keadaannya. Ada hasrat nak hantar kedai baiki kerosakan tapi belum betul2 ke arah tu. Selagi komputer ni masih boleh berfungsi... redah jer dulu...hehe (Jangan tiru sikap nih)

Pernah terdetik di hati Ayie...bagaimana kalau tak sempat masuk bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama saja lagi, komputer ni langsung tak boleh on?

Atas sebab itulah Ayie buat entry ini...supaya awal2 lagi Ayie dapat mengucapkan kpd kawan2 :

Selamat Berpuasa Ramadhan 1433 H - 2012
Kepada Semua Rakan-Rakan Blogger Yang Disayangi

Semoga Ramadhan 1433 H Kali Ini Akan Menambah Ketakwaan Kita Kepada Allah

Dan Semua Amalan Wajib Serta Sunat Yang Dilakukan Di Dalam Bulan Ramadhan Kali Ini
Di Terima Di Sisi Allah Seterusnya Menjadi Amal Soleh Sebaik-baik Bekalan Di Akhirat Kelak

Ampun Dan Maaf Dipinta Jika Ada Kesalahan 
Atau Terguris Perasaan Samaada Sengaja Atau Diluar Pengetahuan.

Ikhlas Dari Sahabat Dunia Akhirat Kalian - Ayie Abas

p/s : Ayie tengah siapkan entry contest yang Remy tag Ayie tempoh hari...Ayie nak buat lukisan kartun...nak tengok macam mana hasilnya?...doakan komputer Ayie terus berfungsi yer PGGP

34 comments:

azie namico said... Reply Comment

selamat menyambut bulan ramadhan ayie...semoga amal ibadat kita di terima oleh Allah s.w.t , Amin !

p/s- azie pun nak mintak maaf jika ada kesalahan atau terguris perasaan sama ada sengaja atau diluar pengetahuan.

rAIHan said... Reply Comment

salam ramadhan juga..^^

Remy hazza said... Reply Comment

salam ramadhan utk ayie sekeluarga....
tak sabar rasanya nak berpuasa.....
semoga semua rahmat dicurahkan kepada kita semua......

Laman Asmara,Alam Maya said... Reply Comment

Ramadhan semakin menghampiri ajal maut tak siapa yang tahu...moga dipanjangkan umur kita agar dpt menikmati keberkatan bulan yang mulia ini...Amin

Aida Omar said... Reply Comment

Semoga kita sama2 dipanjangkan umur untuk menikmati bulan ramadhan tahun ini.. :) Ayie aida pun nak wish selamat menyambut bulan ramadhan juga buat ayie :) moga komputer ayie dapat on, boleh aida tgk lukisan tu.. hihi..

tirahzairi said... Reply Comment

ahlan ya ramadhan

Puteri Kasih said... Reply Comment

selamat menyambut bulan ramadhan untuk ayie dan keluarga.

semoga lappy ayie juga akan terus berfungsi jadi dapatla ayie terus berkarya kan :)

p/s ampun dan maaf juga dipinta andainya sepanjang kita mengenali, puteri ada tersilap kata atau terkasar bahasa :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@azie namico

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1433H...AZIE. ^__^

SEMOGA RAMADHAN KALI INI KITA PENUHINYA DGN AMAL SOLEH YG DITERIMA ALLAH TAALA.

p/s : sama2 laa kita saling memaafi yer...weeee

Ayie Abas said... Reply Comment

@rAIHan

SALAM RAMADHAN KEMBALI...RAIHAN. ^__^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

SALAM RAMADHAN KEMBALI KEPADA REMY SEKELUARGA...BALIK PERAK ke MENYAMBUT RAMADHAN DI KG? hehe

AWAL RAMADHAN RAHMAT...PERTENGAHAN KEAMPUNAN DAN AKHIRNYA PELEPASAN DARI API NERAKA...ITU laa YG KITA SEMUA HARAPKAN. ^__^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Laman Asmara,Alam Maya

ITULAH HARAPAN KITA...SEMOGA KITA SEMUA BERKESEMPATAN MENAMBAH AMAL YG BERLIPAT KALI GANDA DI BULAN RAMADHAN INI..AMIIN...^__^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Aida Omar

AMIIN...AIDA. ^__^

SELAMAT MENYAMBUT DAN BERAMAL DI DLM BULAN RAMADHAN AYIE UCAP PD AIDA JUGA.

AMIIN...BERKAT DOA AIDA KOT..KARTUN tu DAH NAK SIAP..hehe3

Ayie Abas said... Reply Comment

@tirahzairi

AHLAN YA RAMADHAN AL MUBARAK...

SELAMAT MENYAMBUT DAN BERAMAL DI DLM BULAN RAMADHAN...TIRAH. ^__^

JOM TERAWIH DAN SAHUR...TIRAH.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Puteri Kasih

TERIMA KASIH PUTERI. ^__~

AMIIN...SEMOGA AYIE DPT TERUS BUAT ENTRY DEMI ENTRY...

SAMA2 laa KITA SALING MEMOHON DAN MEMBERI MAAF...KITA KAN HANYA MANUSIA BIASA...

Siti Arfah said... Reply Comment

Salam Ramadhan Kareem. :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@Siti Arfah

SALAM RAMADHAN KEMBALI...ARFAH. ^__^

drzira said... Reply Comment

selamat brpuasa ayie :)

Cik Sweet Pea said... Reply Comment

X sabarnya nak tunggu Ramadhan datang.....:)

Salam Ramadhan Ayieee

O CIKTEDDY said... Reply Comment

sama2 mnyambut ramadhan yg penuh keberkatan..inshaAllah ^^

fadh leyanie said... Reply Comment

selamat mnyambut bulan Ramadhan,semoga komputer cepat sembuh..

Remy hazza said... Reply Comment

selamat berpuasa ayie.......

buatbest said... Reply Comment

Selamat berpuasa..musim tambah pahala kembali lagi nie..

tirahzairi said... Reply Comment

ayie...sehat?

O CIKTEDDY said... Reply Comment

lama abg ayie hilang =(

pelangi sepi said... Reply Comment

ramadan dah berlalu

Ayie Abas said... Reply Comment

@drzira

TERIMA KASIH drzira....SAMBUNG PULAK PUASA 6... ^__^

Ayie Abas said... Reply Comment

@Cik Sweet Pea

SETIAP YG DATANG PASTI AKAN BERLALU KAN SWEETPEA...BEGITU JUGAK laa DGN RAMADHAN...

Ayie Abas said... Reply Comment

@O CIKTEDDY

BETUL tu CIKTEDDY...BULAN MULIA YG SENTIASA DIRINDUI :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@fadh leyanie

DAPAT KOMPUTER BARU...weeeee...

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

TERIMA KASIH REMY :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@buatbest

BETUL tu...MUSIM PESTA IBADAH :D

Ayie Abas said... Reply Comment

@tirahzairi

AL HAMDULILLAH...AYIE SIHAT.
TIRAH PULAK SIHAT JUGAK ker? :D

Ayie Abas said... Reply Comment

@O CIKTEDDY

LAPPY LAMA ROSAK..SKRG LAPPY BARU..weeee

Ayie Abas said... Reply Comment

@pelangi sepi

MOGA KETEMU KEMBALI DENGAN RAMADHAN DI TAHUN2 MENDATANG..AMIIN :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top