Daku Amat Menyintai Mu


10 September 2012

Inikah Potret Sebenar HANG TUAH


Wajah Sebenar Hang Tuah Didedahkan Untuk Tatapan Umum

APABILA disebut nama Hang Tuah, secara automatik otak kita akan terbayang susuk seorang pahlawan melayu terbilang yang amat masyhur dengan kebijaksanaan, ketinggian ilmu, kegagahan dan ketaatannya yang tidak berbelah bagi pada sultan yang memerintah empayar Melaka pada ketika itu.

Kisah Hang Tuah dirakam dalam manuskrip melayu lama yang sangat tinggi nilai khazanahnya iaitu SEJARAH MELAYU karangan Tun Sri Lanang. Manakala kisah lengkap Hang Tuah telah ditulis dalam HIKAYAT HANG TUAH yang tidak dapat dikenal pasti siapakah pengarangnya yang asal.

Jika sebelum ini kita hanya boleh melihat tinggalan Hang Tuah melalui makamnya di Tanjung Kling dan periginya di Duyong Melaka, kini orang ramai berpeluang melihat potret wajah sebenar Laksamana Melaka yg sangat berkarisma itu.

Gambar diatas adalah potret yang didakwa sebagai rupa Datuk Laksamana Hang Tuah yang Sebenar. Sebelum ini, tiada seorang pun yang tahu bagaimana wajah Hang Tuah dan hanya mendengar kehebatan Laksamana Melaka itu melalui catatan sejarah atau karangan hikayat sahaja.

Bertemu Beberapa Kali Di Alam Ghaib

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada potret itu menyamai 99% wajah sebenar Datuk Laksamana Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan empayar Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya. [sumber]

Di Abadikan Dalam Bentuk Setem

Perkembangan terbaru, orang ramai kini boleh melihat wajah sebenar Laksamana Hang Tuah dengan lebih dekat selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).

“Setem ini terhasil dalam tempoh sebulan iaitu selepas Pejabat Pos Malaysia meluluskan permohonan pengeluaran eksklusif oleh Pesawad seminggu sebelum Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita, di Duyong, semalam.

Khalid berkata, setem yang memaparkan wajah Hang Tuah telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad bertujuan menaikkan jati diri orang Melayu.

Menurutnya, satu set setem mengandungi 10 keping setem dijual dengan harga 60 sen setiap satu, tidak dijual di Pejabat Pos dan Pesawad satu-satunya pihak diberi kebenaran itu menjual setem tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan setem ini dengan menghubungi Ahli Jawatankuasa Pesawad menerusi talian 012-915 1187 atau 013-309 8210 dan belian perlu dibayar melalui kiriman wang,” katanya. [sumber]

p/s : bila tengok potret Datuk Hang Tuah di atas nampak ketegasan dan aura seorang Laksamana yang banyak men- jalankan kerja2 diplomatik untuk empayar Melaka itu. PGGP

4 comments:

Remy hazza said... Reply Comment

ok.... itulah laksamana hang tuah yg sebenarnya...... tapi tak beberapa jelas.....
bagaimana pun... tetap segak !

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

AAH...REMY TAK BERAPA JELAS POTRETNYA...TAPI SEKURANG2 NYA KITA BOLEH BAYANGKAN MCM MANA BENTUK DAN AIR MUKA LAKSAMANA MELAKA TU...KAN? :D

Puteri Kasih said... Reply Comment

bertemu di alam ghaib? hurmm memang nampak gaya seorang pahlawan yang gagah berani :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@Puteri Kasih

PERNAH JUGAK DENGAR ORANG TERTENTU MASUK KE ALAM GHAIB SEBELUM ni...ADALAH CARA2NYA tu...kekeke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top