Daku Amat Menyintai Mu


30 September 2012

UWEKKK!!! Mengapa Einstein Jelir Lidah


Merungkai Kisah Di Sebalik Gambar Popular Albert Einstein Menjelir Lidah

ALBERT EINSTEIN (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori warga Amerika berasal dari Jerman yang dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi.

Einstein telah dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta 'khidmatnya kepada Fizik Teori'.

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya disinonimkan dengan kegeniusan.

Tentu pernah melihat gambar Albert Einstein menjelirkan lidahnya ini kan?. Gambar tersebut diambil oleh jurugambar bernama Arthur Sasse, pada 14 Mac 1951 di Princeton semasa menyambut hari lahirnya yang ke-72.

Gambar yang dipotong dari gambar asalnya iaitu gambar Albert Einstein sedang duduk di kerusi belakang sebuah kereta bersama Dr Fank Aydelotte serta isterinya.


Mengapa Einstein menjelir lidahnya?

Inilah pertanyaan yang bermain-main di minda kita tatkala pertama kali melihat gambar tersebut bukan?.

Sebenarnya pada ketika itu, Albert Einstein dan Aydelotte baru sahaja pulang dari majlis penganugerahan Einstein. Walaupun Einstein sudah duduk di dalam kereta, namun, wartawan dan jurugambar masih lagi mengejarnya. Para wartawan kemudiannya berusaha untuk menahan Einstein.

Einstein kemudiannya berteriak : “Cukup!...ini dah cukup!”. Namun sudah sifat sebagai wartawan, mereka terus bertanya pelbagai soalan dan jurugambar-jurugambar terus mengambil gambar Einstein serta saudara maranya. Apabila wartawan meminta Einstein untuk mengabadikan gambar hari lahirnya, Einstein akhirnya letih dan bosan, Kemudian dia menjelirkan lidahnya sbg isyarat mengejek.

Pada masa itulah, Arthur Sasse satu-satunya jurugambar yang sempat merakam gambar aksi wajah Einstein tersebut.

Ironinya, Einstein dikatakan sangat menyukai gambar tersebut. Dia kemudiannya memotong gambar tersebut mengambil gambarnya sahaja (tanpa menunjukkan Aydelotte dan isterinya). Einstein kemudiannya membuat salinan gambar-gambar tersebut dan menghantar kepada rakan-rakannya sebagai gambar kenang-kenangan. [sumber]

p/s : Ayie pula tak suka jelir lidah pada sesiapa ~ PGGP

14 comments:

Cikgu Ma said... Reply Comment

x suka jgk jelir lidah...burukk nampak...

Ayie Abas said... Reply Comment

@Cikgu Ma

ALBERT EINSTEIN jer YG SUKA JELIR2 LIDAH NAMPAKNYA...kekeke :P

Remy hazza said... Reply Comment

disebabkan jelir lidah tu lah...pic dia terkenal diseluruh dunia......
sisi kelakar seorg yg genius..... taklah serius sangat....

Laman Asmara,Alam Maya said... Reply Comment

Einstein sendiri suka dengan gambar tersebut,mungkin diapun tak sangka begitu rupa dia semasa menjelir lidah..orang yang sememangnya terkenal,gambar menjelir lidahpun jadi tarikan

anak kecil suka jelir lidah tp nampak comel je berbanding dgn orang tua..hehe

Puteri Kasih said... Reply Comment

ohh begitu ceritanya..ni sisi lain dalam dirinya..seorang yang suka berlawak jenaka mungkin :P

Ayie Abas said... Reply Comment

@Remy hazza

tu laa REMY...KALAU ORANG TERKENAL...DIA BUAT MUKA MCM MANA PUN TETAP BOLEH JADI TERKENAL..MALAH JADI LAGENDA...BOLEH JUAL PIC tu...ADA YG SANGGUP BELI...ermm :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@Laman Asmara,Alam Maya

DIA SUKA SEBAB DIA NAMPAK 'UNIK' NYA PIC TERSEBUT KOT? yer DIRI DIA SENDIRI PUN BUKAN KER UNIK PENAMPILANNYA TERUTAMA 'RAMBUT' DIA tu...

BUDAK KECIL MENANGIS PUN NAMPAK COMEYYY KAN...hehe

Ayie Abas said... Reply Comment

@Puteri Kasih

IKUT KISAH DIA JELIR LIDAH SBB TGH BOSAN MASA tu DGN GELAGAT PARA WARTAWAN... :)

Embun Melati said... Reply Comment

haha boleh la testing jelir lidah bila orang ambil gambar..haha

Ayie Abas said... Reply Comment

@Embun Melati

alaa...TAK SESUAI laa...TAK COMEYYY...haha :P

TiranaAduka said... Reply Comment

cari gambr Ayie jelir lidah dalam blog..tak jumpa malangnya

Ayie Abas said... Reply Comment

@TiranaAduka

AYIE KAN TAK PERNAH JELIR2 LIDAH KAT SESIAPA...hehe

TiranaAduka said... Reply Comment

salam ayie..

Tau ayie tak jelir jelir lidah.saja je nak nak usik. Jgn ambik ati tau..

Ayie Abas said... Reply Comment

@TiranaAduka

W'SALAM...TIRANA

AYIE PUN GURAU jer laa..keke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top