MASIH terasa kehangatan AJL 26 malam tadi di antaranya segmen interlud memperingati Seniman Kesayangan Negara, Allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad. Nyanyian Black - Basikal Tua, Azlan & The Typewriter - Chow Kit Road dan Hazama - Balik Kampung dan ke- mudian bersama-sama penonton di Stadium Putra Bukit Jalil me- nyanyikan lagu Salam Terakhir penuh emosi dengan iringan muzik orkestra bimbingan Datuk Ramli MS telah beri kesan mendalam.
Kebaikan Hati Seorang Insan Bernama Sudirman Hj Arshad
Suatu kisah benar mengenai SENIMAN LAGENDA negara, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad yang ramai tak tahu. Coretan kisah hidup ini di- ceritakan semula oleh pengarah muzik, Goh Boon Hoe dalam artikel bersiri
'Sudirman Yang Ku Kenali' dalam HARIAN METRO lama dulu.
PGGP
"PERNAH satu masa ketika Sudir baru menjadi peguam, dia dapat arahan mewakili seorang pelanggan yang mahu men- yaman Makcik penjual nasi lemak. Makcik itu membeli gerai berharga RM 1000 tetapi gagal menjelaskan ansuran selepas beberapa bulan.
Pelanggan Sudir mahu membawa kes ini ke mahkamah tetapi Sudir tidak tergamak berbuat demikian walaupun bertugas sebagai peguam pendakwa yang mesti memenuhi kes pelanggannya.
Akhirnya dia mengambil keputusan membeli gerai nasi lemak itu dan menghadiahkannya kepada Makcik berkenaan."
Mari kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah untuk roh arwah
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudir - Tubuh Kecil Jiwa Besar
Bercanda Di Pasiran Pantai
Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu ermm...
Tika itu waktu untuk kita
Melafazkan rindu yang bergelora
Sayangku...aku rindu akan harum rambutmu
Terhurai bagai layar di langit biru
Sayangku...aku rindu akan belai tawamu
Semerdu bayu yang lalu huu...
Cintamu sehebat laut yang luas
Sesegar ombak yang memutih oohhh...
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia
Bercanda di pasiran...pasiran pantai
------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROMO - Memperkenalkan Gaya Teks Tajuk E-Cerpen
PEMBERITAHUAN : INSYA ALLAH SEGMEN MENGUJAKAN E-CERPEN AKAN MENEMUI MY FRIENDS YANG DIKASIHI DALAM MASA-MASA TERDEKAT, JADI HARAP TAK KETINGGALAN...NANTIKANNYA. PGGP
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudir Terus Hidup Di Hati Kami
Datuk Sudirman bin Haji Arshad
Lahir : 25 Mei 1954 di Temerloh, Pahang.
Meninggal dunia : 22 Februari 1992 (umur 37) di Lucky Garden, Bangsar, Kuala Lumpur.
Pekerjaan : peguam, Penyanyi, pelakon, penulis, ahli perniagaan
DATO' SUDIRMAN HAJI ARSHAD (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia. Anak jati Pahang yang memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat dan Seniman Rakyat. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon. Sudir juga telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.
Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca TV. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sesekali mengenakan chaplinesque bersahaja.
Riwayat hidup
Sudir dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.
Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) kerana penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.
Sudirman adalah anak bongsu, dari 6 adik beradik yang lain ialah Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudir sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula Sudir memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.
Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar di Kuantan sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.
Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.
The Singing Lawyer
Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang.
Album Awal
Selepas Bintang RTM pada tahun 1977, Sudirman mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya Teriring Doa bersama Warnada Rekod. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya, diantaranya lagu Teriring Doa dan Suratku Yang Ini.
Tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul
Aku Penghiburmu. Beliau menyanyikan semula lagu Jali Jali yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk dua lagu ciptaan Ahmad Nawab Aku Penghiburmu dan Kasih. Kedua-dua lagu ini juga dinyanyikan oleh Broery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu juga Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa. Tahun 1979, album
Perasaan diterbitkan dgn lagu hit Gerimis di Lautan bersama lagu lucu Mat Disko & Toyol.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni muzik, Sudir telah menghasilkan 18 buah album dalam bahasa Melayu, dan 2 buah album bahasa Inggeris iaitu Twinkle-Twinkle Little Star dan Images.
Semangat patriotik
Album Patriotik Tak Laku Waktu Dikeluarkan Tapi Jadi Khazanah Negara Di Kemudian harinya.
Sudirman pernah mencoretkan catatan pada kulit album piring hitam ABADI (1982) bahawa EMI dan penerbitnya masa itu, S.Atan, tidak yakin untuk menerbitkan album patriotik (sepuluh lagu semuanya lagu patriotik) kerana takut masyarakat tidak dapat menerimanya. Tetapi demi cintanya pada Malaysia, beliau berkata sekurang2nya biarlah dia ada SATU ALBUM PATRIOTIK untuk seumur hidupnya.
Dalam ABADI, lahirlah lagu yang jadi khazanah negara kemudianya seperti
Warisan,
Punch Card,
Kehadiranku,
31 Ogos dan
Tegakkan Bendera Kita. Album itu tidak mendapat sambutan sebagaimana album komersilnya yang lain. Namun, tidak siapa menyangka, album patriotik Sudir itu mendapat perhatian hingga kini. Lagu2nya sering berkumandang setiap tahun ketika negara menyambut hari ke- merdekaan. Begitu juga dengan lagu Warisan yang membakar semangat cintakan tanahair di mana bumi dipijak.
Suara bangga dan kagum pada negara, agama dan bangsa serta tokoh pemimpin diluahkan oleh Sudirman menerusi lagu Radio Malaysia, Bapak (ditujukan kepada Bapak Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj), Kul It! (mengenai perpaduan kaum) serta One Thousand Million Smiles.
Konsert Di Chow Kit Road
Pada 15 April 1986, Sudirman menempa nama di dalam Malaysia Book Of Records setelah mengadakan konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Beliau telah berjaya memikat dan memukau hampir 100 ribu warga kota berpusu-pusu membanjiri jalan itu dengan kehebatannya. Lagu yang dinyanyikan oleh beliau ialah Chow Kit Road dan diakhiri dengan lagu patriotik Abadi sambil beliau memakai bendera Malaysian.
Jalan Chow Kit pada era Sudirman adalah gelanggang marhaen. Chow Kit menjadi simbol orang-orang kerdil yang juga peminat Sudirman. Maka konsert jalanan secara percuma adalah sebagai tanda terima kasih kepada para peminatnya yang tidak mampu menyaksikan persembahan di hotel dan dewan konsert, sekaligus memberitahu kita Sudirman bukan materialistik.
Penghibur Terbaik Asia
Pada 19 Mac 1989, Sudirman telah dinobatkan sebagai Penghibur Terbaik Asia di "Asian Popular Music Awards". Acara anugerah ini diadakan bersama-sama dengan Salem Music Awards Festival yang berlangsung di Dewan Royal Albert, London. Beliau merupakan penyanyi pertama Malaysia yang memenangi anugerah tersebut.
Sudirman telah mengalahkan 8 orang peserta dari negara-negara Asia termasuk Hong Kong (Leslie Cheung), Filipina (Kuh Ledesma), Singapura (Anita Sarawak), China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Thailand. Dalam pertandingan tersebut beliau telah menyanyikan dua buah lagu Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan yang membolehkan beliau mengalahkan wakil-wakil negara lain yang lebih hebat popularitinya.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles. Lagu ini dipilih sebagai lagu tema Malaysia semasa Hari Bangsa-Bangsa Bersatu.
Berumahtangga
Selepas menamatkan pengajian di Universiti Malaya, pada 14 Februari 1981, Sudir menamatkan zaman bujangnya apabila berkahwin bersama kekasih pilihan hati yang telah dikenali sejak kecil Kamariah “Kay” Jamaluddin, seorang gadis yang bekerja di Petronas. Para peminat menyambut berita itu dengan gembira.
Bagaimanapun, perkahwinan itu cuma bertahan selama tiga tahun sahaja. Ia berakhir dengan penceraian pada 25 Mei 1984 kerana tidak wujud lagi persefahaman antara mereka. Pasangan itu tidak mempunyai anak.
Sahabat baik Sudirman, Noorkumalasari pernah berkata, suasana malam di rumah Sudirman sangat sayu menjelang perpisahan antara mereka. “Apabila cerai dilafazkan mereka bertangisan. Air mata tidak dapat dibendung,” kata Noor yang menyaksikan sendiri perceraian Sudirman dan Kay.
Dalam majalah Utusan Filem dan Fesyen (UFF) dalam kolum Masih Kuingat Lagi, Sudirman menulis, dua perkara yang sangat memilukan hatinya. Pertama, kehilangan ibu pada usia yang sangat muda. Keduanya, perkahwinannya yang gagal.
Hilangnya Sebutir Bintang
Pada 17hb Julai 1991, Sudirman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Tawakkal Kuala Lumpur selama 4 hari. Dilaporkan beliau telah pengsan setelah terjatuh. Selama 7 bulan beliau terlantar sakit, keluarga rapatnya merahsiakan punca penyakit dan lokasi di mana Sudirman dirawat. Dalam tempoh itu, dia tidak ke mana2 kecuali ke rumah kakaknya di Butterworth selama seminggu.
"Dia mahu peminat-peminatnya melihat dia sihat, ceria, penghibur yang hebat, sebagai hero di pentas. Sememangnya dia tidak mahu meninggalkan kenangan yang teramat sedih di hati peminat setelah melihat dia terlantar sakit dan meninggal dunia," begitu penjelasan kakak Sudirman, Rudiah apabila ditanya apakah Sudirman sendiri yang tidak mahu orang lain melihat dia sakit selain adik-beradiknya.
Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia).
Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang - di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu (Tun) Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap bukan sahaja satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air tapi juga kepada negara dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Bergelar Datuk
Selepas 17 tahun kematiannya, pada 18 Jun 2009 secara rasminya beliau bergelar Datuk Sudirman Haji Arshad. Allahyarham menerima pengiktirafan itu dari Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah) di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Sumber
"Walau apapun terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan"
“Dalam kerjaya saya sebagai penghibur, saya mahu lakukan bersungguh-sungguh supaya masyarakat terus mengingati buat selama-lamanya" ~ Sudirman Hj Arshad
p/s : Sesuatu yang dikerjakan dengan kesungguhan dan keikhlasan selalunya bertahan lama dan membekas di hati ramai orang. PGGP