Daku Amat Menyintai Mu

Free advertising

29 February 2012

RABU KELU *6 Poster Drama Awesome






RABU KELU

POSTER DRAMA AWESOME





ENTRY MENYUSUL

SIRI KEEMPAT


E-CERPEN | OMBAK DIJIWA

Agak lama Ayie tak dapat online kerana masalah signal internet. Maaf, tentu banyak entry2 My Friends yg Ayie dah terlepas kan?

23 February 2012

OMBAK DI JIWA #3

Cinta Sejati - Putra

Dulu Ku Sangka
Cinta Indah Dan Bahagia
Rupanya Cinta Hanya
Permainan Perasaan

Manisnya Kata-Kata
Sewaktu Bercinta
Yang Akhirnya Menikam
Diri Aku Sendiri Merana

Kini Kutemui Cinta Sejati
Hanya Pada-Mu Ilahi
Yang Dapat Kembalikan
Ketenangan Di Jiwaku

Kini Kutemui Cinta Sejati
Hanya Pada-Mu Ilahi
Yang Dapat Kembalikan
Ketenangan Di Jiwaku

Cinta Insan Hanya Sementara
Tidak Kekal Di Alam Ini
Cinta Yang Kekal
Hanya Pada-Mu Tuhan

Perjalanan Hidup
Masih Jauh Mengembara
Mencari Bekalan
Untuk Diri Di Akhirat

Cubalah Engkau
Tanya Pada Diri Sendiri
Apakah Bekalan Yang Engkau
Bawa Bersama Di Sana

(Lagu Tema E-Cerpen | OMBAK DIJIWA ~ Cinta Sejati)


Izinkan Aku Kembali Kepada-Nya Dengan Hati Yang Selamat Sejahtera Bukan Dengan Segunung Dosa

SIRI KOLEKSI E-CERPEN | OMBAK DIJIWA

1 - OMBAK DIJIWA #1 : Good Bye Harvard
2 - OMBAK DIJIWA #2 : Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

DEDIKASI

BLOG PGGP MEMPERSEMBAHKAN
E-CERPEN | OMBAK DI JIWA

SIRI KETIGA

OMBAK DI JIWA

Simptom-Simptom Terakhir

7 JUN

AHHH! Sungguh tak berselera aku makan. Tambahan pulak ibu dan abah tidak makan bersama. Adakah mereka cuba menyisihkan diriku?...Astaghfirullah al 'aziim, terlalu buruk sangka aku ni.

Sesungguhnya aku amat merindui sambal tumis Mak Jah, lazat...tapi malangnya tekak ku seakan tidak berselera menerima semua makanan yang enak itu.

Maafkan aku Mak Jah. Oh! selesema ku semakin menjadi-jadi. Adakah ini simptom-simptom terakhir?...

Ya Allah, kuatkan imanku untuk menghadapi segala kemungkinan. Hanya pada-Mu tempat aku berserah...

8 JUN

Sungguh sayu dan menyentuh perasaan lagu Cinta Sejati yang didendangkan oleh kumpulan Putra ini :

Perjalanan Hidup
Masih Jauh Mengembara
Mencari Bekalan
Untuk Diri Di Akhirat

Cubalah Engkau
Tanya Pada Diri Sendiri
Apakah Bekalan Yang Engkau
Bawa Bersama Di Sana

"Siapa pulak yang ambil radio kaset Lisa ni, bu!
Lisa nak dengar Top 40..."

Maaf dik! Akak yang meminjamnya tanpa pengetahuan mu.

Tapi kakak tak sangka engkau sanggup melemparkan kata-kata sekesat itu pada akak. Ermmm...tak perlulah aku catat di sini (aib).

Aku tidaklah seperti apa yang engkau sangkakan dik. Kau masih terlalu hijau dan mentah untuk mengerti keadaanku sebenarnya.

TAMAT CATATAN KETIGA
IKUTI SIRI SETERUSNYA INSYA ALLAH

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ

MUTIARA KALAM

"Jiwa-Jiwa Memiliki Tempat Pertemuan.

Jiwa-Jiwa Yang Saling Menyukai,
Lalu Saling Menyintai Di Sini.

"Jiwa-Jiwa Yang Masih Tetap
Asing Satu Sama Lain,
Tidak Dapat Bertemu Di Sini."

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ

22 February 2012

RABU KELU *5 Poster Filem Seram Terbaik







RABU KELU

POSTER FILEM
SERAM TERBAIK



p/s : Ayie baru tengok Susuk dan Mantra jer :D

Ariana Mikhail Kisah Cinta Pertama

OLEH KERANA YOU TUBE INI AUTOMATIK KALAU MY FRIENDS RASA TERGANGGU BOLEH DI 'PAUSE' KAN JERR...WEEHOO

Sedang Apa Dan Dimana
~ Sammy Simorangkir
(OST Drama Ariana Mikhail)

dulu selalu ada waktu untuk kita
kini ku sendiri
dulu kata cinta tak habis tercipta
kini tiada lagi

sedang apa dan dimana
dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu
seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini
ku ingin kembali
menjalani janji hati kita

ooohhhh...woooooo...
sedang apa dan dimana...wooo
sedang apa...Sedang apa dan dimana
dirimu yang dulu ku cinta
ku tak tahu tak lagi tahu
seperti waktu dulu
apakah mungkin bila kini
ku ingin kembali
menjalani oohhh...menjalani...
menjalani janji hati kita

----------------------------------------------------------------------------------

Sammy Berdepan Dgn Dua Kes Mahkamah

Hendra Samuel Simorangkir atau Sammy Simorangkir lahir di Bandung, Jawa Barat, Indonesia, pada 8 September 1982, berumur 29 tahun adalah penyanyi dan bekas vokalis kumpulan popular Kerispatih.

Hendra Samuel Simorangkir atau lebih sering disapa Sammy ini adalah vokalis  Kerispatih. Namun sebelumnya beliau adalah finalis Indonesian Idol musim 1. Pada awal berdirinya Kerispatih pada 21 April 2003, saat itu Sammy belum bergabung dengan Badai, Arief, Andika dan Anton. Sehari setelahnya, di acara Farabi Sunday, Sammy pun rasmi bergabung dengan menjadi vokalis.

Bersama Kerispatih, mereka telah mengeluarkan beberapa album iaitu, 1 album kompilasi Gulalikustik (2004) dan 4 album tunggal Kerispatih, Kejujuran Hati (2005), Kenyataan Perasaan (2007), Tak Lekang Oleh Waktu (2008) dan Semua Tentang Cinta (2009).

Nama Sammy jadi tumpuan media Indonesia di penghujung 2009. Dia dituduh mencuri kereta Honda Civic milik seorang wanita bernama Giska. Sammy dipanggil ke balai polis 9 Desember 2009 untuk menjalani pemeriksaan.

Belum selesai kes Sammy dengan Giska yang jadi kes mahkamah, pada 2 Februari 2010, dia kembali berurusan dengan polis. Kali ini Sammy ditangkap dalam sebuah bilik di Setiabudi, Jakarta Pusat. Di bilik tersebut ditemukan paket dadah jenis sabu. Sammy dibawa ke balai polis. Dari hasil ujian urine, Sammy positif menggunakan dadah dan berdepan undang2 berkaitan dadah dengan ancaman hukuman maksima 12 tahun. [Sumber]

----------------------------------------------------------------------------------


Ariana Mikhail | Cinta Pertama Cinta Selamanya

Barisan Pelakon :

Nora Danish - Ariana
Sein Ruffedge - Mikhail
Riezman Kuzaimi - Jamil
Zaefrul Nadzarine - Johan
Haneez Suraya - Mysara
Sharnaaz ahmad - Ray
Hamidah Wahab - Ibu Ariana
Norlida Ahmad - Mak Su Ariana dan lain-lain pelakon tambahan

Babak Paris Yang Slow Membosankan

CERITA bermula di Paris, Perancis dimana Mikhail telah tamat pengajiannya di Universiti Kingston, London pergi bercuti ke Paris dengan sahabat karibnya Jamil yang merupakan senior Mikhail di universiti. Hubungan mereka amat rapat seperti abang dan adik. Dalam percutian itu, Mikhail berniat hendak mencari teman wanita Perancis tapi telah bertemu dengan Ariana yg singgah bercuti ke Paris daripada Amerika sebelum pulang ke Malaysia.

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tak minta maaf kpdnya.


Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Mikhail mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit2 cinta antara mereka.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan dalam keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

malam pertama ketika Ariana sedang menuangkan air ke cawan tiba-tiba terjatuh dan pecah. Tangan Ariana luka dan Mikhail menghisap darah ditangan Ariana serta membantu dengan ubat dan plaster. Kemudian Ariana memberitahu Mikhail yang selepas bulan madu ini dia hendak balik ke Kuala Lumpur dan seeloknya mereka meminta restu ibubapa.

Mikhail setuju dengan pendapat Ariana lagi pun dah hampir 2 bulan mereka berada di Paris. Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri apabila bangun pagi Mikhail mendapati Ariana tiada disebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana sudah tiada, Mikhail menghubungi Jamil. Puas mereka mencari Ariana ditempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tak jumpa.

----------------------------------------------------------------------------------

IKUTI SIRI SETERUSNYA
E-CERPEN FENOMENA

OMBAK DI JIWA
SIRI KETIGA

Simptom-Simptom Terakhir

----------------------------------------------------------------------------------

Babak Malaysia Bermula Drama Sebenar

Hampir 10 tahun telah berlalu kini Mikhail meneruskan hidupnya dengan meletakkan kenangan dia bersama Ariana jauh dibelakang. Berjawatan CEO dalam sebuah syarikat pelaburan antarabangsa dan telah bertunang dengan seorang usahawan wanita iaitu Mysara. Meskipun Mikhail dan Mysara telah menjalinkan pertunangan 4 tahun namun mereka belum bersedia fikir soal kahwin.

Mysara begitu bercita-cita tinggi dimana dia mahu mendapatkan jawatan penting dalam Johan Holdings. Ibu Mikhail Umi Kalsom mendesak Mikhail segera melangsung perkahwinannya ataupun memutuskan saja pertunangan dengan Mysara sekiranya Mysara masih enggan bernikah. Lagipun Mysara bukan pilihan Umi Kalsom sebab itu agak susah untuk Mysara membiasakan dirinya dengan bakal mak mertuanya.


Di luar pengetahuan mikhail, Ariana mempunyai seorang anak perempuan dengan Mikhail. Ariana dibuang ibunya kerana menuduh Ariana telah menconteng arang apabila mempunyai anak luar nikah sangkaan ibunya. Di Malaysia, Ariana tinggal serumah dengan Johan yang berlakon sebagai suami dan bapa kepada anaknya. Johan ingin memperisterikan Ariana tetapi Ariana menolak kerana dalam per- janjian mereka dia hanya bekerja dalam syarikat Johan sahaja. Ini menimbulkan kemarahan Johan kerana selama ini Johan telah mem- bela Ariana dan anaknya tetapi Ariana masih menolak lamarannya.

Alasan Ariana dia mahu anaknya Mimi tamat pelajaran baru dia bersedia mengahwini Johan. Walaupun Ariana mempunyai syer terbesar dalan Johan Holdings namun tiada siapa yang tahu biarpun Mysara. Ariana lebih suka bekerja sendiri sebagai pereka hiasan dalaman dan fotografi. Dengan secara kebetulan syarikat Mikhail ada berurusan dengan Ariana namun mereka tidak pernah terserempak kerana setiapkali temujanji pastinya berselisih masa tanpa bertemu.

Apabila Jamil memberitahu Mikhail, apa yang dia nampak antara Mysara dan Johan membuatkan Mikhail naik berang dan menumbuk jamil kerana cuba memfitnahkan Mysara. Malah Mikhail menyangka ibunya Umi Kalsom yang menyuruh Jamil menaburkan cerita palsu demi memutuskan pertunangannya dengan Mysara. Jamil kecewa dengan sikap Mikhail yang buta dengan kesetiaannya pada Mysara yang merupakan perempuan yang hanya mahukan kuasa dan duit dalam hidupnya bukan seorang suami yang setia.

Jamil mengingatkan Mikhail bahawa Mysara bukan Ariana, wanita yang mereka kenali selama 2 bulan tetapi mempunyai peribadi yang luarbiasa dan pendirian tersendiri. Bagi Jamil, pilihan Ariana meninggalkan Mikhail adalah tepat sekiranya dia masih bersama Mikhail tentu Ariana akan merana dengan sikap Mikhail.

Sementera itu ketika bertugas Ariana telah berkenalan dengan seorang jejaka bernama Ray yang mana Ariana amat senang ketika bersama dengan Ray yang romantis dan memahaminya. [Sumber]

KUIZ - Ariana Mikhail Di TV9

Kuiz Reka Dialog Kreatif&Romantis

Hadiah Utama :

1 - 2 tiket penerbangan ke Paris.
2 - Makan malam 2 orang bersama Nora Danish dan Sein

Cara-Cara Penyertaan :

1 - Berumur 18 tahun keatas saja yang layak.
2 - Cipta dialog kreatif dan romantis untuk gambar di atas.
3 - 5 dialog terbaik akan dinilai 1 pemenang akan dipilih.
4 - Dialog dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.
5 - Boleh hantar seberapa banyak penyertaan [LINK]
6- Tarikh TUTUP 29 Februari 2012.

p/s : Ayie dah hantar penyertaan dengan dialog yang kaw-kaw :D

17 February 2012

OMBAK DI JIWA #2


Izinkan Aku Kembali Kepada-Nya Dengan Hati Yang Selamat Sejahtera Bukan Dengan Segunung Dosa

DEDIKASI

BLOG PGGP MEMPERSEMBAHKAN
E-CERPEN | OMBAK DI JIWA

SIRI KEDUA

OMBAK DI JIWA

Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu

5 JUN

SYUKUR ke hadrat yang Maha Esa, aku selamat tiba di kota M. Wah! banglo abah bertambah indah. 5 tahun sepeninggalanku banyak yang berubah. Adik Bob dan Lisa, aduhhh! bertambah kacak dan lawa kamu dik. Ah! pening pulak kepala ini...perubahan suhu dan cuaca barangkali.

Semalam...kenangan manis sekaligus kenangan amat menyakitkan bagiku. Ibu, abah dan adik-adik tidak 'cam' akan diriku. Ermmm maklumlahhh.....

"Nurul! apa betul ini Nurul anak ibu?"

"Apa dah jadi dengan engkau ni hah!?"

Itulah kata-kata aluan ibu menyambut kepulanganku. Abah aku lihat terpegun seketika. Ku cium tangan keduanya. Bob, adik kesayanganku menghulurkan tangan untuk bersalam denganku. Lisa, wahhh! bertambah manis engkau dik, tapi malangnya sikapmu...

"Doktor dah jadi ustazah lak..."

Maaf abah, ibu...Nurul sekarang bukan Nurul yang dulu lagi. Hmmm...apa pulak yang bising di bawah tu...ohhh!

6 JUN

Ya! Allah Ya Robbi, tabahkan hatiku menempuhi semua ini. Aku berada dipersimpangan. Aku tidak mahu jadi anak durhaka. Tapi kata-kata ibu dan soalan abah yang bertubi-tubi menjerut perasaanku.

"Anak tak kenang budi, ibu beri engkau belajar tinggi supaya kau jadi seorang doktor dan jadi kebanggaan keluarga. Ini kau pulang dalam keadaan begini, memalukan sungguh."

"Dakwah sesat mana yang kau ikut ni hah! surat tawaran kerja pun kau tolak. Kau nak jadi apa! mengadap sejadah dan bilang biji tasbih takkan dapat majukan diri kau tu!"

...Astaghfirullahal'ziim, Subhanallah, ibu! semoga Allah mengampunkan dosa ibu.

Firman Allah Taala yang bermaksud;

Maksud Al Quran Surah Al-Kahf Ayat 103-104

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan.

Semoga abah dan ibu tidak tergolong dalam golongan tersebut. Aku sesungguhnya faham akan perasaan ibu dan abah. Tidak sama sekali terlintas di hatiku untuk menjatuhkan maruah kalian.

Berilah peluang pada anakmu yang malang ini ibu! syurga di bawah telapak kaki ibu.

TAMAT CATATAN KEDUA
IKUTI SIRI SETERUSNYA INSYA ALLAH

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ


MUTIARA KALAM

"Bahagia Itu Bukan Terletak Kepada Zahiriah,
Bukan Kepada Anggota Badan Kita, Bukan Pada Mata, Bukan Pada Kaki, Bukan Pada Telinga, Bukan Perut Kita Atau Sebagainya,

Kebahagiaan Itu Terletak Pada HATI
Pada JIWA Pada ROH Kita."

ஜ▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬●●▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬ஜ

----------------------------------------------------------------------------------

PEMBERITAHUAN

SEMUA LINK ENTRY YANG BERKAITAN DENGAN E-CERPEN MENGUJAKAN | OMBAK DI JIWA ADA DILETAKKAN DI SIDEBAR DIBAWAH ILUSTRASI. NAMPAK KAN? JIKA MY FRIENDS KETINGGALAN MANA-MANA SIRI TERDAHULU BOLEH IKUTI KEMBALI DENGAN KLIK LINK DI SITU.

SEMOGA MY FRIENDS ENJOY MEMBACANYA

----------------------------------------------------------------------------------

Cuplikan Khas

Setulus Hati Sesuci Embun


"Korang2 nak hadiah boleh? Simple2 pun tak pe janji korang bagi, muka tak malu betul minta hadiah" - Aida Omar (DIARI SI FROGGIE)

Alaa...Aida kalau Aida tak cakap macam tu pun Insya Allah abang Ayie akan kasi hadiah dengan cara tersendiri. Tapi nak kasi Aida hadiah sebab apa? takkan Aida kahwin kot? Aida kan muda lagi? hahaha3...dengan ini Ayie nak...nak...nak ucapkan...jeng2...jenggg  

Selamat Ulang Tahun Pertama Blog Diari Si Froggie...Ong gedekkk3

Kalau My Friends nak tahu hari ni Jumaat 17 Feb 2012 adalah birthday blog Diari Si Froggie [LINK] yang PERTAMAA..yuhuuu!

DI SINI AYIE MEWAKILI PGGP DAN LAIN-LAIN BLOG INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT ULANG TAHUN PERTAMA BLOG AIDA OMAR - DIARI SI FROGGIE. SEMOGA BLOG DIARI SI FROGGIE AKAN TERUS SUCCES SELAMANYA.

Sayang My Friends


p/s : Ayie syg My Friends tak tau My Friends syg Ayie ke tak?

Bicara Hati – Lena


OLEH KERANA YOU TUBE INI AUTOMATIK DAN BERULANG - ULANG KALAU MY FRIENDS RASA TERGANGGU BOLEH DI 'PAUSE' KAN JERR

Bicara Hati – Lena AF9
(OST Drama - Bicara Hati)

Pinjamkan hatimu
Agar dapat aku tunjukkan cintaku
Moga engkau tahu semua
kasihku hanya untukmu
Setiap rinduku nyata padamu

Pinjamkan cintamu
Agar dapat aku selami hatimu
Moga aku tahu ikhlasnya
Kasihmu hanya untukku
Percaya rindumu nyata padaku

Bicaralah hati tentang kita
Bicaralah hati untuk selamanya
Bicaralah hati dengan rela
Kau lengkapkan hidupku
Sempurnakan cintaku
Biar hati kita jadi satu

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Novel Bicara Hati - Damya Hanna

Cover Edisi Terbaru
Tajuk : Bicara Hati

Penulis : Damya Hanna

Terbitan : Alaf 21 Sdn. Bhd.

Harga : RM18.00

Bilangan muka surat : 576

Sinopsis Novel :

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Penulis Damya Hanna
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

ENTRY COMING SOON

Tentu Ada Yang Mahu Kenal Siapa Adi Kan?

Lanjutan dari entry RABU KELU - ART OF ADI [LINK]. Boleh dikatakan semua My Friends memberi respon POSITIF bila melihat art Adi tersebut. Semua kata artnya comel. Untuk itu Ayie buat entry lanjutan khas untuk perkenalkan Adi dan kerja seninya. Nantikannya. PGGP

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bicara Hati - Kisah Konflik Perkahwinan Berdasarkan Kontrak


Cristina Suzanne Stockstill sbg Zahlia
Bicara Hati di Slot Qaseh yang disiarkan di Astro Prima (105) bermula 3 Jan 2012 yang lalu bagi menggantikan drama Suria Di Cordoba. Drama Bicara Hati akan menemui penonton setiap hari Selasa, pukul 9 malam di Astro Prima. Antara pelakon Bicara Hati ni ialah Sharnaaz Ahmad Basir, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan Londoh, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Lash Mokhtar, Nazeera Sardi, Abby Nadzri, Josiah Hocan, Zarina Zainuddin, Mislina Mustaffa, Dazrin, Meor Muhd, Mama Rock, Balkish, Shakila Khoriri.

Drama Bicara Hati ni merupakan adaptasi daripada novel yang juga berjudul Bicara hati karya Damya Hanna. Jumlah episode drama ini ialah sebanyak 26 Episode.





Penggambaran Hadapi Kemelut?

Menurut sumber yang rapat dengan team produksi Bicara Hati, ada beberapa masalah timbul sejak mula penggambaran sehingga ke hari ini. Melibatkan cara kerja yang sepatutnya profesional tetapi menjadi kelam kabut dan tidak menentu.

Pihak produksi dikhabarkan tidak mengeluarkan sebarang jadual penggambaran sehingga merumitkan usaha pelakon untuk mengambil kerja luar selain yang terikat dengan Bicara Hati. Sehingga ada sebahagian pelakon sudah serik untuk terus berlakon dibawah pengurusan produksi yang sama menerbitkan filem fenomena Ombak Rindu.

Seorang krew produksi turut memaklumkan yang pihak produksi sukar untuk keluar duit membayar bayaran lokasi penggambaran kerana menganggap semuanya adalah percuma. Lebih mengharukan, sumber turut memberitahu yang Pengarah Fotografi asal untuk drama bersiri ini, Malek Marwi telah pun meletak jawatan gara-gara sikap tidak professional pihak produksi. [Sumber]

Penjelasan Pengarah Osman Ali

Pengarah Osman Ali 
Pengarah drama, Osman Ali mengakui berlaku kemelut di antara pihak produksi dengan produser drama arahannya Bicara Hati tetapi masalah berkenaan dapat diatasi tidak seperti yang digambarkan.

Osman berkata, masalah yang berlaku dalam sesebuah produksi adalah perkara biasa dan ia dialami oleh semua pihak termasuklah di kalangan pengarah, krew dan pelakon.

“Saya tidak nafikan memang ada masalah dalam 'team' produksi Bicara Hati tetapi ia tidaklah serumit seperti yang digembar-gemburkan,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Selain itu, penerbit drama berkenaan, Tarantella Pictures Sdn Bhd didakwa mempunyai masalah kewangan sehingga terdapat krew mengambil tindakan menarik diri daripada terlibat dengan pem- bikinan drama tersebut kerana tak tahan dgn kemelut yang timbul.

Dalam pada itu, Osman berkata, walaupun dia tidak ada kena mengena dengan isu berkenaan kerana hanya dibayar oleh pihak penerbit sebagai pengarah, namun masalah yang timbul tidak menggagu perjalanan penggambaran drama bersiri itu.

Ujarnya, penggambaran sentiasa mengikut jadual dan dia men- jangkakan baki empat hari di lokasi bakal berakhir seperti yang dirancang tanpa sebarang penundaan.

"Masalah yang timbul tidak seteruk yang didakwa kerana penggambaran masih mengikut jadual dan tiada sebarang penangguhan yang menyebabkan semua terlibat perlu menambah masa bagi menyiapkan drama ini," ujarnya.

Osman berkata, masalah mungkin disebabkan Bicara Hati adalah sebuah drama yang panjang dan persediaan pra-produksi juga mungkin dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.

Tambahnya, isu itu dibangkitkan mungkin kerana ia telah menyusahkan kerja krew terlibat dan secara tidak langsung mencetuskan kemarahan.

"Mereka berhak menyuarakan apa yang mereka rasa akibat rasa tidak puas hati itu. Bagaimanapun saya merasakan adalah lebih baik mereka berjumpa sendiri dengan pihak penerbit kerana itu adalah tindakan paling bijak.

"Bercerita kepada media tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan," ujarnya.

Menjawab dakwaan kononnya penerbit tidak mahu membayar wang lokasi penggambaran Osman menjelaskan perkara itu berlaku kerana Bicara Hati mempunyai bajet yang terhad dan pihak penerbit perlu bijak menggunakan wang yang dibelanjakan supaya tidak tersasar.

Osman berkata, kos penerbitan drama adalah lebih kecil berbanding filem dan sebagai pengarah dia memahami perkara itu dan telah cuba memberikan yang terbaik dalam menyiapkan projek berkenaan.

"Jika ikutkan saya sendiri tidak puas hati dengan beberapa hasil drama ini akibat bajet yang diberikan tidak sebesar seperti mana kebanyakan drama atau filem lain.

"Tetapi ini adalah tanggungjawab saya untuk melunaskan amanah diberi oleh pihak penerbit dan Alhamdulillahlah walaupun banyak timbul masalah kita boleh dikatakan berjaya menghasilkan sebuah produk yang baik," ujarnya.

Mengulas mengenai pengarah fotografi drama itu, Malek Marwi meletak jawatan gara-gara berang dengan sikap tidak profesional pihak penerbit, Osman memberitahu, dakwaan tersebut adalah tidak benar. Katanya, masalah yang dihadapi oleh Malek dan penerbit adalah bersifat peribadi, bukan menjadi urusannya campur tangan.

"Apa yang boleh saya katakan adalah Malek tidak mempunyai masalah bekerja dengan saya atau produksi dan dia keluar pun secara baik tanpa ada apa-apa pergaduhan dengan mana-mana pihak," tambahnya lagi. [Sumber]

15 February 2012

RABU KELU *4 ART OF ADI







RABU KELU

ART OF ADI




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top