Membawa genre fantasi dan pengembaraan, filem ini berupaya membawa penonton menyelami kisah silam Zeus, Poseidon dan Hades mengkhianati ibu bapa mereka iaitu Titans sebelum dihukum ke tempat dikenali Underworld yang turut dibantu makhluk dasar laut, Kraken.
Kehadiran Perseus ke bumi bermula sejak kelahirannya dibantu seorang nelayan iaitu Spyros bersama isterinya, Marmara. Apabila Perseus membesar, dia menyaksikan kekejaman askar dari City of Argos dan Furies bertempur.
Fantasi Berterusan Dengan Makhluk Lebih Dahsyat
Judul : Wrath of the Titans
Pengarah : Jonathan Liebesman
Pemain : Sam Worthington, Rosamund Pike, Liam Neeson, Ralph Fiennes
Genre : Aksi, petualangan, fantasi
Produksi : Legendary Pictures
SATU dekad telah berlalu. Perseus (Sam Worthington) terus berusaha agar dirinya mampu hidup normal layaknya manusia biasa. Namun, sampai bila pun ia tidak akan dapat memungkiri takdirnya sebagai putera Zeus (Liam Neeson). Sekalipun tidak menyukai hal itu, Perseus tak mampu menolak ketika takdir berulang kali membawanya kembali ke alam para dewa.
Darah setengah dewa dan setengah manusia dalam dirinya membuat Perseus harus memikul tugas berat. Dia harus menguatkan diri untuk menyelamatkan umat manusia. Namun, di lain sisi, ia pun harus menyelamatkan para dewa Olympus. Berawal ketika para Titan, musuh utama para dewa, lolos dari penjara Tartarus kerana tiga dewa yang berkuasa, Zeus (Liam Neeson), Hades (Ralph Fiennes), dan Poseidon (Danny Huston) tak lagi mampu mengawal mereka.
Ternyata lolosnya para Titan ini adalah kerana campur tangan Kronos yang merupakan ayah dari ketiga dewa penguasa Olympus tersebut. Dengan bantuan Titan, Kronos dengan mudahnya mengambil alih tampuk kekuasaan. Para dewa tersebut akhirnya terdesak. Namun, Perseus tak mahu diam berpangku tangan menyaksikan hal tersebut.
Sekali lagi ia harus turun tangan. Dengan bantuan Andromeda (Rosamund Pike), Agenor (Toby Kebbell), dan Hephaestus (Bill Nighy), Perseus berangkat menuju dunia kegelapan untuk menyelamatkan Zeus dan menyelamatkan seluruh umat manusia. [Sumber]
Pengarah Baru - Titans Lebih Realistik
Lanjutan kisah itu, sekuel terbaru, Wrath of the Titans kembali menemui penonton di seluruh dunia bermula 30 Mac ini. Sekuel kali ini masih mengekalkan pelakon asal, Sam Worthington sebagai Perseus, Ralph Fiennes (Hades) dan Liam Neeson (Zeus) selaku pendukung utama.
Dibantu Danny Huston, Edgar Ramirez, Bill Nighy, Toby Kebbell, Rosamund Pike dan Jonathan Liebesman, plot sekuel ini masih memberi fokus pada kehebatan Perseus di Underworld yang berusaha menyelamatkan bapanya, Zeus ditangkap anaknya sendiri, Are bersama abangnya, Hades.
![]() |
| Jonathan Liebesman |
Bagi Liebesman, menghasilkan filem ini bukan hanya meraih peluang diberikan semata-mata. Dia menggambarkan proses menyiapkannya melangkaui pemikiran 10 tahun akan datang.
“Ketika menyiapkan filem Battle Los Angeles, saya perlu bekerja keras dan bertuah apabila mendapat tawaran untuk projek Wrath of the Titans.
“Apa yang ketara, pelakon dalam filem ini cukup hebat dan faktor keseronokan serta bajet membuatkan penggambaran itu lebih menakjubkan.
“Perasaan tertanya pada diri sendiri bagaimana cara mahu menyampaikan cerita itu sering berlaku. Ia seperti pelajar filem yang mempersoalkan bagaimana mahu menyiapkannya. Tiada beza sebenarnya perasaan itu, cuma ia menjadi perkara besar berlaku dalam hidup sendiri,” katanya.
Pengarah berasal dari Johannesburg, Afrika Selatan ini berpandangan ia suatu yang sukar untuk dipastikan peminat filem sebelum ini untuk datang menonton sekuel kali ini.
“Setiap pengarah menghargai dan mahu menghasilkan sesuatu karya yang lebih baik. Begitu juga, kita dapat melihat ramai pelakon berbakat dan kru bertungkus-lumus untuk bekerja.
“Saya fikir jumlah untung membuat filem bukan tugas saya untuk tentukan. Kutipan memang sukar dijangka dan apa yang penting mencuba dan menghasilkan karya itu sebagai filem terbaik yang pernah dihasilkan,” katanya.
Membikin Filem Teknologi 3D
Mengenai pembikinan bersama teknologi 3D, Liebesman menyatakan ia hanya jalan penyelesaian mudah walaupun hasilkan sebenarnya mengecewakan.
“Menghasilkan filem versi 3D memerlukan sehingga enam minggu untuk melakukan 1,800 syot dan ia memerlukan perancangan yang terperinci. Bagi produser yang tidak mempunyai banyak bajet, filem 3D yang dihasilkan boleh menjadi gagal.
“3D adalah situasi berbeza dan ini dapat dilihat menerusi pembikinan Harry Potter yang berjaya atas kesungguhan kru produksi yang hebat dan saya juga bersama kru produksi filem ini melakukan yang terbaik untuk 3D,” katanya. [Sumber]

























































