Daku Amat Menyintai Mu


12 July 2012

RAMADHAN KEMBALI

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." [Maksud Al Quran surah Al-Baqarah - 183]

"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui." [Maksud Al Quran surah Al-Baqarah - 184]

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur." [Maksud Al Quran surah Al-Baqarah - 185]



----------------------------------------------------------------------------------

KOMPUTER Ayie ada masalah sekarang...sekejap boleh on sekejap bila tekan punat on padam balik...begitulah keadaannya. Ada hasrat nak hantar kedai baiki kerosakan tapi belum betul2 ke arah tu. Selagi komputer ni masih boleh berfungsi... redah jer dulu...hehe (Jangan tiru sikap nih)

Pernah terdetik di hati Ayie...bagaimana kalau tak sempat masuk bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama saja lagi, komputer ni langsung tak boleh on?

Atas sebab itulah Ayie buat entry ini...supaya awal2 lagi Ayie dapat mengucapkan kpd kawan2 :

Selamat Berpuasa Ramadhan 1433 H - 2012
Kepada Semua Rakan-Rakan Blogger Yang Disayangi

Semoga Ramadhan 1433 H Kali Ini Akan Menambah Ketakwaan Kita Kepada Allah

Dan Semua Amalan Wajib Serta Sunat Yang Dilakukan Di Dalam Bulan Ramadhan Kali Ini
Di Terima Di Sisi Allah Seterusnya Menjadi Amal Soleh Sebaik-baik Bekalan Di Akhirat Kelak

Ampun Dan Maaf Dipinta Jika Ada Kesalahan 
Atau Terguris Perasaan Samaada Sengaja Atau Diluar Pengetahuan.

Ikhlas Dari Sahabat Dunia Akhirat Kalian - Ayie Abas

p/s : Ayie tengah siapkan entry contest yang Remy tag Ayie tempoh hari...Ayie nak buat lukisan kartun...nak tengok macam mana hasilnya?...doakan komputer Ayie terus berfungsi yer PGGP

05 July 2012

HANG TUAH


MAKA pada malam itu Hang Mahmud bermimpi bulan turun dari langit; maka cahayanya penuh di atas kepala Hang Tuah. Hang Mahmud pun terkejutlah lalu bangun daripada tidur, lalu diriba anaknya Hang Tuah dan diangkatnya, maka diciumnya seluruh tubuh. Setelah sudah, hari pun sianglah, maka segala mimpinya itu semuanya dikatakannya pada anaknya dan isterinya. Didengar oleh ibu Hang Tuah kata suaminya itu, maka segera dilangirinya dan dimandikan anaknya itu.

Maka diberinya berkain dan berbaju dan destar serba putih. Maka diberinya makan nasi kunyit dan telur ayam dan memberi arwah akan orang tua-tua dan disuruh bacakan doa selamat. Setelah sudah, dipeluk dan dicium anaknya itu. Maka kata Hang Mahmud pada bininya, "Adapun anak kita ini peliharakan baik-baik, jangan diberi bermain jauh, kerana ia sangat nakal. Hendak kusuruhkan mengaji kerana mualim tiada; lagi pula ia tiada tahu bahasa. Sekarang baiklah kita pindah ke Bentan. Maka demikian marilah berlengkap dan bersimpan segala kula kasar kita."

Maka Hang Mahmud pun berlengkaplah dengan sebuah lading. Setelah sudah, maka Hang Mahmud pun berpindahlah ke Bentan. Maka ia pun berbuat rumah hampir kampung Bendahara Paduka Raja. Maka Hang Mahmud pun berjual dan berkedai makanan di kedainya itu.

********************

Bermula Hang Tuah pun besarlah; tahulah ia akan hal ibu bapanya itu. [ Maka Hang Mahmud pun diserahkan anaknya mengaji kepada seorang lebai. Telah berapa lamanya Hang Tuah mengaji Quran, maka pengajian itu pun tamatlah. Maka Hang Tuah mengaji nahu pula. Telah sudah tamat pengajiannya, maka ia berkata kepada bapanya, "Ayuh bapaku, pada bicara hamba, hendak mengaji pada lebai Keling pula, supaya hamba tahu pula bahasanya." Maka kata Hang Mahmud, "Benarlah seperti bicara anakku itu."

Maka Hang Tuah pun mengajilah pula pada seorang lebai Keling. Hatta, beberapa lamanya, maka tamatlah dengan bahasa Keling itu, habislah diketahuinya. Maka Hang Tuah pun berkata pada bapanya hendak mengaji pada lebai Siam pula supaya diketahuilah akan bahasanya.

Setelah sudah diketahuinya akan bahasa Siam itu maka Hang Tuah pun mengaji pula pada seorang lebai Cina. Dengan tiada berapa lamanya maka ia pun tamatlah mengaji bahasa Cina itu; maka habislah diketahuinya bahasa Cina itu. Maka Hang Tuah pun mengaji pula pada lebai Jawa hendak diketahuinya akan bahasa Jawa itu. Kalakian, setelah habislah rata diketahuinya dua belas bahasa itu, maka Hang Tuah pun pulanglah ke rumahnya bersama-sama dengan ibu bapanya mencari makan sehari-hari].

Perigi Hang Tuah - perigi yang digali sendiri oleh Hang Tuah


--------------------------------------------------------------------------------

Ciri-Ciri dan Sifat Orang Yang Berjaya

Petikan di atas adalah bahagian dari hikayat yang Ayie petik dan taip sendiri dari buku Hikayat Hang Tuah, BAB II. Idea yang Ayie perolehi selepas baca majalah Mastika.

Terdetik di minda mahu jadikan entry di blog PGGP, kerana banyak pengajaran positif yg boleh dikutip dari petikan di atas.

Tapi di sini cukuplah 2 pengajaran positif yang Ayie ketengahkan. Iaitu sikap memohon izin kepada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu perkara yg dicita-citakan, dan sikap mahu menimba ilmu pengetahuan yang membuak-buak daripada siapa saja hingga mahir.

Percayalah jika pada masa itu ada lebai Jepun, lebai Inggeris, lebai Russia, lebai Korea, lebai Uzbek sekali pun confirm Hang Tuah tanpa ragu dan malu akan berjumpa dengan mereka dan belajar dari mereka hingga menguasai bahasa dan ilmu yang ada pada mereka.

Suatu sikap orang-orang yang berjaya yang telah lama diamalkan oleh orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu seperti yang diceritakan di dalam Hikayat Hang Tuah itu. Sifat yang kini kita warisi. PGGP

04 July 2012

YOUR THOUGHTS


Your Words, Your Dream and Your Thoughts
Have the power to create conditions
In Your Life.

What you speak about, 
You can bring about.

If you keep saying 
You can't stand your job,
You might lose your job.

If you keep saying
You can't stand your body,
Your body can become sick.

Watch your 'THOUGHTS'
They become Words,

Watch your 'WORDS'
They become Actions,

Watch your 'ACTIONS'
They become Habits,

Watch your 'HABITS'
They become Character,

Watch your 'CHARACTER'
For it becomes your 'DESTINY.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top