Daku Amat Menyintai Mu


13 March 2013

Ops Daulat - 2 Anggota Tentera Terbunuh

putera gahara gagah perkasa
10 Anggota Keselamatan Negara Terbunuh Sejak 1 Mac Dalam Peristiwa Pencerobohan Bersenjata Di Sabah

RABU 13 Mac 2013, Jenazah Koperal Ahmad Hurairah Ismail yang gugur ditembak dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas yang diburu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah semalam (12 Mac) tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, pagi tadi. Allahyarham Ahmad Hurairah, 24 tahun, dari Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau.

Turut tiba ialah jenazah Koperal Ahmad Farhan Ruslan, 21 tahun, dari Batalion Tiga Rejimen Askar Melayu Diraja, yang terbunuh dalam kemalangan di Cenderawasih dekat Lahad Datu semalam ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan yang bertugas dalam Ops Daulat.

Pesawat yang membawa kedua-dua jenazah tiba di Subang kira-kira jam 7.45 pagi.

Terdiri Dari 8 Polis Dan 2 Tentera

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terdiri 8 anggota polis dan 2 anggota tentera terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula antara 9-12 Februari,  dan sejak tercetusnya pertempuran pada 1 Mac, manakala 56 pengganas telah ditembak mati setakat ini.

Kedua Tentera Yang Terkorban Dinaikkan pangkat Kepada Koperal

putera gahara gagah perkasa
AL FATIHAH - Ahmad Hurairah (ATAS) dan Ahmad Farhan Ruslan (BAWAH)
putera gahara gagah perkasa
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Sebagai PENGHORMATAN kepada kedua2 anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat di Lahad Datu, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Allahyarham Prebet Ahmad Farhan Ruslan akan dinaikkan pangkat kepada Koperal.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keluarga kedua-dua anggota keselamatan berkenaan, masing-masing daripada 7 dan 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RMD) yang masih bujang diberikan faedah kumulatif lebih RM100 ribu ringgit serta wang pencen bernilai RM2007 sebulan.

“Wang tidak mungkin boleh mengganti rasa kehilangan dan kesedihan keluarga arwah. Namun kita doakan kedua-dua roh akan di cucuri rahmat dan roh yang syahadah serta dirahmati,” kata Dr Zahid.

putera gahara gagah perkasa
Kedua Jenazah Disemadikan Di Kelantan

Tambah Dr. Zahid jenazah kedua-dua anggota pasukan keselamatan itu akan terus di bawa ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Kelantan, dengan diiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Bin Ahmad dan akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Jenazah Ahmad Hurairah Ismail akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, manakala jenazah Ahmad Farhan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di Kota Baharu, Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua Allahyarham, ketika pesawat Charlie c130 Harcules tiba di Pengkalan Udara Subang jam 8 pagi tadi sebelum berlepas semula ke Kelantan sejam kemudian.

putera gahara gagah perkasa
Ketika sidang media sejurus selepas itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Panglima Zulkifli Zainal Abidin berkata, meskipun salah seorang daripada anggota keselamatan yang terbunuh disebabkan kemalangan dan bukan pertempuran, beliau masih dianggap wira.

“Semua anggota tetap akan dianggap wira kerana sesiapa sahaja yang berada dalam Operasi Daulat tetap dalam misi mempertahankan negara. Tanpa mereka, kita keamanan negara dalam bahaya,” kata Zulkifli.

Maut Kemalangan Dan Pertempuran

Dalam kejadian semalam jam 7.30 pagi Ahmad Farhan telah terlibat dalam nahas jalan raya di Jalan Tungku, Kampung Bakapit akibat kemalangan kenderaan 3 ton konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu, yang dipandu anggota lain dan meninggal dunia.

Manakala dalam kejadian 7.45 hingga 10.45 pagi di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu telah berlaku pertempuran di antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh menyebabkan Ahmad Hurairah terkorban. Pasukan keselamatan turut menembak mati tiga orang pengganas dalam kejadian tembak-menembak itu.

Dalam pertempuran itu juga, seorang lagi anggota tentera, Koperal Khairul Anuar Mad Isa yang berasal dari Langgar, kedah tercedera terkena peluru di bahagian pipi.

Ketua Penceroboh, Agbimuddin Kiram Bersama Pengikut Masih Dikepung

Ops Daulat kini (13 Mac) memasuki hari ke-9 dan pihak keselamatan memberi tumpuan di kawasan sekitar Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin ketua penceroboh, Agbimuddin Kiram bersama lebih 30 orang pengikutnya masih berada dalam kawasan kepungan pihak keselamatan negara.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dia yakin ketua penceroboh itu tidak akan meninggalkan kumpulan pengganas tersebut bagi memberikan arahan seterusnya. Pihak keselamatan yakin akan dapat menumpaskan pengganas dalam masa terdekat.

Kawasan Keselamatan Khas Sabah Dikenali Sebagai Esscom

Pada Isnin 11 Mac 2013, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman telah mengumumkan bahawa kawasan keselamatan khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah akan dikenali dengan nama Eastern Sabah Security Command atau ESSCOM.

Penggunaan nama Esscom itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) dalam mesyuaratnya. Penggunaan nama Esscom juga telah mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perincian butiran lanjut mengenai hal itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri, kata Datuk Seri Musa Aman kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tersebut.

Sebelum itu, pada Khamis 7 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pembentukan kawasan keselamatan khas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pencerobohan pengganas Sulu di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

putera gahara gagah perkasa
Musa Aman, semasa mengadakan persidangan video dengan Najib di Putrajaya pada Isnin, berkata rakyat menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembentukan kawasan keselamatan khas dari Kudat hingga ke Tawau itu. Di mana, 5 batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang kawasan ESSCOM dengan pusat kawalannya di Lahad Datu.

“Saya yakin, langkah ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat, pelabur dan pelancong terhadap tahap keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah,” katanya.

Pada persidangan video itu juga, Musa Aman turut menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan rakyat di Sabah khususnya di Lahad Datu.

“Pengorbanan anggota keselamatan tidak sekali-kali akan dilupakan sebaliknya rakyat Sabah akan terus mengingati dan menyanjung tinggi segala bakti dan pengorbanan mereka,” ujar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Komando Polis Terbunuh Di Lahad Datu - Tragedi Mac!
Enam Anggota Polis Terbunuh Di Semporna - Al Fatihah!
Ops Daulat - Serangan Udara Bermula Di Lahad Datu
Ops Daulat - Foto Di Lokasi Pertempuran Didedahkan
Ops Daulat - 5 kawasan keselamatan khas Dan Tambahan 5 Batalion Anggota Keselamatan - atau ESSCOM

p/s : Sedih tak terkata. Kedua tentera terbunuh dalam usia masih muda. Sepatutnya Ayie yang dah lama hidup ini yang pergi berjuang pertahankan maruah dan kedaulatan negara. - PGGP

24 comments:

Azie Namico said... Reply Comment

masih tidak tenteram lagi keadaan di sabah...sedey !
semoga roh kedua2 nya di cucuri rahmat...amin

Cikgu Jaja™ said... Reply Comment

jaja yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan negara kita..

namun

kita tetap harus berdoa dan memohon hajat utk peroleh keyakinan diri yg sebenar dari YANG MAHA KUASA

Nao Mei said... Reply Comment

cik akak mampu berdoa semoga apa yang berlaku pasti berakhir ....asal baca entri soal sabah...memang rasa nak menitis je air mata...

Cik Yaya said... Reply Comment

salam..

makin bmtbh pula mangsa.. =(
smoga roh mrka dccri rhmat Allah s.w.t.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Azie Namico

salam azie :)

aah...masih belum tenteram terutama di zon ops daulat. penceroboh kan ada lebih 100 org.

amiin...al fatihah

Ayie Abas said... Reply Comment

@Cikgu Jaja™

salam jaja :)

sepanjang sejarah anggota keselamatan kita cukup gigih melawan pihak musuh..begitu jugalah di sabah yg berlaku skrg ni.

insya Allah pihak keselamatan kita tetap akan menang.

doa adalah kekuatan org mukmin :)

Ayie Abas said... Reply Comment

@Nao Mei

salam nao mei :)

setiap kali ada berita anggota keselamatan kita yg gugur hati cukup tersayat kesedihan.

Ayie Abas said... Reply Comment

@Cik Yaya

w'salam cik yaya :)

dlm perjuangan di medan pertempuran nyawa mmg ibarat dihujung tanduk...namun pastinya anggota keselamatan kita tak gentar apatah lagi takut mati.

amiin...

Nurul Hidayah said... Reply Comment

Kita sama2 berdoa semoga keadaan akan kembali tenang seperti sediakala secepat mungkin.. dan doa mengiringi perwira kita..

Puteri Kasih said... Reply Comment

Selamat pagi ayie :)

takziah kepada keluarga perwira-perwira kita

Wirda Amir said... Reply Comment

Al Fatihah....

Dang Kahla said... Reply Comment

hargai jasa mereka..

TiranaAduka said... Reply Comment

Salam ayie...
Terlebih dahulu TiranaAduka sedekahkan al-fatihah , an Nas dan Al Falaq,,,,,,buat perajurit kita....dan sekali lagi

fatin amalina husna said... Reply Comment

Al-Fatihah buat semua yg terkorban..takziah buat keluarga mereka..diharap semoga tabah..

Yumida Huda said... Reply Comment

al fatihah pd yg telah terkorban
moga keadaan di sabah aman n dlm keadaan terkawal
moga pihak keselamatan dilindungi olehNya

Diari Si Froggie said... Reply Comment

Al-Fatihah dan salam takziah buat keluarga arwah.. besar jasa kedua-dua perwira kita ini.. Allah saja dapat membalas jasa mereka.. moga Allah sentiasa melindungi dan mempermudahkan urusan perwira kita disana.. dan moga pencerobohon ini akan tamat tidak lama lagi.

Embun Melati said... Reply Comment

Takziah buat keluarga arwah.

Al Fatihah.

Pykaa Pdott said... Reply Comment

Sedeyh . :( apa pon takziah untuk fmily arwah . Al fatihah

iAmCekbolat said... Reply Comment

takziah buat keluarga mereka :(

puteraduyong said... Reply Comment

semoga mereka semua tenang di sana ...

TiranaAduka said... Reply Comment

salam ayie
Perwira kita!berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Pekabar ayie? Dah sarapan lum?

Remy hazza said... Reply Comment

salam ayie... perginya perwira menjagfa keamanan negara..... semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg terpilih......

TiranaAduka said... Reply Comment

salam ayie
Lawatan awal pg tirana aduka

tenku butang said... Reply Comment

bila lea kemelut ni akan berakhir.. mesti mereka kat lahad datu hidaup dlm ketakutan kan.. =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINK PERISTIWA DAN PERSPEKTIF

back to top